Isu Gempar!!!

[GEMPAR!!]: Fatwa Islam Tidak Menyukai Cuti (?)

Faridul Farhan Abd Wahab  “Jadilah Dai’e, bukannya mufti” 

Izinkan saya mengeluarkan kata-kata kontroversi. Perlu juga saya keluarkan, biarpun saya tahu akibatnya orang akan berpusu-pusu mengecam saya.  

Saya rasa, ingin saya “fatwakan” di sini betapa Islam sebenarnya membenci cuti. Apa? Islam membenci cuti? Ya, itulah fatwa saya, Islam sebenarnya membenci cuti. Maka Malaysia sedang melakukan suatu perkara yang sangat bertentangan dengan Islam, lantaran Malaysia adalah sebuah Negara yang maha kaya dengan cuti. 

Tapi, kenapa bisa ada fatwa yang sebegitu sekali? Sebab, bila cuti, bererti pejabat-pejabat kerajaan akan tutup. Bila pejabat kerajaan tutup, maka kita tidak dapat berurusan. Bukan urusan bank, atau urusan nak buat passport atau I.C, atau urusan pembayaran bil, atau urusan-urusan lainnya yang dihiraukan, tapi betapa di Malaysia, seakan-akan jika ada seseorang mahu memeluk Islam, ia hanya dapat dilakukan pada waktu pejabat sahaja. Ya, waktu pejabat sahaja. 

Inilah yang sangat menghairan saya. Entah sejak bila wujud fatwa sebegini, iaitu seseorang manusia yang berminat untuk memeluk Islam, hanya akan sah keislamannya, apabila ianya didaftar di pejabat Agama, di hadapan pegawai agama (atau tepatnya ketuanya sahaja atau tok kadi),  pada waktu pejabat sahaja. Di luar waktu itu, maka maaf, “tiada keIslaman buatmu.” Waduh…. persis ungkapan “tiada maaf buatmu.” 

Lebih malang lagi, proses keislaman seseorang itu harus mengambil masa yang panjang, dengan menyelusuri proses birokrasi yang kejam, tapi, dalam urusan sunat-menyunat dan penukaran nama kepada nama Islam, harus dilakukan dengan serta-merta! Pelik, seakan menyunatkan orang lebih utama daripada memintanya mengucapkan syahadah. Aneh, seakan nama Chew atau Chai atau Ah Seng atau Pradip yang tidak membawa sebarang maksud, adalah haram digunakan dalam Islam, tapi nama-nama seperti Awang atau Wan atau Tengku yang juga tidak membawa sebarang maksud, bahkan tidak bisa dieja dalam bahasa arab pun (lantaran bahawa arab tak mengenal huruf “nga” atau “G”) bisa pula diberikan pengecualian. Aduh… bagaimana bisa wujud diskriminasi kaum dalam Islam? Saya sangkakan, Islam adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi sekelian alam), rupanya Islam hanyalah rahman lil Melayu sahaja. 

Lebih aneh, sebarang nama berbunyi kecinaan atau keindiaan atau kenepalan harus segera diIslamkan/ diarabkan, tapi kenapa nama-nama orang Putih tak pernah pula ditegur? Lihatlah sahaja masyarakat kita, lihatlah sahaja artis-artis, berapa ramai di kalangan umat kita yang kini mengimplementasikan trend mutakhir mengguna-pakai nama orang putih? Ada sesiapa boleh khabarkan pada saya maksud nama Sofea Jane? Jane tu dalam bahasa arab maksudnya apa? Jin ke? Atau Diana Danielle? Dan lain-lain seumpamanya? Sedar tidak sedar, kita telah menunjukkan diskriminasi di sini. Nama-nama cina dan India kita larang, tapi nama-nama melayu yang tiada makna kita halalkan. Bahkan, nama-nama orang putih pun tak pernah menjadi masalah buat kita. Lalu, Islam pun terprotret dengan gambaran “kasta”, di mana cina dan India hanya selaknya menjadi orang islam second class, sedang orang putih tetap menjadi bangsa kebanggaan dan ikutan. 

Ketika gereja-gereja membuka “kaunter” untuk orang memeluk agama mereka 24 jam, ketika gelombang pemurtadan beralun ombak dengan berbondong-bondongan (berbondong-bondong orang murtad), ketika golongan free thinker semakin mendapat perhatian dan tempat (mungkin kerana free kot…), orang-orang yang mahu memeluk islam pula tersekat dengan syarat-syarat yang sangat memalukan: pengIslaman anda hanya di waktu pejabat. 

Ini bererti, untuk menggalakkan dan membolehkan lebih ramai orang memeluk Islam, kita harus panjangkan atau setiap harikan waktu pejabat. Bererti tiada cuti. Oleh itu, saya memfatwakan betapa islam tak menyukai cuti, untuk membolehkan lebih ramai orang memeluk islam. Hahaha….. 

p/s – fatwa ini bisa berubah bahkan terbatal, andainya Jabatan agama lebih “mesra pelanggan” dan lebih bersungguh-sungguh membantu pengIslaman orang ramai. 

p/s 2 –Maaf saya kepada artis-artis yang saya gunakan sebagai contoh. 

p/s 3 – sesiapa yang nak melenting membaca fatwa saya ini, saya minta anda bantu dulu orang-orang yang bersungguh mahukan Islam tapi tersekat dek sikap birokrasi gila Jabatan Agama, seperti cleaner tempat saya, sebelum anda mencaci-maki saya. Itu jauh lebih bermanfaat berbanding anda sekadar menjadi pengkritik yang lepas tangan. Saya tunggu bantuan anda.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Isu Gempar!!!

  1. wan mohd syafiq says:

    AKH ana rasa tulisan nye perlu di besarkan saiznye.. ana ni rabun, tak nampak sangat tulisan yang halus2 nih… terus kan usaha dakwah mu, -akh yang sentiasa merindui mu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s