Kenapa Orang Murtad Dihukum?

Terms & Condition 

Pasca keputusan mahkamah berhubung kes Lina Joy, masyarakat di Malaysia mula diselubungi kontroversi, dilema dan ketidak puas hatian. Di pihak umat Islam, kita bersyukur dengan keputusan itu. Bukan kerana i.c Azlina Jailani a.k.a. Lina Joy akan tetap tertera perkataan “Islam” –dangkal sekali bagi yang merasakan itu adalah sebuah “kemenangan”. Andai menang pun, we’ve just won the battle, not yet the war– tetapi kesyukuran kita ucapkan kerana posisi dan kedudukan Mahkamah Syariah kembali didaulatkan, dan hukum-hakam agama Islam sedikit sebanyak kembali dimuliakan. 

Namun, di pihak non-Muslim, mereka berang yang teramat. Timbullah berbagai macam persoalan, diiringi beraneka jenis tohmahan. Antara lain yang paling kerap di dengar ialah “kenapa Islam tidak benarkan orang murtad?” “Orang dah tak suka Islam, kenapa you still mahu simpan?” “Kenapa Islam terlalu kejam hingga menghukum bunuh orang yang murtad?” dan soalan-soalan yang senada tapi se-tema yang lainnya. 

Di sinilah silap kita. Kita sibuk meraikan keputusan mahkamah itu sebagai suatu “kemenangan”, hingga lupa tanggung jawab sebenar untuk menerangkan dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul seputar isu murtad ini. Kita kembali “goyang kaki”, hingga tidak mempersiapkan jawapan-jawapan demi menjawab syubhat yang timbul berhubung kontroversi murtad ini. Pada kita –atau tepatnya sesetengah daripada kita- isu murtad ini bisa diselesaikan melalui hukum semata-mata, sedang peranan “dakwah” dilupakan sebegitu sahaja. Tanggungjawab menyelesaikan masalah murtad ini dipikul oleh penguasa semata-mata, seolah-olah setiap individu tidak lagi mempunyai peranan untuk turut sama memujuk dan mendakwahi orang murtad, beserta menjelaskan dan menerangkan kepada non-Muslim keindahan Islam.  

Aneh, pihak yang menganggap bahawa hukum itu dapat menyelesaikan semua perkara, pihak yang sama jugalah yang berteriak dan bising tatkala ada pihak yang ingin mengembalikan hukum-hakam Islam menurut sumbernya yang sebenar. “Isu remeh!” “Memecah-belahkan umat” “Wahabi!” itulah yang dikatakan kepada orang-orang yang mahu kembali memartabatkan hukum Islam menurut panduan al-Quran dan sunnah, sedang dalam isu-isu lain seperti isu murtad ini, mereka jugalah yang membayangkan betapa “semuanya akan selesai jika ada hukum” “semuanya beres kalau ada Negara Islam!” Aduh, bagaimana bisa anda mengatakan penegakan Negara Islam dan hukum hudud bisa menyelesaikan semuanya, tanpa adanya peranan dakwah yang aktif di tengah-tengah masyarakat? Bagaimana boleh anda beranggapan hukum adalah jawapannya, sedang anda sendirilah yang melatah apabila hukum Islam benar-benar ingin dikembalikan kepada wajah asalnya? 

Atas dasar itulah, saya yang dhaif ini cuba sedaya upaya saya untuk memikirkan jawapan-jawapan yang mungkin bisa kita berikan kepada mereka –para penanya- sehingga mereka dapat berpuas hati dengan apa yang telah Islam tentukan untuk umatnya. Biarpun sudah teramat sering pihak yang bergoyang kaki ini kembali meremehkan usaha ini, saya doakan mereka sedar dan turut sama membantu memikirkan dan menjelaskan kepada masyarakat, terutamanya non-Muslim, akan falsafah Islam dalam menentukan rights and limits dalam kehidupan manusia. Bukankah lebih baik kita memerah otak memikirkan cara untuk membela Islam, berbanding memerah keringat untuk mencari salah Mufti Perlis, atau ustaz Zaharuddin, atau lain-lain da’ie soleh yang mahu membela Islam? 

Kenapa Islam Tidak Membenarkan Umatnya Murtad? 

Menjawab persoalan ini, terlebih dahulu saya menyeru kepada para penanya, betapa anda harus memahami Islam dahulu, bermula dari basicnya, jika anda benar-benar inginkan jawapan yang memuaskan hati anda. Kerana jika kami dapat karangkan jawapan yang paling baik pun, huraian yang paling ilmiah pun, hujah yang paling logika pun, bukti yang paling utuh pun, sebab yang paling munasabah pun, anda tetap tidak akan berpuas hati dengan jawapan kami itu. Itulah sebabnya, sebelum berbicara isu Lina Joy dan teman seangkatannya, terlebih dahulu fahami Islam yang sebenarnya. 

Jika anda tidak ada asas dalam bidang engineering, apatah lagi electrical engineering –yang menjadi bidang saya ini- misalnya, hatta rumus mudah V=IR pun anda tak pernah tahu dan tak pernah mahu tahu, mana mungkin anda dapat memahami falsafah-falsafah dan ilmu-ilmu electrical engineering yang lainnya. Itulah sebabnya, untuk memahami sesuatu ilmu, harus bermula dengan menguasai fundamentalnya. Begitu juga untuk memahami hukum Islam, harus anda tahu dasar agama ini dibina. 

Setelah anda mengambil tahu tentang Islam, barulah lebih mudah untuk saya jelaskan kepada anda isu murtad ini. 

Kenapa Orang Murtad Di Hukum? 

Islam sepakat bahawa orang murtad itu harus di hukum. Apa hukumannya, sepengetahuan saya, masuh diperselisihkan oleh ulama’[1] tentang hukumannya, sama ada dibunuh, atau diletakkan di bawah undang-undang ta’zir. Maka, saya hanya akan sentuh tentang kenapa orang murtad harus dihukum. 

Seorang pekerja sesebuah syarikat, sama ada kerajaan mahu pun swasta, tidak akan terlepas daripada peraturan. Atau, Terms and Condition (T&C). Demikian dia memulakan kerjayanya di sesebuah syarikat, demikian dia menandatangai surat perjanjian untuk mematuhi segala peraturan atau T&C syarikat terbabit, demikian itu dia sudah terikat kepada T&C syarikat tersebut. Pencemaran terhadap peraturan ini, mengakibatkan sesuatu hukuman telah tersedia untuknya. 

Biasanya, sesebuah syarikat akan menyatakan dalam T&Cnya tentang peraturan seseorang pekerja yang mahu berehenti kerja. Anda harus memberikan notis berhenti lebih awal, misalnya 2 bulan notis atau 3 bulan notis misalnya. Ini adalah kerana, tempoh makluman anda melalui notis berhenti itu akan membantu majikan anda untuk beroleh masa yang cukup untuk mencari pengganti bagi posisi dan tugas-tugas yang bakal anda kosongkan kelak. 

Itulah sebabnya, jika anda berhenti kerja serta merta tanpa memberikan notis 2 bulan tadi, anda bisa dihukum iaitu harus membayar ganti rugi kepada syarikat sebanyak 2 bulan gaji anda. Hal ini wajar, kerana dengan berhenti serta merta, anda telah meletakkan majikan anda di tempat yang sulit; terpaksa menanggung beban tugas anda tanpa sempat dia mencari pengganti. Peraturan ini dipraktikan oleh hampir semua majikan di serata dunia. 

Maka, jika anda berhenti kerja, tapi tetap diburu oleh majikan anda, janganlah anda melenting melulu. Mari kita kaji kes anda. Tatkala majikan mengambil tindakan mahkamah menuntut ganti rugi daripada anda, bukanlah bererti majikan tidak mahu melepaskan “orang yang tidak berminat lagi” bekerja dengannya. Tetapi tentunya wajar anda dihukum, jika dalam proses anda berhenti itu, sebelum waktu anda berhenti itu, terlalu banyak kesalahan dan pelanggaran peraturan telah anda lakukan. Anda tidak berhenti melalui prosedur yang sepatutnya, iaitu memberikan notis 2 bulan berhenti misalnya. Anda melakukan kesalahan etika yang berulang di pejabat. Anda bukan sahaja berhenti tiba-tiba, bahkan dengan berambusnya anda dari pejabat anda, anda bawa sekali computer, kerusi dan peralatan-peralatan lain milik majikan yang diamanahkan kepada anda, tanpa izinnya. Dalam pada anda berhenti itu, anda rosakkan dan musnahkan semua dokumen dan software syarikat anda. Maka, wajar atau tidak anda dihukum oleh majikan anda? Ertinya, isunya bukan kerana majikan tidak mahu melepaskan pekerjanya yang tidak lagi berminat bekerja dengannya, tetapi anda memang harus dihukum kerana dalam pada anda berhenti, anda melakukan pelbagai jenis kesalahan sepanjang anda masih menjadi pekerja syarikat terbabit. 

Nah, jika anda setuju dengan kes di atas, kenapa anda tidak boleh bersetuju tatkala Islam bertindak menghukum umatnya yang mahu keluar dari agama suci ini? Ertinya, dalam kes Lina Joy misalnya, bukanlah Islam mahu menghalang “pekerja yang tidak lagi berminat” untuk keluar, tapi soalnya, sepanjang dia menjadi orang Islam, dia melakukan pelbagai jenis kesalahan. 

Mana mungkin seorang individu akan murtad, jika dia tidak melakukan kesalahan sepanjang dia bergelar seorang Muslim. Mungkin dia tidak solat, tidak puasa, membuka aurat dan sebagainya sepanjang dia bergelar Muslim, hingga dia bertindak dan berkeinginan untuk murtad. Lalu, kesalahan itu dilakukan tatkala dia masih dalam Islam, bukan setelah dia keluar daripada Islam. 

Tentunya, dia murtad kerana dia tidak faham tentang Islam. Dan menjadi kesalahan dirinya kerana Islam menetapkan peraturan untuk belajar dan memahami Islam. Tatkala ilmu Islamnya dangkal sehingga tergamak ia keluar islam, itu sudah merupakan suatu kesalahan kerana ia tidak mahu belajar tentang Islam. 

Pastinya, antara punca dia murtad kerana dia ragu tentang ALLAH, keraguan kerana sering mempersoalkan tentang ALLAH, seperti bagaimana rupa ALLAH, bagaimana mahu beriman kepada Tuhan yang tidak bisa dilihat, dan lain-lain persoalan seumpamanya. Itu pun satu kesalahan, kerana Islam –melalui lidah rasulnya- sudah memperingatkan supaya memikirkan tentang kejadian alam dan penciptaan makhluk, bukan memikirkan tentang dzat ALLAH SWT. Kerana jika anda mematuhi peraturan ini, mana mungkin akan timbul keraguan terhadap ALLAH Tuhan Semesta Alam. Adakah mesti hal yang kita tidak mampu lihat itu tidak wujud, sedang elektrik pun sehingga kini tak pernah bisa kita lihat. Namun, kita meyakini keberadaannya lewat kesan-kesannya. Nah, bukankah “kesan-kesan” kewujudan Tuhan sudah cukup jelas sehingga tidak wajar sama sekali wujud keraguan? 

Mesti, dia murtad kerana mempersoalkan qada’ dan qadar ALLAH, mempermasalahkan ketentuan ALLAH, seperti si Hasnah Burdges suatu waktu dahulu. Bukankah ini satu kesalahan kerana Islam menyuruh umatnya sabar dan redha dalam menyikapi ketentuan Tuhan?

Anda tidak pernah bising tatkala universiti “memaksa” anda memakai jubah untuk konvokesyen misalnya, kenapa anda boleh bising tatkala Tuhan memerintah kod etika berpakaian anda harus menutup aurat? Jika pakaian menutup aurat ala Islam yang anda permasalahkan, permasalahkan juga pakaian seragam sekolah, kenapa harus seragam, kenapa tidak bisa bebas apa sahaja? Permasalahkan juga pakaian pengangkap, kenapa harus pakai skaf, topi dan pakaian warna ungu mereka. Permasalahkan juga pemain-pemain Manchester United kerana semuanya memakai jersi Manchester United tatkala final piala F.A menentang Chelsea, sedang anda main bola petang-petang boleh saja pakai baju sesuka hati anda! 

Anda tidak pernah pelik, tatkala seorang cashier tatkala mahu mengira barang-barang yang anda beli, menggunakan kaedah “tambah”. Kenapa tidak guna keadah Teorem Pithogoras, kebarangkalian, janjang atau yang lainnya. Tapi, anda sibuk mempermasalahkan kenapa Tuhan menggunakan “kaedah” yang menimpa anda –yang dipanggil takdir- sedang anda sendiri tidak memahami “rumus” disebalik ketentuan Tuhan itu.

 Lihatlah dengan teliti, dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan Lina Joy ini, wajarkah Islam menghukumnya tatkala mahu keluar daripada agama Islam ini? Mana mungkin seseorang yang berkeinginan murtad itu tidak melakukan kesalahan-kesalahan, terutama kesalahan-kesalahan di atas, kerana jika anda mengambil tahu tentang Islam, mematuhinya dan menghayatinya, mana mungkin anda akan bertindak meninggalkan agama suci ini. 

Maka itulah jawapan saya. Jika kita semua bersetuju pekerja yang melakukan kesalahan sebelum dia berhenti kerja, harus dihukum oleh majikannya dengan membayar ganti rugi atau disaman atau lain-lain keputusan majikannya, maka tidak sepatutnya kita tidak bersetuju tatkala Islam bertindak menghukum mereka yang murtad, sedang mereka telah melakukan pelbagai bentuk kesalahan dalam perjalanan mereka mahu murtad itu. Dan ingat, sebelum dihukum pun, Islam memberi peluang untuk mereka berdialog dengan tokohnya tentang sebarang keraguan yang timbul di dalam dirinya. Hanya keengkaran –dan keengkaran itu pun suatu kesalahan- dalam membuka hati dan membuka minda, yang akan memastikan mereka tetap berkeras untuk keluar daripada Islam. Ingat, Islam tidak pernah memaksa manusia untuk memasuki Islam, tapi once you dah masuk islam, you harus mematuhi T&C nya. Dengan berdisiplinnya anda, sudah barang tentu tak akan pernah timbul kekeliruan atau ketidak puas hatian dengan Islam, sehingga anda tergamak berpaling tadah daripadanya.  

RUJUKAN 

[1]      Pendapat Ibrahim an-Nakhai’e berdasarkan huraian Sahibus Samahah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Darus Sunnah, dalam ceramahnya di Taman Sri Ukay pada 12 Mav 2006. Wallahu a’lam, saya tidak kata saya bersetuju dengannya, namun Islam mengajarkan kepada kita untuk berlapang dada dalam menyikapi perbezaan di kalangan tokohnya/ ulamaknya.

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Kenapa Orang Murtad Dihukum?

  1. heng berkata:

    awak lebih banyak bercakap tentang soal hidup social daripada tentang islam…

    boleh tak awak email saya sedikit teks ilmiah yg berkaitan dgn murtad? saya berminat nk membacanya. maksud saya teks yg ditulis oleh orang yg ada authority dan bukan jenis komen atau pendapat daripada org biasa. it will be great if u would send me some teks or sentences from quran. i am interested to know about this.

    thanks.

  2. faridul berkata:

    Terima kasih atas komennya Heng. Juga tahniah kerana berminat untuk belajar tentang pandangan Islam terhadap isu murtad.
    Heng boleh baca ulasan seorang ulama’ Islam, Dr. Yusuf al-Qaradhawi di http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Masyarakat/index.html

  3. Amira berkata:

    SALAM…
    sy amik sdkit isi dr sini utk assignment sy.
    thankz ye…
    bnyk info n isi…
    contoh yg mnarik..

  4. faridul berkata:

    wa’alaikumus salam ukhti amira.

    Silakan. Takde masalah. Mungkin selepas tu ukhti boleh sharing hasil asignment anti dengan kami semua..

  5. ahmad khairul ikhwan bin abdullah berkata:

    Assalamualaikum….

    saya ingin memberikan pandangan sedikit tentang perkara yang ingin dibincangkan ini…saya melihat masalah murtad tidak akan selesai selagi umat islam tidak berganding bahu untuk memeranginya. sekarang apa yang saya lihat ramai yang bercakap tetapi berkerja kurang. untuk pengetahuan kita semua, pendakwah-pendakwah kristian walaupun mereka tewas di pentas debat, mahkamah tetapi mereka menang di dalam gerak kerja.

    masalah sekarang, umat islam hanya pandai bercakap banyak tetapi buat kerja dakwah kurang. ketika umat islam masih tidur, pendakwah kristian telah masuk ke kampung-kampung orang asli, pendakwah kristian telah bertebaran di sabah dan sarawak, pendakwah kristian sudah berjaya memurtadkan anak-anak orang islam.

    oleh yang demikian kurangkan bercakap banyak kan berkerja….

    Ahmad Khairul Ikhwan Bin Abdulah
    pengarah Institut Kajian Bible ( INKAB ).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s