REALITI TV

REALITY T.V

Faridul Farhan Abd Wahab “Kehidupan ini kelak akan dipertontonkan”

Entah kenapa, sebut saja rencangan berbentuk “Reality T.V”, pasti akan mendapat sambutan yang agak hangat daripada masyarakat di Negara kita. Biarpun sekadar hiburan daripada penyanyi amatur seperti “Akademi Fantasia” atau “Malaysian Idol” atau “Audition” atau “Mentor”, mahupun suara keanak-anakan seperti “Bintang Kecil”, hatta kepada rancangan sepoyo “Mencari Cinta” (Uwwekkkk!!!), tetap saja rating tontonan rancangan reality tersebut, tetap menggempakkan. 

Di satu kelompok, rancangan reality tv cukup laku bak pisang goreng panas, sedang di kelompok yang lainnya, mereka begitu anti bahkan membenci sebarang rancangan berbentuk reality tv, yang menurut mereka, sekadar hiburan yang lagha lagi membuang masa. Kelompok yang mempunyai ghirah dan fikrah Islam termasuk dalam kelompok ini. Sedang kelompok manusia yang berfikiran kritis –maaf, terlalu kritis sebenarnya- sering menggemparkan kita dengan dakwaan (atau khayalan?) mereka betapa rancangan reality t.v seperti “Survivor” atau “The Apprentice” atau “Berita RTM” adalah lakonan semata-mata. (Oup, maaf… saya sangka Berita RTM adalah rancangan reality tv yang penuh pembohongan. Ia menyajikan fakta rupanya. Maafkan saya). 

Apa pun sikap anda, di kelompok mana pun anda tergolong, anda tetap tidak bisa lari daripada suatu kenyataan yang harus pasti anda hadapi: betapa kita juga “hidup” atau “akan hidup” di dalam “reality tv” ini. Dan lebih malang lagi, kita sering gagal untuk bertahan lalu muncul pemenang seperti lagaknya pemenang-pemenang rancangan reality tv yang dipertontonkan oleh media kepada kita. Ini kerana, demikian kita masuk ke rancangan reality tv, barulah kemudiannya kita merasakan betapa sulitnya beramal dan berbuat, tidak seperti yang dijangkakan. Itulah sebabnya, kalau sekadar menjadi pengkritik, maka sesiapa pun bisa melaksanakannya. Tetapi untuk menjadi seorang pengamal, atau pemenang sesuatu perkara, pendakian menuju kejayaan ternyata suatu perjuangan yang teramat sulit lagi membebankan. 

“Aku akan membebaninya mendaki pendakian yang memayahkan” 

(Surah al-Muddatsir [74]:17) 

“Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar?” (Surah al-Balad [90]:11) 

Sangat mudah mengkritik pemain bola sepak misalnya, tetapi demikian dianjurkan reality tv bernama “MyTeam”, ternyata bercakap dan mengkritik, jauh lebih mudah berbanding melaksanakan apa yang dikritikkan. Apatah lagi, para pemenang MyTeam pun tunduk tumbang di hadapan skuad muda Indonesia, di hadapan sorak-sorai penonton sendiri, di gelanggang kebanggaan kita sendiri. 

Sangat mudah menghukum orang dan meminta masyarakat berubah tentunya, tetapi demikian dipinta agar para ustaz untuk turun padang membimbing masyarakat yang sedang rosak, pantas muncul seribu satu macam alasan. Saya masih ingat, tatkala saya mengajak seorang ustaz untuk bersama sama bertemu geng kaki pukul untuk mendakwahi mereka, tiba-tiba, secara last minute sang ustaz menghantar sms kepada saya: “maafkan saya Faridul. Saya (tiba-tiba) sakit. Bla.. bla.. bla… (alasan, alasan, alasan). Tak dapat ikut awak.” Oohh…ustaz, kenapa anda hanya pandai berbicara, pandai berkata-kata, tetapi diri anda sendiri cukup berat untuk mengamalkan kata? Alangkah mudahnya mengajarkan kepada orang akan kaedah terbaik mendakwahi sekian-sekian orang, tetapi alangkah sedikitnya orang yang benar-benar mendepani (untuk mendakwahi) orang sekian-sekian yang diperkatakan tadi. 

“Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan” (Surah as-Shaf [61]:2-3) 

Syed Qutb ketika mentafsirkan ayat ke 44 daripada surah al-Baqarah (2:44) di dalam tafsir fi Dzilal-nya, turut menempelkan sebuah hadith betapa sang penghuni Neraka yang perutnya sentiasa terburai, adalah seorang yang di dunianya hanya pandai berkata, tetapi sentiasa jauh daripada melaksanakan apa yang diperkatakannya. Dalam istilah omputih, “don’t walk the talk”. Dalam istilah saya, “Pengkritik AF”. Lihatlah sahaja pengkritik AF atau lain-lain pengkrtik rancangan reality tv, diri sendiri tak reti menyanyi, tapi dok kritik dan komen orang lain menyanyi.  

Lihatlah betapa ramainya di kalangan kita tumbang dan gagal menjadi “pemenang” tatkala kisah pendidikan anak-anak kita di”reality tv”kan. Jangankan orang awam, ustaz-ustaz hingga ahli gerakan islam sahaja gagal mendidik anak secara Islami, biarpun begitu petah berbicara tentang tarbiyyah anak menurut Islam, child psychology, nasihat Luqman al-Hakim dan sebagainya, tapi at the end of the day, anak-anak mereka sendiri tak mendengar kata. 

Moga-moga ALLAH merahmati para “pemenang” reality tv mendidik anak ini. Daripada ramai-ramai pendakwah, izinkan saya ungkapkan kekaguman kepada bekas murabbi pertama saya lantaran anak-anaknya yang nakal tetap bisa mendengar dan patuh kepada kata-katanya. Izinkan saya mengukirkan senyuman kepada sahabat sekaligus junior sekolah saya, yang tetap bisa bersabar dengan telatah buas 2 orang anaknya, sedang saya jika di posisinya, mungkin tengkingan suara dan hayunan tangan akan mula memainkan peranan, lantaran sikap amarah yang terwaris di zaman jahiliyah, masih belum sepenuhnya pupus daripada diri ini. 

Moga-moga ALLAH merahmati insan-insan seperti Ustaz Hasrizal contohnya, lantaran berjaya menyiulkan kembali slogan “kerjasama dalam perkara yang disepakati, berlapang dada dalam hal yang kita perselisihkan”, sedang mereka yang asyik mengaku sebagai “Ikhwan” (cabang Malaysia) atau “PKS” (Perusahaan Kecil & Sederhana kot..) hanya tahu mengungkapkan slogan ini, tapi demikian slogan itu di “reality tv”kan, mereka gagal bertahan untuk muncul pemenang. Pemenang dalam beramal dengan kata-kata tentunya. 

Mungkin kita harus muhasabah seketika, dan kembali memikirkan, dalam reality tv bernama kehidupan, sama ada yang namanya “mendidik anak” atau “mendakwahi Masyarakat” atau “bekerjasama dalam perkara disepakati, berlapang dada dalam hal yang diperselisihkan”, mampukah kita melahirkan impak, seterusnya bertahan dalam beramal dengan kata-kata kita? Mampukah kita menjadi “Mawi” dalam beramal dengan kata-kata, atau terus kekal sebagai “pengkritik AF” semata-mata? Mungkin “undi sms” malaikat pencatat amalan yang akan menentukannya.   

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to REALITI TV

  1. kawan lama anta says:

    ana rasa kerjasama dalam perkara yang disepakati dengan berlapang dada tue perlu diperkuatkan lagi bukan tak ada, cuma yang lebih jelas kelihatan ialah perbezaan-perbezaan pendapat kecil yang dibesar2kn.

    memang betul, ana setuju, adakalanya kita gagal untuk muncul pemenang dalam hal ini, tetapi adakah kita telah mencuba untuk memahami senario yang berlaku?

    =].
    kawan lama anta nie.

  2. "masFAHRI" says:

    salam AKH,
    ANA MOHON COPY ARTIKEL ANTUM TUK REPOST, i’allah mohon dibenarkan, afwan kalau x sudi =)

    “masFAHRI”

  3. faridul says:

    Mas Fahri, silakan. silakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s