Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Faridul Farhan Abd Wahab “apa khabar suara hati?” 

Menjelang kedatangan Ramadhan nan serba barakah, marilah kita renungkan kembali akan hikmah dan tujuan disyariatkan berpuasa itu sendiri:- 

  
”Hai orang yang beriman! Diwajibkan ke atasmu berpuasa, seperti mana telah diwajibkan ke atas mereka-mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa

(Surah al-Baqarah [2]:183)

Ternyata, berpuasa itu bukan sekadar untuk diet:– itu hikmahnya! Atau untuk saving budget:- itu pun hikmah sampingannya. Atau sebagai “maintenance” dan “overhaul” sistem pencernaan. Pun, bukan itu tujuannya. Tapi ternyata tujuannya agar anda; kita semua, bertaqwa! 

Kata orang, akar kata taqwa adalah “wiqayah”, iaitu prevention. Bak pepatah arab “al-wiqayah khairu minal ‘ilaaj” Prevention is better than cure. Maka melalui puasa, kita berjaya prevent diri kita daripada makan minum di siang hari. Lewat puasa, kita berjaya prevent nafsu kita daripada berhubungan intim suami-isteri. Dengan puasa, kita berjaya prevent diri kita daripada berjidal (berdebat) dengan orang, dengan mereply pada pihak lawan “maaf, saya sedang berpuasa!” 

Maka, sempena kedatangan fardhu puasa, marilah kita prevent diri kita daripada berfatwa dan mengeluarkan kenyataan atau hukum tanpa mengkaji dan melihat pandangan ulama’-ulama’ dalam mengemukakan hujah bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah. Ketidak puashatian terhadap isu-isu seperti pelajar veterinar bergambar mesra dengan anjing dan babi, atau penukaran logo Bank islam kerana alasan non-Muslim tak suka warna hijau dan tulisan jawi, atau lain-lain isu, bisa saya fahami, namun melihatkan perbahasan dan pandangan orang tatkala mengeluarkan hukum sangat memalukan dan menggambarkan kedangkalan umat dalam memahami Islam. Seolah-olah islam mengharamkan langsung anjing dan babi, seolah-olah kedua binatang itu dalam sesebuah Negara Islam, harus dihapuskan sama sekali. Atau, seolah-olah rebranding logo dalam Islam suatu hal yang haram, dan penggunaan perkataan rumi juga haram, sebaliknya sesebuah Negara Islam hanya boleh mengimplementasikan tulisan jawi sahaja, adalah satu kegopohan dalam mengeluarkan hukum, akibat tidak mahu prevent diri berfatwa sebelum menyemak kembali kitab-kitab fiqh dan sebagainya. 

Preventkanlah diri kita daripada menyebarkan sms atau emailyang, biarpun dapat membangkitkan ghirah dan semangat beragama, tapi ketelusan dan kejituan maklumat tidak bisa dipastikan. Kes Holy Water dalam air mineral, Azhar Mansor membaptiskan orang, dan terbaru rusuhan kaum di Johor, adalah contoh kegopohan dalam menyemak berita, sehingga memberikan gambaran terhadap non-Muslim betapa Islam membenarkan dan menggalakkan umatnya memfitnah dan menuduh agama lain tanpa perlu usul periksa. 

Marilah kita usahakan menjadi orang bertaqwa, yang selalu berjaya mempreventkan diri kita, melihat dunia sekadar dengan mata kita, tapi juga memberikan ruang buat hati untuk turut sama berbicara.

 

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s