AC Milan 2 – Liverpool 1

Terkadang saya merasa hairan, apalah yang ada pada nama Lina Joy jika dibandingkan nama asal Azlina Jailani yang diberikan kepadanya, hingga sanggup dia sehabis lawan untuk menggunakan nama baru itu. Adakah kerana nama Lina Joy itu kedengaran glamer seperti nama artis-artis yang bertebaran menukar nama mereka? saya tidak tahu. Atau kerana beliau sejak kecil gemar minum air kotak “Joy”? pun saya tak pasti. Pokoknya nama serta agama di dalam kad pengenalan –pada hemat beliau- harus digantikan dengan yang baru, dan lenyaplah si muslimah Azlina Jailani yang pernah dikenali.. 

Mahkamah pun bersidang. Dada pun berdengup kencang. Hati pun tak bisa tenang, selagi keputusan tidak dipastikan menang. Lalu, bila keluar saja keputusan itu, wajah ceria menjerit riang. Sorakan padu menggegarkan tiang. Kegembiraan terserlah, syukur terbayang. Alhamdulillah maruah agama tidak melayang. 

“Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2:1 menolak rayuan Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.[1] 

2-1. Final Piala Juara-Juara Eropah pun mencatatkan keputusan sebegitu. Jaguh Itali AC Milan 2, sedang bekas gergasi Inggeris Liverpool 1. Namun, di balik kemenangan AC Milan itu, mereka justeru tidak menang. Di persada liga tempatan (Italia Serie A), mereka tidak menang. Apalah yang mahu digembirakan, sedang usaha selama semusim hanya berbuahkan tempat ke-4 di tanah air sendiri? 

2006/07 Serie A Table
  OVERALL   HOME   AWAY    
  GP W D L GS GA   W D L GS GA   W D L GS GA   GD P
1 Inter Milan 38 30 7 1 80 34   15 3 1 42 19   15 4 0 38 15   46 97
2 Roma 38 22 9 7 74 34   13 4 2 43 12   9 5 5 31 22   40 75
3 Lazio * 38 18 11 9 59 33   10 6 3 25 9   8 5 6 34 24   26 62
4 AC Milan * 38 19 12 7 57 36   12 3 4 30 17   7 9 3 27 19   21 61
5 Fiorentina * 38 21 10 7 62 31   15 2 2 44 12   6 8 5 18 19   31 58
6 Palermo 38 16 10 12 58 51   9 3 7 37 28   7 7 5 21 23   7 58
7 Empoli 38 14 12 12 42 43   10 7 2 29 16   4 5 10 13 27   -1 54
8 Atalanta 38 12 14 12 56 54   8 9 2 34 22   4 5 10 22 32   2 50
9 Sampdoria 38 13 10 15 44 48   9 7 3 30 19   4 3 12 14 29   -4 49
10 Udinese 38 12 10 16 49 55   8 4 7 26 21   4 6 9 23 34   -6 46
11 Livorno 38 10 13 15 41 54   8 8 3 24 15   2 5 12 17 39   -13 43
12 Parma 38 10 12 16 41 56   9 4 6 25 24   1 8 10 16 32   -15 42
13 Catania Calcio 38 10 11 17 46 68   7 6 6 29 29   3 5 11 17 39   -22 41
14 Reggina * 38 12 15 11 52 50   7 8 4 26 19   5 7 7 26 31   2 40
15 Siena * 38 9 14 15 35 45   5 8 6 23 24   4 6 9 12 21   -10 40
16 Cagliari 38 9 13 16 35 46   7 7 5 19 19   2 6 11 16 27   -11 40
17 Torino 38 10 10 18 27 47   6 4 9 15 22   4 6 9 12 25   -20 40
18 Chievo Verona 38 9 12 17 38 48   7 6 6 21 18   2 6 11 17 30   -10 39
19 Ascoli 38 5 12 21 36 67   3 8 8 24 32   2 4 13 12 35   -31 27
20 Messina 38 5 11 22 37 69   5 7 7 20 26   0 4 15 17 43   -32 26

Sumber: [2] 

Maka, seperti juga AC Milan, umat Islam boleh saja bergembira dengan kemenangan sementara “Piala Juara-Juara Eropah” ini, tapi jangan sampai lupa perjuangan panjang memenangi “Liga Serie A”. Ketika kejayaan disangkakan tiba, janganlah alpa bahawa Lina Joy tetap saja murtad. Nah, apakah yang bisa dikatakan kemenangan, andai aqidah si Azlina Jailani tetap saja tergadai? Apalah yang mahu diseronokkan sangat dengan keputusan mahkamah, sedang non-Muslim non-Muslim mula meluahkan ketidak puashatian serta ketakutan mereka kepada islam?  Lihatlah apa yang dikatakan oleh pertubuhan-pertubuhan keagamaan: 

The Christian Federation of Malaysia (CFM) is disturbed and saddened by the decision of the Federal Court in the Lina Joy’s case, where the Court has confirmed the National Registration Department’s right to insist on a certificate from the Syariah Court that she has apostatized, prior to registering her conversion in the identity card. We reiterate that the NRD’s insistence on such a certificate being produced has curtailed the fundamental right of an individual to profess and express his or her religion as provided for in Article 11.

We have also noted with much concern that this decision reflects a growing trend of decisions in the courts where civil courts are abdicating their responsibility of providing legal redress to individuals who only seek to profess and live their religion according to their conscience.

As a result of this decision, it is now more pressing for the government and lawmakers to revisit the relevant legislation and to reinstate the jurisdiction of the Civil Courts so that equal protection of the right to choose and express one’s religion is accorded to all Malaysians, as enshrined in Article 11.

The CFM will continue to cooperate with the government and all Malaysians to uphold the Government’s vision of upholding the multiracial, multicultural and multi-religious character of our nation.

Bishop Paul Tan Chee Ing, SJ
Chairman and Executive Committee
Christian Federation of Malaysia

Dated 30th May 2007[3] 

The Malaysia Hindu Sangam is gravely concerned with the Federal Court’s majority decision in Lina Joy’s case. The Federal Court by a 2-1 majority today rejected the appeal by this ethnic Malay (who was born to Muslim parents but says she is now a Christian) for the Government to issue her an identity card without the description “Islam” on it. Lina Joy had argued that the Government’s requirement for her to first obtain a declaration from the Islamic court that she had “apostasized” from Islam was unconstitutional.

The decision may have serious personal repercussions for a significant number of persons living in Malaysia who say they are not Muslim but are nevertheless being forced to comply with Islamic laws by the government.

We anxiously await a perusal of the full written grounds of judgment to assess the full implications of this decision.

In the meanwhile, since the Judiciary appears unable or unwilling to act in these matters, we call on Parliament and all State Legislatures to urgently enact laws that ensure persons who do not profess Islam are not subjected to Islamic law.

The fundamental liberty of all Malaysians to profess and practise their faith in peace and harmony must be respected, both in fact and in law.

Dated 30th May 2007

Datuk A. Vaithilingam PJN, SSA, AMN, ASA, PJK
President
Malaysia Hindu Sangam [4]  

Justeru, bagaimana sepatutnya riaksi kita? Adakah kita berpuas hati dengan “perhimpunan sejuta umat” di Majid Wilayah tidak lama dahulu, hingga tatkala suara kita didengar, tiba-tiba kita membungkam sepi kembali? Apakah kita berpuas hati dengan keputusan mahkamah kali ini, lalu diam membisu sekali lagi? 

Masanya telah tiba untuk kita kembali fokus, bahawa perjuangan menghadapi gelombang kemurtadan, bukan perjuangan menuntut penguat-kuasaan hukum semata-mata. Itu dalih masyarakat mahu lepas tangan! Tetapi, adalah suatu perjuangan menyedarkan kembali umat Islam akan keindahan islam, selain menyebarkan kebenaran islam kepada yang bukan Islam.  

Bisakah kita menyalahkan orang murtad semata-mata, sedang kita gagal menjawab persoalan-persoalan serta keraguan-keraguan yang mereka timbulkan? Bisakah kita menyalahkan mubaligh agama lain semata-mata, sedang kita terlalu takut dan terlampau malu mahu menyebarkan agama kita? Bisakah kita menyalahkan penguasa semata-mata, sedang kita sendiri tidak berusaha membersihkan imej islam yang terlalu teruk tercemar. Orang melihat sulitnya Islam, betapa liquid paper setompok bisa membatalkan sembahyang, lalu para mekanik kereta pun tidak sembahyang, lantaran sulitnya meratakan air wudhuk ke tubuh, sedang Islam tidaklah serumit dan sehodoh itu. Orang nampak kehodohan Islam, betapa korek hidung di bulan ramadhan sedangkan banyaknya tahi hidung menyukarkan pernafasan, lalu batallah seluruh puasanya, sedang Islam tidaklah sezalim itu. 

Pejuang Islam hanya tahu maki dan marah tatkala pertubuhan wanita mengkritik islam seolah-olah islam menzalimi wanita –membenarkan suami memukul wanita misalannya- tanpa kita menerangkan kembali step-step sehingga sampai ke langkah itu, sehingga mereka bisa nampak indahnya Islam membela keutuhan rumah tangga, dan hinanya wanita yang masih tidak taatkan suami hingga bisa sampai ke langkah itu. 

Pejuang Islam hanya tahu menghilightkan hal-hal yang haram sahaja, sedangkan dalam Islam lebih banyak yang halal, sedang sedikit sahaja yang haram. Kaedah syara’ mengatakan: “semua perkara adalah harus/halal, selagi tiada dalil yang mengharamkannya”, namun kita pula melakukan amalan yang bertentangan, seolah-olah “semua perkara adalah haram/dilarang, selagi tiada dalil yang menghalalkan.” Pejuang Islam hanya tahu mengugut dan mengecam, tatkala orang-orang yang mahu murtad menimbulkan keraguan dan persoalan mereka, sedangkan bukankah sebelum sang murtad itu dihukum, Islam menyuruh kita memujuk dan mendakwahi [5] ia terlebih dahulu? 

Sudah tiba masanya web forum-web forum yang kita sertai, kedai-kedai kopi yang kita penuhi, dan perbincangan-perbincangan yang kita adakan, dipenuhi oleh perbahasan-perbahasan tentang bagaimana menjawab soalan dan keraguan orang murtad? Apa jawapan terhadap persoalan non-Muslim? Bagaimana strategi menarik bukan Islam untuk mengenali seterusnya memasuki Islam? Adalah amat malang andainya bukan Islam menggunakan setiap kesempatan untuk sama ada mempromosikan agama mereka ataupun merendah-rendahkan agama kita, sedang kita pula terlalu malu, terlalu takut, dan terlalu segan, untuk kembali mempromosikan agama seindah islam kepada mereka.  

Hentikanlah pertengkaran, hentikanlah perdebatan, hentikanlah pergaduhan. Carilah kesepakatan, agar bisa kita bersama-sama menjadi “duta” umat Islam. Biarlah “Tahun melawat Malaysia 2007” turut kita manfaatkan sebagai “Tahun mengenali Islam 2007”, sampai-sampai semua pelancong asing bisa menjadi umpama orang Ansar yang berjaya diIslamkan oleh Nabi, sampa-sampai wujudlah Bai’atul Aqabah dulu. Dan Islam pun terbela, tatkala umatnya giat berusaha.  

RUJUKAN 

[1]      Halaman Web Rasmi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), artikel bertajuk “Terkini: Keputusan Kes Azlina Jailani (30 Mei 2007)”,  http://myislamnetwork.net/portal/modules/news/article.php?storyid=177 

[2]      Halaman Web ESPN. Rujuk http://soccernet.espn.go.com/tables?league=ita.1&cc=4716 

[3]      Halaman Web Rasmi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), artikel bertajuk “Christian Federation of Malaysia Statement on Lina Joy’s case”, http://myislamnetwork.net/portal/modules/news/article.php?storyid=186 

[4]      Halaman Web Rasmi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), artikel bertajuk “PRESS STATEMENT: Hindus gravely concerned”, http://myislamnetwork.net/portal/modules/news/article.php?storyid=187 

[5]      Ustaz Zaharuddin telahpun menerangkan proses memujuk ini dalam artikelnya “Diskusi Hukuman Jenayah Murtad.” Sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=145&Itemid=91

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s