“Menanti kehadiran Belahan Jiwa……..”

“Menanti kehadiran Belahan Jiwa……..” 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah segala puji dan puja dirafakkan buat Allah “bos” sekalian ‘alam

Selawat serta salam dilimpahkan buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw tercinta

dan untuk keluarga Baginda serta para sahabatnya yang setia, mudah-mudahan beroleh “darjat kemuliaan” lantaran perjuangan dan jasa-jasa mereka semua.

  

Mungkin kerana saya seorang wanita, hati saya amat tersentuh, jiwa saya sangat bersimpati, nurani saya tumpang berduka, terhadap seorang wanita dan kisah hidupnya, yang tersiar di dalam sebuah majalah yang sedang berlegar di tengah-tengah kelompok masyarakat baru-baru ini. Di situ, Sang wanita menceritakan tentang nasib dirinya yang kini disahkan positif HIV. Tentang darahnya yang kini menjadi perumah kepada virus AIDS. Tentang dirinya yang sedang berbadan dua, dan untung nasib tiga orang anaknya yang masih kecil.

 

Malang si anak kecil itu. Berkemungkinan besar mereka juga mengalami nasib yang serupa dengan ibunya. Inilah “anugerah cinta” berupa virus AIDS sekaligus “pemberian hadiah maut” dari sang suami, yang aktif menjadi doktor pakar suntikan dan bius yang tidak bertauliah.

 

Sahabat sekalian,

Mari doakan plot yang terbaik menanti episod kehidupan wanita nan malang ini, moga bertemu pengakhiran yang baik sekaligus menemui sinar kebahagiaan yang diidam dan dicitakan oleh sekalian ramai insan. Dan untuk menemui kebahagiaan itu, wanita itu harus membuat pilihan dalam hidupnya, dengan mengemudi arah tuju pelayarannya menuju pulau bahagia di saat-saat ia buntu di lingkaran penderitaan.

 

Sahabat sekalian,

Untuk membuat pilihan dalam apa jua keadaan, suka saya bertanya pendapat orang lain di sekeliling. Dalam Membeli baju sebagai contohnya, pandangan orang lain patut dipertanyakan, demi beroleh keputusan yang paling melegakan. Pertanyaan seperti “Warna apa yang cantik ye? Yang kuning atau yang biru?” Tentunya, jika anda peminat warna kuning, tentu anda akan kata; “pilihlah yg kuning” sedang jika anda peminat warna biru, anda akan mencadangkan warna biru sebagai pilihan.

 

Sememangnya kita banyak pilihan yang mana kalau kita tersalah pilih warna pun, kita masih boleh pakai baju itu untuk menutup aurat dengan senang hatinya. Dalam urusan yang tidak memberi impak yang besar seperti itu -contohnya memilih warna pakaian tadi- tidak pernah saya terjumpa di dalam ajaran islam –selama mana saya belajar- akan panduan caracara memilih warna baju. Kenapa tiada? Kerana hal sebegitu tidak penting, dan tidak perlu. Tetapi, di dalam islam, perkara yang disepakati dan disebut ulang oleh kalamullah dan hadith nabi-Nya SAW, adalah perkara-perkara yang cukup indah dan cantik, memilih pasangan hidup contohnya, hingga mana Rasulullah saw telah memberi “guideline” atau panduan yang jelas lagi bernas tentangnya:-

 “Wanita itu lazimnya dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, (JIKA TIDAK) maka BINASALAH ENGKAU.” (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim). 

Kenapa ada panduan ini? Kerana sudah tentu siapa yang menjadi pasangan hidup kita kelak pasti akan memberikan impak yang sangat besar dalam hidup kita nanti. Kesan yang akan terus dirasakan hingga ke penghujung nyawa. Al-kisah, seorang penjual ikan yang kaya, berkahwin dengan seorang wanita jelita. Selepas 3 tahun, perniagaan sang penjual ikan itu jatuh lingkup dan wanita itu meninggalkan lelaki itu terkapai-kapai miskin melarat seorang diri. Wanita itu mengahwininya kerana harta dan setelah harta itu lenyap, maka lenyaplah perasaan wanita itu untuk hidup bersama dengan lelaki si penjual ikan tadi. Demikianlah juga, jika kita kahwin kerana paras rupa, rupa itu akan berkedut suatu hari nanti malah tak mustahil akan hilang kecantikan itu lantaran kemalangan ngeri. Dan jika berkahwin kerana Allah, Allah tidak akan lenyap malah ada sampai bila-bila. Bertambah cinta pada Allah, bertambahlah cinta pada pasangan kita.

 

Maksud surah an-Nur ayat 26:

 “Perempuan2 yang keji untuk laki2 keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji(pula), sedangkan perempuan2 yg baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yg baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yg dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang yg mulia (syurga).”  

Berbalik kepada cerita wanita malang di atas tadi yang positif HIV. Berdasarkan surah an-Nur ayat 26 ini, adakah wanita itu tidak baik hinggakan dia mendapat suami yang tidak baik juga? Sahabat sekalian, firman Allah ini BUKAN suatu JANJI ALLAH yang mana perempuan2 yg baik pasti diketemukan dengan laki2 yg baik dan sebaliknya. Tetapi firman ini menyatakan anjuran atau kebiasaan. Panduan dan keserasian. Lumrah dan ketepatan. Iaitu, seorang yang baik, sudah seharusnya memilih yang baik-baik juga, bukan meremehkan pemilihan pasangan lalu menyerahkan kepada takdir, seakan-akan takdir akan merobah pasangannya menjadi baik seperti dirinya.

 

Jadi, biarlah perkara yang telah berlaku kepada wanita tadi yg mengahwini suaminya menjadi teladan yang menghiasi permaidani lipatan sejarah. Kisah pemilihan yang tidak mengikut anjuran dan guideline Islam, lalu mahu berselindung di balik ketentuan takdir. Tetapi bagi sahabat2 yang masih teruna dan dara, kita harus berusaha terlebih dahulu sebelum berserah kepada takdir. Berusaha untuk membuat pilihan yang terbaik dan pilihan yang terbaik itu adalah dengan mengikuti panduan yang diberikan oleh Rasulullah saw. Bukannya panduan berupa keduniaan yang disenaraikan oleh rakan taulan yg tidak ditarbiyah, atau yg digariskan oleh ibubapa kita yang tidak berfikrah, atau yg digazetkan oleh hawa nafsu yang senantiasa berusaha menjunamkan diri kita sendiri. Jika kita mengaku bahawa kita orang yang mencintai dan mengikuti Allah swt dan Rasul-Nya SAW, mengapa pula ada pengecualian dalam menentukan kriteria memilih pasangan hingga mana kita memicingkan mata tidak mahu mengikut panduan junjungan kita yang mulia ini? Adakah kita ini cakap tak serupa bikin? Tepuk dada tanya iman.

 

Sahabat sekalian,

Kita memperincikan lagi maksud agama yg dinyatakan oleh RasulullahSAW. Adakah “beragama” yang dimaksudkan di sini sekadar memaparkan perkataan “Islam” di kad pengenalannya? Atau “Abdullah” tiba-tiba diangkat menjadi ayah kandungnya? Atau perkataan “bin” atau “binti” tidak pernah lekang daripada namanya? Jika begitu wahai sahabatku, artis-artis diluar sana –yang bajunya sentiasa senteng, kerana merasa kepanasan api neraka kemungkinannya. Yang pergaulannya tidak pernah membezakan muhrim atau tidak muhrim, seolah-olah anugerah “dara” tidak bernilai buatnya. Yang arak dan dadah sering kali mengulit kehidupan melalaikan mereka- juga beragama islam. Namun, adakah insane-insan sebegini yang selayaknya menemani kehidupan seorang lelaki atau wanita yang baik, yang bercita-cita menemui Rabb-nya di kemudian hari dengan bekal karya-karya perjuangan yang ia karangkan, dengan bantuan pendamping diri penyejuk kehidupan? Jadi, yg dimaksudkan yg beragama di sini adalah mereka yg mengamalkan ajaran islam dengan sebenar-benarnya. Untuk belayar ke pulau harapan, hanya keimanan yg padu antara suami dan isterilah yang boleh menongkah segala arus dan ribut taufan. Kita tidak akan hanyut dan tidak akan mudah tewas kerana keduanya menuju ke destinasi atau matlamat yang sama yg sudah dijanjikan Allah SWT untuk dihulurkan bantuan. Yakinlah akan janji ini dan Allah tidak memungkiri janji-Nya. Ya, ALLAH bahkan TIDAK PERNAH memungkiri janji.

  Nukilan:                     Ukhti Nur Hanani Bt. Makhtar, B.Sc. MicrobiologyDisunting oleh:         Akhi Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng, Cert. Syariah, GIEM

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s