Saya ada banyak yang ingin saya perkatakan, tertuju khas buat mereka yang mengaku kononnya “gerakan islam”, tapi berperangai jauh daripada seorang mujahid da’wah atau aktivis harakah. Namun, mungkin sajak di bawah bisa menyimpulkan segalanya. Biarlah isi hati saya saya pendamkan dulu, mudah-mudahan akan reda. Sungguh, kejadian-kejadian sebegini (sikap melampau dan tidak Islami gerakan islam) mengingatkan saya akan zaman Jahiliyah saya: alangkah sedihnya melihat ustaz-ustaz ini terkadang lebih dahsyat berbanding akhlaq saya di zaman jahiliyah…. 

Jadi faqih atau jadi sufi,

Benar!dua sifat yang perlu ada pada seorang yang bergelar murobbi,

Kerna kita tak mahu menghukum sosok-sosok tubuh yang masih “lena” dibuai mimpi,

Bagi mereka, maksiat menjadi tabi’ie,

Bahkan sudah sebati dalam diri,

Khayal melayan nafsu, memuaskan kendiri,

Kita sebagai da’ie harus sedar mereka ini sedang lupa pada Ilahi,

Akibat tergoda dengan tipuan Syaitan yang dilaknati,

Oleh seluruh penduduk langit dan bumi,

Ingat ku pesan! Jangan pandang mereka dengan rasa benci!

Itu bukan karakter seorang da’ie,

Sebaliknya bimbinglah mereka dengan berstrategi,

Pelajarilah seni-seni menyentuh hati,

Ingatlah! Tak kira Kafir atau Muslim, fitrah kita sama: bertauhidkan ALLAH sejak sebelum lahir lagi,

Jadi jangan gentar pada ancaman, jalan da’wah memang penuh dengan onak dan duri,

Putus asa dengan dugaan penyebab rugi,

Kita mengajak insan kembali kepada sifat semulajadi,

Ingatlah! Pertolongan ALLAH pada pencinta sejati,

Cakar mencakar sesame jemaah perlu dihindari,

Sebaiknya saling lengkap-melengkapi,

Berbeza kelompok berbeza seni,

Bersatulah! Jangan syok sendiri,

Jangan jadi buih yang banyak tapi tak berdaya dipukul badai ke sana-sini…. 

-Dzul Riyhayn Bin Abd Wahab (via sms, 18 Ogos 2007) 

Faridul: Tak sangka, jiwa seni jugak adik kandungku ini….

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to

  1. Assalammualaikum wbt, salam ziarah…

    This is my 1st time visit to your blog.. Wah, sangat terkesan dengan posting ni..

    Anyway, semoga berjaya dalam menulis. Yang paling penting, moga Allah beri rahmat dan keberkatan dalam usaha untuk Islam..

    Wallahua’lam

  2. faridul says:

    JazakaLLAH khairan ya akhi…

    menulis kerana tanggungjawab, bukan didasarkan oleh ilham. Itulah rahsia keistiqamahan…

    Berdakwah kerana ALLAH, bukan kerana semangat, maka istiqamahlah kita -insyaALLAH- di dalam da’wah…

  3. pakcu says:

    “jgn disangka saintis yg tenang tidak pandai berpuitis..” 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s