Posted on November 25, 2009 by faridul
serial pengorbanan]: DEMI RASULKU YANG TERCINTA
Oleh: Engr. Faridul Farhan Abd Wahab “bisakah ketemu al-Musthafa di Syurga?”
Tatkala duduk Umar Abdul Aziz di atas mimbar dewan pada hari pertama kekhalifahannya, datang orang ramai mengucapkankan tahniah di atas pemerintahan yang, di kemudian harinya, memahat legacynya yang tersendiri. Selanjutnya, masuk tiga orang pemuda yang sedang berada di puncak usia [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | 1 Komen »
Posted on November 25, 2009 by faridul
Bersempena Aidil Adha ini, saya kongsikan kembali artikel-artikel lama saya berkenaan Adil Adha. Enjoy!
serial pengorbanan]: ORANG BESAR
Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab “tubuh kecil, jiwa besar”
Dia hanyalah seorang wanita. Tapi, kewanitaan itu tidak menghalangnya melangkah berani dan gagah mendokong kebenaran Ilahi. Hameedah Qutb tetap tegar dan tabah, sungguh pun disiksa dengan pelbagai cara, malah dipujuk untuk [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on November 21, 2009 by faridul
Kelembutan. Itulah ssuatu sifat, yang oleh banyak orang sangat diimpikannya. Tidak mesti pada dirinya sendiri, tetapi sering merindukan sifat itu pada orang lain disekitarnya. Seperti seorang pekerja mengharap secebis kelembutan daripada majikannya, apath lagi di saat ia berada di posisi “pesalah” terhadp hal-ehwal kerjanya. Atau, seorang suami mendambakan kelembutan sang isterinya, di saat-saat sukar lagi [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | 2 Komen »
Posted on November 21, 2009 by faridul
[serial nikah]: Malang ibubapa hari ini
Tidakkah kalian kasihan melihat mereka yang menjadi ibubapa hari ini. Serba-serbi salah. Serba-serbi tak betul. Masa tua mereka seakan kelam, dek kerana anak yang diasuh sejak di alam rahim, hingga beransur menginjak dewasa, tidak pandai menghargai diri, usaha dan perasaan insan-insan mulia ini.
Jika dulu, ibubapa mengimpikan anak yang terpelajar. [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | 4 Komen »
Posted on November 18, 2009 by faridul
[serial nikah]: Kepentingan “Orang Tengah”
Bisakah anda bayangkan perlawanan bola sepak tanpa pengadil, atau mahkamah tanpa hakim, atau sekolah tanpa pengawas? Perlawanan bola sepak tetap bisa berlangsung, tetapi pergaduhan yang terletus, atau ketidak puas hatian yang membarah, atau keputusan yang dipertikai, adalah natijah perlawanan tanpa seseorang yang menjaga ruang pengadilan.
Begitu juga dengan mahkamah tanpa seorang [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on November 17, 2009 by faridul
[serial nikah]: Penghormatan terhadap para wali
Lihatlah betapa Islam memartabatkan peranan sang ibu dan sang ayah, hingga meletakkan “wali” sebagai salah satu arkanul nikah (rukun nikah). Bukan berti sang wali memegang hak mutlak dalam penentuan terlaksananya akad nikah, ijab Kabul, berseminya cinta dua jiwa –kerna di sana, masih ada yang namanya wali hakim- tetapi justeru antara [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | 5 Komen »
Posted on November 17, 2009 by faridul
[serial nikah]: Walimah pengelak fitnah
Tentu ada hikmah yang penting, hingga Nabi Saw mewajibkan kehadiran ke walimah. Sebab, sifat walimah itu sendiri, terkandung seribu satu makna yang luar biasa.
Bukan, bukan untuk bermewah-mewah sambil membazir tujuannya. Atau, mendapatkan “pendapatan tambahan” hingga menjemput hanya sang kaya lalu meminggirkan sang faqir perancangannya. Atau, menjadi tempat di mana “harga” [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | 4 Komen »
Posted on November 16, 2009 by faridul
Aku menulis untuk bukan sekadar ‘tuk memberitahu
Kerana ini semua, kalian bahkan terlebih tahu
Tetapi, aku menulis agar kalian sedar
Betapa an-nikah, justeru adalah perkara besar
Jangan fikir ia hanya membabitkan dua jiwa
Bahkan ia penyatu dua keluarga
Bahkan ia bisa menjadi role-model untuk umat kita
Bahkan ia membawa dan menyebarkan bahgia
Bahkan ia menjadi ubat serta penawar duka
Maka, janganlah sampai ada yang [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | 2 Komen »
Posted on November 13, 2009 by faridul
Pernahkah anda terfikir, mengapa ALLAH “tiba-tiba” berbicara tentang Jin di dalam deretan wahyunya tentang kehidupan dan keTuhanan kepada Nabi? Atau, kalam-Nya merakamkan tentang makhluk yang taraf kemuliaannya mungkin lebih rendah daripada kemuliaan khalifatul ardhi yang diberikan kepada manusia, dengan rakaman supaya mengambil pelajaran daripada mereka. jawabnya, antara lain, supaya kita sudi belajar, menerima teguran, mengambil [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | Leave a Comment »
Posted on November 9, 2009 by faridul
Jauhi Wahabi?
Entah apa yang difikirkan oleh “ahli-ahli” agama tatkala menulis. Atau berkata. Atau bertindak. Konon tindakan mereka untuk mengelak masyarakat umum menjadi keliru dengan kenyataan sesetengah “ahli agama”, tapi mereka mungkin tidak sedar, tindakan mereka itulah yang justeru menjadikan masyarakat umum semakin keliru. Lihatlah saja kontroversi yang melanda Dr. Asri (MAZA) baru-baru ini.
Apa pun [...]
Difailkan dalam: Uncategorized | 6 Komen »