Rumah Sewa Saya

Faridul Farhan Abd Wahab “mencari jalan pulang”

Sudah agak lama saya tidak tinggal di rumah. Sejak isteri tercinta pulang ke kampung halaman di kelantan lantaran morning sickness, saya memilih untuk berulang daripada rumah mak ayah saya di Bukit Kapar ke tempat kerja saya di Jimah, Port Dickson, dengan menempuh perjalanan melampaui 2 marhalah sehari-hari.

Lalu, dengan tertinggalnya rumah sewa saya di Bandar Seri Putra untuk beberapa ketika, untuk sesetengah orang, pasti timbul sedikit kerisauan akan keselamatan barang-barangan di rumah, patah lagi di zaman kerosakan umat sebegini, sekuriti paling canggih pun tidak mampu menghalang pencuri daripada memecah masuk ke rumah, apatah lagi yang ditinggalkan lama.

Saya bersyukur kerana kerisauan melampau yang dipunyai sesetengah orang, tidak terlalu menghantui saya. Masakan tidak, apa-apaan saja yang bias diambil oleh pencuri di rumah saya? Rumah saya tiada t.v, tiada radio, tiada microwave. Jangankan sofa empuk idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin, kerusi rotan ala-ala kampong saja tidak bisa anda dapati di rumah saya. Silakan para tetamu untuk duduk bersila di atas tikar atau di atas karpet –pun pemberian mak saya- itu pun jika anda sudi berkunjung ke rumah saya.

Katil pun tidak ada di bilik tidur saya, sementara saya dan isteri hanya tidue di atas tilam berkatilkan lantai sahaja. Syukur, isteri tidak cerewet dan bermata dunia lantaran silakanlah anda mencari-cari barang kemas di rumah saya, lantaran yang ada hanyalah yang dipakai isteri sehari-hari.

Saya berdoa pada Rabbul Izzati, agar dikekalkan dalam suasana sebegini. Suasana yang sudah sukar untuk diketemukan di rumah-rumah masyarakat hatta para asatiz (ustaz-ustaz). Mereka berteori tentang tawadhu’, padahal, anda akan dapati, merekalah kelompok masyarakat yang paling ego dan tidak tawadhu’ dalam masyarakat Malaysia pada hari ini. Lihatlah saja mereka pasti melenting mendapat kritikan sebegini –tatkala “kemaksuman” mereka cuba disentuh- berbanding muhasabah diri betapa keegoan merekalah yang menjadikan umat makin menjauhi agama suci murni ini. Mereka beretorika tentang kehidupan zuhud ala Nabi, tapi, di rumah dan kehidupan merekalah, akan anda dapati kemewahan tiada tara, yang terkadang melewati kemampuan mereka sendiri. Bisakah anda bayangkan seorang ustaz sekolah rendah yang gajinya tentu tidak seberapa, tetapi bermegah-megah dengan Perdana V6 yang entah apa keperluannya berkereta semewah itu?

Maka buat sang pencuri, jika anda telah pun memecah masuk ke rumah sewa saya yang tertinggal kosong itu, mungkin yang bisa anda curi hanyalah buku, buku dan buku. Kerana hanya buku agamalah yang menghiasi rumah saya itu. Jika anda telah mencurinya, sudi-sudilah membacanya. Kemudian perkuatkan diri untuk beramal dengannya, agar ilmu yang anda rampas daripada saya itu tetap bermanfaat untuk umat sejagat. Dan doakanlah saya istiqamah dengan kehidupan sebegini; jauh dari godaan duniawi dan hidup dengan seadanya. Semoga.

p/s – gambar rumah sewa saya menyusul kemudian, insyaALLAH

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Safarul Iman. Bookmark the permalink.

15 Responses to Rumah Sewa Saya

  1. , says:

    jazakallah for sharing with us bro faridul.Apreciated.

  2. moya says:

    zmn skrg pelik jika tidak kelihatan tv dlm sesebuah rumah…namun tiada yg pelik bg org2 yg menghayati seerah rasulullah saw n akan sabda beliau yg bermksud, Islam itu dtg asing/dagang n akn kembali sbg asing, beruntunglah mereka yg asing itu…w’alam

  3. Raheemah says:

    Assalamualaikum,

    Masha Allah, Alhamdulillah dan Syukrillah kerana Allah telah memberikan saya satu rahmat untuk menemui blog site anda melalui kawan saya. Sungguh banyak saya dapat mempelajari dari Akhi. Saya rasa cemburu dengan cara penghidupan Akhi dan isteri Akhi yang begitu sederhana dan mengikut Syariat Islam. Insha Allah, akan di contohi oleh hamba dan suami hamba nanti. Mudahan di kurangkan kepada kami terlalu melihat dunia. Teruskan da’awah Akhi. Mudahan Allah sentiasa melimpahi hidup Akhi sekeluarga dengan penuh Rahmat, Berkah dan Maghfirah. Amiin.

    Fi Amanillah.

    Jazakallahu Khairan Khatira

  4. faridul says:

    JazakumuLLAH khairan kepada semua yang sudi memberi komentar…

    AlhamduliLLAH, ternyata gaya hidup sederhana benar-benar bisa “memeranjatkan” orang, dan mengesankan. Benarlah dakwah bil hal (dakwah dengan perbuatan/contoh teladan) lebih berkesan berbanding dakwah bil maqal (lewat perkataan).

    Rakan-rakan sepejabat pun semua terkejut bila dapat tahu rumah saya takde TV. Tu depa belum tahu lagi betapa rumah saya takde sofa, katil, dan sebagainya.

    AlhamduliLLAH, ketika saya mula menjumpai tarbiyyah, murabbi saya ketika itu telah menunjukkan contoh yang sangat baik kepada kami. Rumahnya tidak ada apa, yang ada hanya buku, buku, dan buku. Keretanya juga (tidak seperti saya) sangat dhaif, walhal, dia sebenarnya bisa saja menikmati kemewahan, sebab dia sebenarnya ialah SEORANG PROFESIOANAL (maaf, saya rahsiakan dulu Profesional bidang apa). Namun, tanpa latar belakang syarie, ia tetap hebat meng-quote-kan ayat-ayat al-quran pada kami, sambil sentiasa mengobarkan semangat kami untuk sentiasa tawadhu’, zuhud, sanggup berkorban, dan sebagainya. AlhamduliLLAH, kami pun lantas menginfakkan diri kami untuk dakwah, dan menjauhkan diri kami dari alasan “SIBUK”.

    Doakan saya istiqamah. “Ya ALLAH, jadilah dunia dalam GENGGAMAN TANGAN kami. Jangan KAU jadikan dunia MENGGENGGAM HATI kami”

  5. yu says:

    salam,

    akhi, lama nggak ketemu. kabare? moga sihat dalam rahmat Allah.

    ana agak keberatan utk komen sebenarnya, memikirkan diri yg tak seberapa…namun ada bbrp perkara yg ingin disentuh…moga akhi bisa melihatnya dengan pandangan rahmat, dan juga pandangan seorg yg tawadhuk.

    mengapa akhi menghukum golongan asatiz sebegitu? bukankah ada hukama’ mengatakan “kita adalah du’at, bukan penghukum’? mmg ada yg hidup dgn cara yg agak mewah…persoalan boleh atau tidak bergantung kepada cara kita melihat. cara feqahnya mungkin lain, tp bab sufinya mungkin lain. cuba akhi rujuk semula kuliah tafsir oleh Ust Zahazan mengenai zuhud..

    istilah mampu dan membazir merupakan terminologi yg jauh sgt bezanya…jauh sekali!

    ana agak kurang senang bila akhi menghukum golongan ustaz sebegitu. jgn melihat satu perkara daripada satu persepektif semata2…

    sekian dulu utk kali ini…
    salam ukhuwwah

  6. faridul says:

    JazakaLLAH khairan akhi Yu di atas tegurannya…

    Kebetulan, ana baru usai mendengar ceramah Tn Guru Nik Aziz (via kaset) berkenaan isu “Barua”. Islam bukan sekadar melibatkan “amar”, tapi juga melibatkan “nahi”. Bukan sekadar “Syurga”, tp juga “Neraka”.

    Itulah sebabnya, dlm al-Fatihah, selain diajarkan golongan yg kita nk jadi (an’amta alaihim) juga diajarkan golongan yg ingin kita jauhi (ghoril maghdu bi ‘alaihim waladdhallin).

    Nasihat adalah cermin kehidupan. Nasihat akhi Yu akan saya muhasabahkan, tapi utk sementara saya rasa perlu saya tegur sesetengah ustaz. Alhamdulillah, teguran saya itu pun dibuat secara umum seperti yg agama ajar, bukan secara khusus yg boleh mengaib dan menjatuhkan seseorang.

    Andainya saya tidak menegur, maka apalah ertinya “ad-din an-nasihah”? Jangan hanya kerana mereka ustaz, langsung tak boleh ditegur, apatah lagi ana tak persoalkan masalah halal-haram memiliki itu-ini. Tapi yang ana pertanyakan ialah bermewah-mewah. Bukankah Islam juga mencela gejala bermewah-mewah ini?

    Jika sang ustaz bergaji RM9ribu sebulan beli kereta Perdana, dan benar2 ia manfaatkan utk da’wah, ana tak akan persoalkan. Tapi bayangkan sendiri kalau ustz sekolah rendah yg bergaji (waktu tu) sekitar RM1ribu lebih pakai Perdana, maka salahkah andainya ana menegur, itu pun teguran secara umum?

    Wallahu a’lam. Kritikan sering kali dilemparkan pd masyarakat, tapi tidak pada mereka yg sepatutnya membimbing masyarakat, iaitu para ustaz. Ngak adil bukan?

  7. yu says:

    Salam,

    ya akhi,

    ana tiada niat nak berdebat. mungkin ana petik semula kata-kata akhi semula utk dinilai dan dihisab semula..

    “…Suasana yang sudah sukar untuk diketemukan di rumah-rumah masyarakat hatta para asatiz (ustaz-ustaz). Mereka berteori tentang tawadhu’, padahal, anda akan dapati, merekalah kelompok masyarakat yang paling ego dan tidak tawadhu’ dalam masyarakat Malaysia pada hari ini… ”

    tidak dinafikan agama ada 2 komponen penting tersebut. tp kes pukul rata merupakan suatu yg terasing. sebagai contoh, bolehkah ana menghukum org melayu itu bodoh hanya kerana 2-3 org gagal dalam peperiksaan…nggak bisa dong.

    Allahua’lam.

  8. faridul says:

    Wsalam

    JazakaLLAH ustaz Yu.

    Rasanya, adalah lebih moleh ustaz Yu (Yxxxn Universiti ke maksudnya?) nukilkan satu artikel yang boleh ana dan sahabat lain jadikan contoh sebagai cara terbaik menegur sesetengah kelompok ini. Jika tidak, kita sekadar akan menjadi “Pengkritik AF” yang telah ana katakan dalam artikel ana yg terdahulu.

    LIhatlah sendiri ustaz Yu dan sahabat2 sekalian, kita sering kali mengkritik orang itu dakwah tak berhikmah, orang ini tak reti berdakwah, dah kalau cam tu, kita tera sangat, kita je la settlekan dakwah.

    Komentar ana itu bersifat umum sesuai dengan adab-adab mengkritik, bukan ana khususkan pada seseorang seperti menyebut nama ustaz itu dsb yg tentu saja boleh menjatuhkan air muka ustaz tersebut. maka, jika menegur secara umum dianggap pukul rata, menegur secara khusus (menyebut nama dsb) pula dilarang oleh Islam, maka diharap ustaz Yu boleh memberikan contoh artikel cara terbaik menegur dan membetulkan golongan ini.

    Jika tidak, ana khuatir kami-kami ini sama ada akan membutakan mata memekakkan telinga melihat sesetengah ustaz melakukan kesilapan dan kesalahan, atau sampai kiamat dunia pun kami tak reti nak tegur camana coz tegur khusus salah, tegur umum pun salah.

    Bukankah lebih baik jika teguran ini turut dimuhasabahkan oleh para ustaz? Sebagai seorang yang berasal dari kelompok “rosak”, saya rasa, saya mewakili kebanyakan umat kita yang rosak ini dalam melahirkan kekecewaan kepada sesetengah, bahkan kebanyakan ustaz. Maka terlebih baik jika para ustaz muhasabah dulu, dan jika tetap mengkritik, berikan artikel contoh cara menegur para ustaz ini utk rujukan bersama.

    Saya nantikan artikelnya. Wassalam.

  9. yu says:

    salam,

    nampaknya ada unsur emosi tergaul bersama hujah-hujah anta tu. lihat ayat terakhir:

    “…kita sering kali mengkritik orang itu dakwah tak berhikmah, orang ini tak reti berdakwah, dah kalau cam tu, kita tera sangat, kita je la settlekan dakwah.”

    ana petik sekali lagi tulisan anta…read it line by line, & between the line:

    “…Suasana yang sudah sukar untuk diketemukan di rumah-rumah masyarakat hatta para asatiz (ustaz-ustaz). Mereka berteori tentang tawadhu’, padahal, anda akan dapati, merekalah kelompok masyarakat yang paling ego dan tidak tawadhu’ dalam masyarakat Malaysia pada hari ini… ”

    baca sepatah demi sepatah, sebelum tu berdoa sket, mintak Allah berikan petunjuk…

    ana tak berguru sgt dgn artikel, so ana nggak bisa tunjukkan mana-mana artikel. tapi kalau anta nak ana tunjukkan mana-mana guru, insyaAllah boleh aja dong. di indonesia atau di malaysia, malah di thailand. insyaAllah bisa aja dong.

    astaghfirullah…

  10. insanfakhir says:

    “…Suasana yang sudah sukar untuk diketemukan di rumah-rumah masyarakat hatta para asatiz (ustaz-ustaz). Mereka berteori tentang tawadhu’, padahal, anda akan dapati, merekalah kelompok masyarakat yang paling ego dan tidak tawadhu’ dalam masyarakat Malaysia pada hari ini… ”

    Kalau tak makan cili, tak payah la terasa pedas. terima la sebagai nasihat n teguran kalau bukan kita yg jadi ustaz2 yg terlalai tu. Kalau nak main tunjuk org tu, tunjuk org ni sape2 buleh tunjuk, tapi tak semestinya org yg kita tunjuk tu org lain kenal. baik tak yah kritik kalau kita sendiri tak tau nak buat, maka jadilah pengkritik Af.

    p/s: ramai org yg beragama, tapi tak tahu cara nak beragama. Wallahu’alam.

  11. yu says:

    salam ukhuwwah,

    tak tahulah ana…kenapa antum semua ni seolah-olah suka berhujah dengan emosi. sblm ni engr. Faridul al-muallim, ni tuan insan faaqir (man ma’na fakhir?) plak.

    sblm gi jauh, ana nk maklumkan yg ana bukannya ustaz pun. samalah mcm tuan engr. Faridul, belajar secara tak formal (daripada murabbi, seorang “PROTAZ” mungkin?). so isu ana makan cili tapi rasa pedas atau tak, tak timbul ye tuan faaqir.

    isu kat sini hanyalah penggunaan bahasa…jgn pukul rata. tuan eng faridul (IEM? BEM?) sendiri dah jawab dalam artikelnya, mengenai FRU lah, mengenai MB kelantan lah…itu sebenarnya maksud ana. jgn menghukum semua ustaz, hanya kerana seorang dua ustaz yg mengutamakan dunia secara tidak adil. gunalah perkataan “sebahagian” ke, “sesetengah” ke…itu lebih adil dan manis. berhati-hati menuturkan kata. mungkin inilah perkara yg dijadikan asas teguran kepada akhi Mukhtar Suhaili, walaupun ana sendiri melihat tulisan beliau tidaklah sampai ke tahap itu…Allahua’lam..

    oleh kerana tuan engr. kita dah ulas panjang lebar, so tak perlu la nak cerita lagi.

    tuan faaqir, cool down…cara anta tu tak membantu dalam penghujahan yang baik.

    w/bagaimanapun, ana mintak maaf sebab mencelah. yg baik amik buat teladan, yg tak elok buat sempadan.

    salam

    (N)

  12. insanfakhir says:

    Salam,

    Takpelah akhi yu, tak semesti nak belajar agama kena jadi ustaz. Sebab setiap muslim tak kira kerja apa akan disoaljawab di akhirat kelak. Sometimes, SEBAHAGIAN drp kita malah lebih baik daripada SEBAHAGIAN ustaz. Sebagai contoh, kawan ana student aliran sains TIDAK BERCOUPLE sedangkan yg SEBAHAGIAN bakal2 ustaz yg berhampiran dgn rumah ana pula, BERCOUPLE. Yg bagitau tu pun, ustaz situ jugak yang buat bancian dlm kolej tu. Jadi, SEBAHAGIAN ustaz yang terlalai tu semoga mereka insaf.

    WASSALAM.

  13. yu says:

    salam,

    entah knp antum seolah anti kepada golongan ustaz…lagi2 ustaz juga yg disebut. protaz ok plak rasanya kan? hakikatnya insan selain nabi dan rasul tidak kebal dari dosa. tak nak cerita ke pengorbanan ustaz kita? ustaz ibrahim libya contohnya…ke terlupa?

    memetik kata2 seorang ustaz…”kalau dah belajar sampai alim, kira ustaz la tu…kenapa nak label sbg prostaz (maksud beliau adalah protaz) plak..ini seolah nak beza-bezakan golongan tertentu…” pjg lagi la…bila fikir balik, betul la tu. takkan kalau engineer (bahasa melayunya adalah JURUTERA…kenapa la ana tak guna perkataan ni tadi) belajar agama, kita nak panggil dia ENGTAT plak…mcm kuih tart plak bunyinya, kalau doktor? DOKTAT? …apa perlu perbezaan tersebut? untuk tunjuk status? utk tunjuk yg kita ni setingkat lebih hebat daripada ustaz yg berguru secara face-to-face dgn guru mereka (ana percaya ini jauh lebih hebat daripada kita yg BYK MEMBACA daripada BYK BERGURU)…hai entahlah…pelik jika rangkaian perawi jd mcm ni…”dari internet, dari Ali, dari Abu, dari bla..bla…mmg tak masuk akal.

    takpelah, byk lagi keutamaan lain dari berdebat benda2 ni, sedangkan ana yakin tujuan kita sama je. tp jalan masing2…malas la nak komen, karang panjang lagi ceritanya.

    teruskan usaha mencari kebenaran…carilah juga makna ustaz..berbezakah mereka dengan alim /ulama..

  14. faridul says:

    Assalamualaikum warahmatuLLAH

    beginilah, supaya ruangan komen ni tak makin melalut, ana nak simpulkan begini.

    Setiap kritikan itu kita sampaikan mudahan2 niatnya nak mencari redha ALLAH. Dan kritikan itu hendaknya tak menggugah keharmonian ukhwah sesama Islam.

    Ana berlapang dada dgn akhi Yu. Telah ana katakan, andainya akhi Yu boleh bagi contoh cara terbaik memberikan kritikan, maka ianya sudah menjadi kritikan yang membina. Dan alhamdulillah, akhi Yu akhirnya bagi contoh, iaitu dgn menyebut “sebahagian”, namun ana pula masih berpegang dgn pendapat ana bersandarkan hujah ana dlm artikel “mengharapkan keajaiban daripada kesederhanaan.” Walau bagaimana pun, ana berlapang dada dgn pendapat akhi Yu.

    Kalau kita tgk, komen2 terawal semuanya mengambil manafaat daripada artikel ini. Tapi komen2 mutakhir, tatkala melihatkan pihak yang nak pada agama berbalah-berhujah, ana khuatir org akan menjauhi agama kerana melihat perbalahan “org2 yg nak pada agama.” Oleh yg demikian, ana tak akan reply dah dan ana pohon org2 yg sependapat dgn ana, insanfakhir misalnya, turut berlapang dada dgn akhi Yu.

    Juga alangkah baiknya jika akhi Yu bisa memperkenalkan diri pada ana, tak semestinya di sini tapi juga dgn cara meng-emailkan ana sebagai bukti keikhlasan dan ukhwah yg diperkatakan.

    Akhir kata, marilah kita mengikhlaskan niat kerana ALLAH dan cuba sedaya upaya kita menjauhkan diri daripada perbalahan yg mengakibatkan org2 yg tak terlibat semakin menjauhkan diri dari Islam dek kerana telatah “org2 yg nak pd Islam” itu sendiri. Marilah kita kembali melihat kepada ibrah dan fokus utama artikel ini seperti yg dilakukan pengomen2 terawal”

  15. yu says:

    tuan Faridul,

    ana juga takde niat nak bergaduh, apa lagi nk menjauhkan org dari agama.

    keikhlasan tu satu daripada rahsia Allah, dan ia tidak terzahir semata-mata dgn e-mail kpd anta…tu kalau nak kira ikhlas la…tp kalau nk kira bab ukhuwah, ketepikan soal nk tunjuk ikhlas, sebab sememangnya ikhlas sukar nk ditunjukkan pun..

    apapun, berlapang dada merupakan satu cara yg baik.

    salam

    – dari islamic city –

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s