Identiti Sang Super-Hero

[serial pengorbanan]: IDENTITI SANG SUPER-HERO

Engr. Faridul Farhan Abd Wahab “Muhajid jalan ALLAH adalah super hero nan sejati” 

Jika anda penghuni Metropolis City, tentu anda tidak pernah menyangka betapa di sebalik kejaguhan, kehebatan dan ketrampilan Super Man, ia justeru menjadi seorang reporter bernama Clark Kent untuk menampung penghidupannya. Atau, andai saja anda penghuni New York City, pasti tidak pernah anda sangkakan bahawa Your Friendly Neighborhood Spiderman justeru adalah seorang jurugambar, lantaran yang lebih tertonjol pada kehidupan seorang Spidey, atau seorang Super Man, atau seorang Batman, Cicak Man dan sebagainya, adalah kehebatan perjuangan dan pengorbanan mereka mengabdikan diri pada masyarakat, sebagai superhero dambaan umat.   

Sebegitulah, tiap kali seseorang lebih mengkedepankan tanggungjawab dan kecintaannya pada jalan perjuangan, maka kerjaya sebagai reporter atau photographer atau penjual ikan (tauke ikan kampung saya bernama LeMan) umpama kerjaya part time saja pada mereka, lantaran tugas sebagai super hero sering mereka unggulkan sebagai tugas yang memerlukan sepenuhnya perhatian. 

Maka, usahlah anda hairan tatkala generasi unggul para sahabat, tidak bisa kita kenal pasti kerjaya dan pekerjaan sebenar mereka. Yang kita tahu hanyalah sangkaan penuh Jahiliyah kita sahaja, bahawa para sahabat mencari makan hanya melalui tugas dan tanggung jawab dakwah dan jihad, atau paling pun mereka menjadi peniaga. Jika itu benar, tentulah Islam tidak akan pernah menguasai ketamadunan dan peradaban, lantaran semua sahabat meniaga, pasti tidak ada lagi tukang buat rumah, tukang merawat orang, tukang bercucuk tanam, dan lain-lain posisi yang memerlukan khidmat upah untuk dijayakan. 

Walhal, generasi unggul para sahabat itu, justeru terwakili dari individu-individu segenap bidang, dari segenap kemahiran, dari segenap kalangan. Abu Bakar mewakili kalangan tua dan tokoh masyarakat (umpama YB zaman kini), Ali bin Abi Thalib mewakili kalangan muda terpelajar (umpama pelajar IPTA), Khadijah ummul mukminin mewakili kalangan wanita pengusaha, Zaid bin Haritsah mewakili kalangan tenaga kerja/ khadam (umpama amah, general worker, bangla dsb.), Bilal bin Rabah mewakili kalangan hamba, Ibnu Shihab ar-Rumi mewakili belahan dunia Barat iaitu Romawi (Mat Salleh), Salman al-Farisi mewakili belahan dunia Timur (dasar pandang ke timur), Utsman bin Affan mewakili kalangan businessman, Asma binti Abu Bakar mewakili kalangan aktivis perempuan, Aisyah binti Abu Bakar mewakili kalangan wanita terpelajar, Umar bin al-Khattab mewakili kalangan elit dan pejabat publik, Usamah bin Zaid mewakili remaja belasan tahun, Abdullah bin Umar mewakili kalangan remaja terpelajar (umpama budak asrama penuh/ MRSM), Hasan bin Tsabit mewakili kalangan pujangga seniman dan penyair (artis?), Zaid bin Tsabit mewakili kalangan muda ahli bahasa (sasterawan), Mus’ab bin Umair mewakili kalangan elit muda perkotaan (umpama anak Dato’), Abdullah bin Ummi Maktum mewakili golongan OKU, Rafi’ bin Khudaij mewakili olahragawan memanah, Samrah bin Jundab mewakili olahragawan gusti (umpama Stone Cold, the Rock, Hulk Hogan dsb.), Rufaidah mewakili golongan doctor dan perawat, al-Habbab ibnu Mundzir mewakili kalangan militer, Nuaim bin Mas’ud mewakili kalangan ahli psikologi dan manajemen konflik, Ummu Aiman mewakili wanita pekerja dan ibu rumahtangga, Abdullah ibnu Mas’ud mewakili kalangan qari (Akademi al-Quran). [1] Tapi, kesemua specialty mereka tenggelam di balik persamaan yang dikongsi bersama: sebagai pejuang dan super hero umat! 

Begitulah, andainya kita bisa melengkapkan impian anak-anak kita dan umat kita seluruhnya, tatkala kita berusaha sesungguh mungkin menjadi super hero mereka, yang membawa dan mengajak mereka keluar daripada kegelapan Jahiliyah, menuju pelaksanaan cahaya islam. Biar kita seorang doctor, biar kita seorang engineer, biar kita seorang ahli sains, biar kita seorang novelis, marilah kita dikenali dengan usaha sepenuh tenaga kita, iaitu sebagai mujahid atau super hero fi sabilillah. 

Lalu, dengan amalan dakwah dan jihad yang sungguh luar biasa ini, lalu ALLAH pun mengangkat darjat kita, sehingga menjadi super hero kepada masyarakat dan umat. 

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar,(yaitu) beberapa derajat daripada-Nya, ampunan serta rahmat. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”(Surah an-Nisa’ [4]:95-96)

 RUJUKAN 

[1]        Makalah bertajuk “Tarbiyah: Hak Semua Orang” oleh Drs. Muhammad Sa’id, dengan komentar di dalam kurungan oleh penulis sendiri. Dipetik daripada buku “Tarbiyah Menjawab Tantangan” terbitan Robbani Press (2002) ms. 159-160

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Serial Pengorbanan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s