Jawapan kepada soalan-soalan pelik berkenaan Israk dan Mikraj

Assalamualaikum

Seperti yang diminta oleh seorang ukhti muslimah, berikut saya paparkan jawapan saya dan jawapan yang saya kumpulkan berkenaan soalan-soalan seorang mamat kontroversi yang bertanya soalan-soalan yang juga kontroversi dan entah apa niat sebenar ia menimbulkan soalan ini, sebagai pedoman kita bersama.

Sahabat-sahabat dijemput untuk memikirkan bersama serta memberikan jawapan yang lain kepada soalan-soalan yang diutarakan. Berusaha menjawab soalan-soalan sebegini demi membela Islam rasanya jauh lebih berfaedah daripada dok gaduh sesama Islam, dok melagha, main-main, dan lain sebagainya.

Diakui jawapan-jawapan yang saya compilekan ini -compilation jawapan sendiri campur jawapan sahabat campur jawapan daripada al-ahkam- mungkin mengandungi kelemahan. Nasihat dan teguran amat dialukan. Tapi pastikanlah ia sebuah kritikan yang membina, sebab kita harus bersama-sama membela dan mempertahankan islam dalam kes ini. Jika ada soalan yang sebetulnya berpandu pada hadith yang lemah atau palsu, minta tolong dimaklumkan.

Kepada ukhti yang bertanya, saya pohon maaf kerana mengambil masa 2-3 hari untuk mempersiapkan jawapan.

1) Nabi dibelah dada masa dia kecik2 dulu, dan ketika sblm israk mikraj. Persoalannya, kenapa perlu dibelah dan dicuci hati baginda? Bukankah Tuhan boleh je kasi bersih tanpa perlu dibelah dan dibasuh? Bukankah boleh saja dijadikan Nabi tu time lahir2 je terus hati bersih tanpa perlu dibelah dan dicuci hatinya? Jadi mengapakah berlaku peristiwa begitu?

Kenapa perlu Nabi Isa lahir daripada perut seorang ibu bernama Maryam? Bukankah Tuhan boleh saja kasi terus ada macam Nabi Adam? Maka, terpulanglah pada Tuhan nak menentukan macam mana. Boleh ke setiap benda kita persoalkan, misalnya kenapa panggil singa sebagai singa, bukan rimau bermahkota ke, apa ke… atau kenapa manusia ada satu hidung, tak dua hidung… kalau Tuhan bagi ada dua hidung, nanti kita dok pertanyakan juga awat dua hidung tak tiga hidung ke, satu hidung ke…
Juga, sebagai simbolik. La.. nanti kalau takde peristiwa tu, hang dok pertikai gak betul ke hati nabi bersih. So peristiwa itulah untuk buat hang tahu hati Nabi bersih, coz malaikat dah cuci. Tapi bila ada peristiwa tu, hang persoalkan jugak…
Mengapa perlu di belah dada Nabi sedari kecil hanya kerana untuk menerima nubuwwah kerasulan? Jawapnya oleh kerana tempat terima wahyu itu hati dan hanya hati yang bersih sahaja wajar menerima wahyu maka hati itu perlu di bersihkannya dari sebarang kotoran.Soalnya kenapa perlu mengadakan pembedahan bukankah Allah boleh perintahkan sahaja.Jawapnya itulah hikmah yang tersembunyi 1000 macam pengajaran.Tahukah mereka Bapa kedoktoran itu Ibn Sina mendapat ilhamnya tentang teknik pembedahan dari mana kalau bukan dari peristiwa ini.Tahukah mereka hasil kajian modern juga tidak dapat menolak ubat bagi penyakit hati dan darah ialah dengan mengantikan darah baru yang bebas dari sebarang kotoran dan homoglobin.Tahukah mereka teknik penyucian jiwa lewat yang dilakukan pelbagai aliran tasawuf dan sufi juga mengambil pendekatan ini.Tahukah mereka teknik psikologi juga memerlukan pemusatan pengosongan jiwa dari sebarang masalah sebelum jiwa yang lara itu di ubati secara psikologist. Kesemua teknik – teknik ini di ambil hasil dari peristiwa tersebut.
2) Semasa israk, Nabi ada singgah di satu masjid (tak ingat lak masjid mana) dan mengimami solat yg mana makmumnya ialah semua nabi2. Persoalannya, boleh ke kita mengimami solat yang makmumnya ialah orang2 yang dah mati? Apa hukumnya ya?
Bukankah Nabi SAW balik dari Thaif solatnya diikuti oleh para Jin? Apa masalahnya? Takkan la batal plak coz mengimami jin solat? Tanya hukum tadi kan…? Kalau Nabi mengimami roh solat pun, tak kan la batal plak solat baginda? Kan orang Melayu suka bahaskan bab “perkara-perkara yang membatalkan solat”, tak pernah dengar pulak Antara perkara yang membatalkan solat ialah mengimami orang yang telah mati….
Kalau Allah mampu mencipta manusia dari tiada kepada ada, bukankah lebih mudah bagi Allah mewujudkan barang yang memang sudah ada.Contoh, Ilmu pengklonan – manusia hanya menggunakan bahan yang sudah terhidang dan tersiap hanya perlu diuraikan kondisi molekul – molekul dan sel – sel DNA lalu melalui kecanggihan teknologi terkini para saintis berupaya mengklonkan sesuatu.Kalau ini mereka boleh di terima kenapa pula mereka tidak boleh menerima Allah boleh menghidupkan sesuatu yang tiada kepada ada, apatah lagi menghidupkan sesuatu yang dulunya memang ada sekarang tiada kepada ada.
Apa pun, darjat hadith ini, seperti yang direkomenkan oleh seorang sahabat, harus dicheck balik. (maaf yer, saya tak sempat nak rujuk balik kitab hadith and kitab sirah, sebab mahu jawapan segera kan..)
3) Based on soalan 2 tadi,bukankah time israk mikraj itu baru Nabi diberi oleh Tuhan pasal SOLAT? Jadi bagaimana cara baginda solat sebelum israk mikraj tu kalau time tu tak dapat lagi perintah solat dari Tuhan?
Apa la hang ni… cuba baca balik kitab2 sirah… depa ada bahaskan bagaimana cara nabi SAW solat sebelum israk mikraj.
Sebelum disyariatkan Ibadah Solah seperti yang di buat sekarang, sudah ada ibadah – ibadah khusus seperti mana Sayid Sabiq menukilkan dari hadith yang bertaraf hasan ( Kalau tidak silap – ini berdasarkan ingatan)antara lain nabi berkata aku diutuskan hanya untuk membenarkan doanya Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.Bahkan ibadah haji hingga ke hari ini mengikut seperti mana sunnahnya Nabi Ibrahim dan Ismail.Puasa & Zakat juga sudah ada syariatnya sebelum Islam begitu juga dengan solat (Saya yakin itu) CUMA kedatangan Islam melengkapkan dan mengembalikan kedudukan Ibadah – ibdah khusus ini.Sekali lagi jika mencipta sesuatu yang baru itu sudah mudah perkiraannya apatah lagi kalau memang benda itu sudah ada lebih lah mudah.
Lebih lanjut, boleh tengok perbahasan Ramadhan al-Butty berkenan cara solat Nabi sebelum israk mikraj ni..
4) Nabi dikatakan “NAIK” ke langit. Apa yang dimaksudkan dengan “NAIK” tu? Dan secara pastinya, apabila dikatakan “naik”, mestilah ke atas. Dan kita sedia maklum bahawa bumi ni bulat. Jadi, arah manakah yang sebelah atas?? (Jawapan kalau sebijik mcm dalam cerita Sudirman dan Atai tu akan ditolak mentah2..).
Matahari naik dari arah timur… hakikatnya matahari tak naik kan?
Baik, sebelum terciptanya kapal terbang dan roket manusia zaman bahari kalau di ceritakan soal mikraj pasti mereka akan berkata ” ini kerja gila”.Baik, sekarang tahun 2007, soal terbang keudara lewat pesawat terbang bahkan ke angkasa lepas juga bukan lagi kerja gila.Hanya apabila akal dapat menerima berita tersebut maka sebutan gila dan seumpamanya tidak akan timbul.Ini bermakna akal manusia yang menolak mikrajnya nabi samalah halnya akal manusia yang hidup pada zaman bahari yang tidak pernah terfikir dan tergambar bahawa satu hari nanti manusia bisa terbang keudara bahkan boleh menerewang keangkasa.Semua ini hanyalah faktor waktu dan ketika
5) Based on soalan 4 tadi, “LANGIT” tu apa sebenarnya? Apa definisi langit? Dan cuba sesuaikan dengan jawapan pada soalan 4 tadi.. Sesuai ke tak? Jadi, langit tu apa?
Cuba tanya Rosyam Noor, kan dia berlakon dalam filem “berlari ke Langit”, hehe…
Langit itu apa? kaedah bahasa apabila disebut langit bermakna sesuatu yang berada diatas jauh nun disana.Contoh langit – langit letaknya di atas lidah.Jadi apabila di sebut langit itu kefahaman hari ini adalah angkasa lepas bahkan lebih lagi dan tidak terurai.Ini di sebabkan oleh kerana keterbatasan akal menanggapi hakikat persoalan setiap ciptaan Tuhan.Bahkan Allah mencabar manusia supaya berfikir dan merenung setiap kejadian CiptaanNya.
Itulah indahnya bahasa al-Quran. Nak menafsirkan satu perkataan arab ke dalam bahasa Melayu pun, tersangat luas, sangat sukar nak tahu apa maksud sebenar perkataan itu, dek kerana satu perkataaan arab mempunyai terlalu banyak maksud.
Jika anda tengok huraian Dr. Zakir Naik berkenaan maksud “alaqah” (dalam surah Iqra’ kan dikatakan manusia dibuat daripada alaqah), bahkan semua maksud kepada perkataan “alaqah”, daripada segumpal darah kepada sesuatu yg seperti lintah dsb, semuanya saintifik. Lebih lanjut sila tonton debat Dr. Zakir naik dengan Dr. William Campbell di USA bertajuk (tak silap) “Quran and Bible in the light of science”, boleh didapati di Saba Islamic Media. Nak pinjam dari saya pun boleh…

6) Nabi telah masuk ke syurga dan neraka dan melihat macam2 jenis orang di sana. Persoalannya, mcm mana leh ada orang kat sana sedangkan kiamat pun belum lagi? Bukankah sepatutnya kosong dulu sbb semua manusia tgh hidup kat dunia? Kalau ada yg dah mati pun, bukankah mereka masih di alam Barzakh?
Ingat lagi teori realitiviti Einstein, E=MC2?
diperlihatkan syurga dan Neraka.”Di perlihatkan” bermakna Nabi s.a.w. di paparkan peristiwa yang pasti berlaku di suatu masa akan datang samada hal keadaan di dalam syurga mahupun di dalam neraka. Samalah halnya orang yang di beri rukyah atau kelebihan melihat sesuatu peristiwa sebelum berlakunya peritiwa tersebut.Di dalam ilmu sains disebut ilmu knitik/Psikik. Cuma bezanya ilmu ini hanya di beri gambaran – gambaran kasar dan tidak khusus sedang hal keadaan Nabi jauh berbeza Nabi di paparkan kejadian benar yang pasti akan berlaku.
Bukankah orang kena sauntau pun boleh diperlihatkan pada dia macam-macam benda? Atau orang yang dok koya (maksudnya berangan-angan dalam bahasa kelate) pun nampak macam-macam benda? Cuma bezanya, ALLAH berkemampuan memperlihatkan hal yang benar-benar akan berlaku.

7) Bukankah taraf Nabi ialah KEKASIH TUHAN? Dan bukankah baginda juga ada mengaku bahawa baginda itu sendiri adalah “gedung ilmu” (yg mana Ali ialah kuncinya). Bermakna, apabila menjadi kekasih kepada Yang Maha Mengetahui, SECARA PASTINYA, pengetahuan baginda adalah 2nd ranking dalam keseluruhan alam semesta.
Jadi, bila dah mcm tuh, kenapa masih tanya Jibril time perjalanan israk? “Jibril, apa tu?””Itulah sekian, sekian dan sekian, ya Rasulullah..”Sudah geharu, cendana pula.. Sudah tahu, kenapa baginda masih bertanya?
katakanlah kamu di sukai oleh sultan, pada satu hari sultan memerintahkan ‘Panglima Dalam’ membawa kamu ke Istana yang mana tidak pernah ada orang seperti kamu di beri penghormatan sedemikian.Jadilah kamu seperti jakun masuk ke pekan setiap benda begitu asing bagi kamu, tidakkah ketika itu pasti kamu bertanya kepada ‘Panglima’ tadi apa itu dan apa ini. Samalah halnya keadaan Nabi s.a.w.
Juga, orang yang tawadhu’ pun selalu begini. Walaupun mereka dah tahu, terkadang mereka tetap bertanya kepada ustaz, demi mendapat jawapan baru yang mengkayakan lagi ilmu mereka.
Juga, Nabi Ibrahim walaupun meyakini ALLAH mampu menghidupkan yang mati, tetap minta pada ALLAH untuk menunjukkan contoh bagaimana DIA menghidupkan yang mati, demi menambahkan keyakinannya.
Apa pun, saya rasa soalan ini sangat tak kena, coz sepatutnya dia tahu bahawa Nabi Saw saja, contohnya soalan berkenaan kiamat (lihat hadith arbain no. 2), atau soalan berkenaan roh (lihat surah 17:85), Nabi tak tau. Juga ketika keluar hadith “antum lebih tahu rusan dunia antum” berkenaan pertanian… so apa masalahnya Nabi Saw bertanya?
8) Israk Mikraj itu merupakan kiranya satu grand ceremony utk semua penguni langit. Maka secara pastinya semua penghuni langit tahu siapa yg datang. Persoalannya, kenapa time tiap2 kali sampai pintu gate, penjaga gate tanya “Siapa tu?” sebelum bukak gate? Kalau dah tau siapa yg datang, kenapa masih tanya?
Berbalik jawapan #7 – untuk masuk keistana perlu melalui banyak pintu, contohnya pintu gerbang, pintu ke balai penghadapan, pintu ke balai santapan dan macam – macam lagi.Dan setiap pintu itu ada pengawalnya.Baik, Sultan sudah pun menitahkan kepada seluruh kakitangan Istana bahawa sekian waktu dan tarikh seorang tetamu Istimewa bakal datang. Wajar atau tidak setiap penjaga pintu – pintu gerbang istana bertanya siapakah yang dibawa oleh Panglima Dalam tadi (si Sang utusan Sultan).Walaupun mereka tahu tetamu istimewa bakal datang hari itu bahkan mereka sudah diberitahu siapa pun dia tetapi untuk konfimasi/kepastian pasti sang penjaga tadi tetap akan bertanya siapa itu bersama dengan panglima tadi? samalah halnya keadaan Nabi s.a.w.
Kalau anda kerja di pejabat misalnya yang takde CCTV di pintu, walaupun anda tahu ada menteri akan buat lawatan ke syarikat anda pada hari ini, tetap saja bila ada orang “ding dong” pintu anda, anda akan tanya siapa dulu, ye kan? Tak kan la asal ada orang “Ding dong” terus anda akan buka? Amboi.. payah la macam tu, kang hilang barang ofis kang….
9) Bila nak sampai Sidratul Muntaha, Jibril cakap yang dia tak boleh lepas sempadan tuh. Kalau diteruskan juga, maka Jibril akan terbakar. Persoalannya, bukankah malaikat itu dijadikan daripada cahaya? Mcm mana cahaya boleh “TERBAKAR”? Kalau pasir dibakar, jadi kaca.. Benda lain dibakar, jadi abu atau arang. Besi dibakar, jadi cecair ogam panas. Tapi kalau cahaya terbakar, mcm mana tuh??
sesampai di balai penghadapan pada setakat itulah yang termampu yang di hantarkan oleh sang panglima, kerana wilayah wewenangnya hanya sekadar itu.Jika ia melampaui sempadan bukankah ia mendapat murka dari sultan maka terbakarlah hatinya.Jika sudah terbakar hatinya bukankah mati akibatnya…..tidak bahkan sang panglima itu masih lagi bernafas yang terbakar jiwanya yang hancur jiwanya bukan jasadnya.didalam kes jibril wallahu’alam.
Siapa kata cahaya tak bisa terbakar? Pernah dengar pasal “laser”?
Juga, pernah dengar kan soalan orang tentang bagaimana iblis rasa sakit tatkala bimasukkan ke neraka sedangkan dua-dua dibuat daripada api?
Apa pun, seperti yang disarankan oleh seorang sahabat, check dulu kisah ni betul ke ada dalam kitab sirah dan hadith atau tidak.
10) Solat tu siapa yg punya? Kenapa Tuhan tak pass je kat Jibril? Kan lebih mudah? Kenapa Nabi yg kena naik ke langit ambik sendiri?
Rasanya soalan ni dah sering dijawab dalam ceramah2 tentang Israk Mikraj. Bila Nabi Saw naik sendiri ke langit untuk urusan wahyu berkenaan solat, maka itu menunjukkan solat itu penting.

Juga, Israk Mikraj ni perlu untuk membesarkan dan menghiburkan hati Nabi SAW sebab tahun tu kan tahun dukacita. Nabi SAW kehilangan 2 orang yang sangat disayanginya.
11) Bila balik ke bumi, kenapa nabi jumpa Abu Jahal dulu? Kenapa tak jumpa Abu Bakar dulu?

Mintak check dulu cerita ni, hadith shahih ke idak. Camana ceritanya? Jumpa memang saja nak jumpa ke atau terjumpa?

12) Atas dasar apa Abu Bakar terus percaya pada kes Israk Mikraj tu? Ya, Abu Bakar sememangnya diberi gelaran As-Siddiq (yang membenarkan) kerana mengiyakan segala apa yang Nabi perkatakan. Tetapi dia bukan jenis ikut buta2. Maka atas dasar apa, dan atas rasional apa dia percaya kepada apa yang Nabi cakap?
Bila mana seseorang insan tak berbohong langsung sepanjang hidupnya…then bila diceritakan sungguh2 apa yang berlaku pada dirinya sudah tentu dia akan percaya.
Seorang isteri yang selama ini dilayan dengan baik oleh suaminya, tentunya akan percaya bila suaminya mengatakan betapa ia cinta pada dirinya. Sama la dengan kes ni..
13) Selepas peristiwa tu, orang banyak kecoh. Persoalannya, kenapa orang ramai time tu hanya mempersoalkan tentang Israk, dan susah gila nak percaya apa yg Nabi cakap sebab hal Israk semata2. Tetapi kenapa haram sekor pun takde nak mempersoalkan tentang Mikraj?
Macam ni la, boleh tak lain kali kita check dulu hadith tentang peristiwa ni.

Tu sebab, masalah memastikan kesahihan hadith sangat penting, agar tak terjadi tuduhan-tuduhan dan dakwaan-dakwaan sebegini. Janganlah bila kita habaq hadith ni tak betul, hadith ni palsu, Nabi SAW tak buat begini, kita bahkan menjawab “ada ustad dok buat” atau “hang ni mesti wahabi” dan lain sebagainya. Saya rasa soalan ni sangat pelik, iye iye je orang dok sibuk sembang pasal Israk je tak sembang pasal Mikraj.

Marilah sama-sama kita baca balik kitab sirah dan sambil itu kita lihat juga status hadithnya agar kita tak tersesat jalan. Saya menyeru pada sahabat-sahabat semua, dan pada diri saya juga (sebab saya pun tak sempat check hadith dan kitab sirah sebenarnya..)

Wallahu a’lam.

Faridul: artikel ini adalah artikel lama saya, tersiar di faridul.blogspot.com sekitar tahun 2007, dan turut disampaikan dalam ceramah Isra’ Mi’raj saya di Kolej Pembantu Perubatan Seremban pada tahun 2008.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

11 Responses to Jawapan kepada soalan-soalan pelik berkenaan Israk dan Mikraj

  1. salam ya ustaz faridul..

    subhanallah, walaupun tidak refer pada ayat Al-Quran atau pun hadis, saya amat berpuas hati dengan jawapan ustaz yang bersahaja dan lebih banyak logiknya. berkenaan dengan sang pemberi soalan, sekiranya dia seorang muslim, saya begitu terkilan akan soalan-soalan yang dilemparkan olehnya.. hmm.. teruskan perjuangan ustaz. semoga bertambah kekuatan dalam beribadah dan berdakwah LILLAHI TA’ALA. jazakallahu khair..

    p/s: sampaikan salam saya pada isteri dan anak-anak ustaz kerana sesungguhnya saya admire dengan twin ustaz :D

  2. maaf maksud saya, saya admire dengan anak-anak ustaz yang twin tu. sudah besar mereka. makin comel pula :)

  3. faridul says:

    Jazakillah khairan ukhti. Sebetulnya ni artikel lama yang belum melalui proses editing. Saya paparkan kembali sebab kebetulan saya mungkin dijemput untuk memberikan ceramah israk mikraj lagi sekali. Doakan.

    Gambar twins saya boleh dilayari di fotopage zaujah: ummitotwins.fotopage.com.
    Kalau anti ada input/jawapan lain yang boleh dikongsi, silakan…

  4. maulana says:

    salam,
    sy ingin bertanya pendapat ustaz, adakah manusia benar2 sudah sampai ke bulan? bukankah tiap2 lapisan langit 2 ada penjaganya?

  5. faridul says:

    defini langit itu sendiri berbeza-beza. Benarkah yang dimaksudkan sebagai langit di dalam al-Quran dan al-hadith, merujuk kepada 7 lapisan langit dunia seperti ozonosfera, stoposfera dsb, atau langit pertama sahaja melangkaui capaian manusia dek luasnya alam semesta. Sedangkan bulan untuk bumi ini jelas, maka menurut saya, tidak ada masalah untuk manusia sampai ke bulan, andai kita mengambil definisi langit yg Nabi SAW sampai tatkala israk mikraj itu adalah langit yg melangkaui angkasa raya. Wallahu a’lam

  6. Hamba Allah says:

    kepada pencipta soalan…klau kamu bukan islam, saya faham mksud kamu hendak menjahanamkam umat Islam. Tapi tunggulah, pabila kiamat menjelma, seluruh manusia bukan beragama ISLAM pasti akan meraung penuh kekesalan.Tapi andai kamu seorang Islam, carilah pedoman, carilah ilmu islam sebanyak mungkin. saya khuatir hati kamu telah di kuasai syaitan…cara kamu bertanya jelas kamu terlalu cetek pengetahuan tentang Islam..insaflah,,jangan main2 dengan agama Allah.

  7. miera says:

    salam..
    nak tnye soalan 3soalan ni

    1. siapakah yg dilihat oleh rasulullah s.a.w membawa obor api ketika israk?

    2. siapa golongan paling ramai dilihat oleh rasul dlm syurga?

    3. apakah yg dilakukan oleh rasulullah ke atas buroq sebaik tiba di Masjid al-Aqsa??

  8. afdhal says:

    Jawaban ustaz saya rasa sudah cukup tepat bagi pertanyaan yang di atas. Cuma shalat sebagai mi’rajul mukminin, sudah tentu shalat tu perlu diambil sendiri oleh Rasul SAW. Dan perstiwa Israk Mikraj itu sendiri missinya Rasul SAW cuma untuk mengambil perintah Shalat ke sidratul muntaha. Jadi pada sat ummat ini ingin berjumpa dengan Allah SWT tidakperlu lagi untuk mikraj, tapi cukup sahaja dengan mendirikan shalat. Secara spiritual mereka sudah berjumpa dengan Allah Yang Maha Suci dan mereka sudah sampai di mikraj. Pencapaian ketinggian rohaniah ini tidak dimiliki oleh mana-mana makhluq Allah yang lain. Dan Shalat itu selalu Allah baringi dengan zakat (Aqimis shalah wa aatuz zakah). Zakat itu lebih mirip kepada israk yaitu perjalanan jauh bagi suatu usaha transformasi sosial, dan zakat itu modalnya bagi pemecahan problema sosial.

  9. Wan Su says:

    apakah selalu umat islam melaku pada hari israk mikraj

  10. Pingback: Penghayatan Dan Renungan Sempena Israk Mikraj | wazy84[dot]com

  11. ilham othmany says:

    boleh tak ustaz tak payah pakai bahasa utagha pasai kalau bule saya saya nak copy paste artikel2 yang bersesuaian nak hantaq kat laman-laman web musuh Islam yang dok ceghca agama Islam dan nabi Muhammad.Itupun kalau ustaz izinkan. He he he..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s