[isu lapuk]: Isu “tajassus” dalam operasi tangkap khalwat

[isu lapuk]: Isu “tajassus” dalam operasi tangkap khalwat

Abu Mundzir Faridul Farhan Abd Wahab “Tuhan, jauhilah kami dari “kesungguhan” untuk bermusuh” 

Saya cuba diminta input mengenai tugasan sebuah IPT berkenaan isu “tajassus” atau “intipan khalwat” yang kecoh diperkatakan tidak lama dahulu. Memandangkan isu tajassus ini telah menimbulkan kontroversi, perbezaan pandangan hingga tahap saling caci-mencaci di kalangan umat Islam dan tokoh-tokohnya, saya berdoa pada Ilahi Rabbi moga sang pensyarah IPT berkenaan, yang memberikan tajuk tugasan/assignment itu berniat baik dan bersiap sedia untuk meraikan pandangan orang lain –dalam hal ini para pelajarnya- sungguhpun pandangan itu berbeza dengan pegangan peribadinya. 

Di kesempatan ini, saya tidak berniat berceloteh panjang lebar berkenaan isu tajassus yang sudah lapuk itu, saya Cuma ingin memberikan input yang mungkin dapat menjadi penambah-baikan pelajar IPT berkenaan dalam menyiapkan tugasannya. Moga niatnya menyiapkan tugasan juga tulus, bukan untuk sekadar meraih “A” daripada sang pensyarah, melainkan agar hasil kajiannya itu dapat memberikan manfaat buat umat sejagaat. 

Bertunjangkan niat yang tulus itulah, pada pandangan saya, sebelum kita memulakan tulisan berkenaan isu tajassus dalam penangkapan khalwat, terlebih baik kita mulakan bab satu tugasan itu dengan menukilkan adabul ikhtilaf, atau tatacara dan kaedah dalam berbeza pandangan. Dan point terpenting yang harus disimpulkan daripada bab satu ini ialah betapa harusnya slogan Rasyid Ridha dijadikan pegangan oleh kita semua, iaitu “kita bekerjasama dalam hal-hala yang kita sepakati, kita berlapang dada dalam hal yang kita perselisihkan.” 

Kemudian, barulah bab dua anda bisa mulakan dengan isu tajassus itu, dengan mengambil pandangan yang membantah, serta pandangan yang menyokong. Bagi yang menyokong, sang pelajar IPT itu telah pun meminjam buku tulisan Ustaz Khairuddin Aman Razali at-Takiri saya yang merupakan sanggahan terhadap hujah-hujah SS Dr. Mohd Asri. Kita juga boleh mengambil pandangan ketiga Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman untuk memperkuatkan lagi hujah kita ini. Bagi yang membangkang, saya juga boleh pinjamkan DVD kuliah SS Dr. Mohd Asri yang menjelaskan kenapa tajassus itu tidak dibenarkan oleh agama. Juga, saya terjumpa di dalam Tazkiyatun Nafs, betapa Saydina Umar al-Khattab R.A pernah bertanya kepada Saydina Ali R.A berkenaan isu sebegini, dan Ali R.A melarangnya. Lebih lanjut, silakan membedah buku Tazkitaun Nafs. 

Setelah memberikan hujah yang adil dan seimbang, maka tibalah ke bab ketiga iaitu kesimpulan. Di sinilah input saya mungkin berbeza dengan sesetengah orang. Andainya anda meletakkan diri di posisi seorang ahli fiqh, mungkin anda lebih cenderung untuk mentarjih atau memilih pandangan mana satu yang lebih kuat, sama ada tajassus itu dilarang atau tajassus itu dibenarkan. Tapi, saya lebih suka andainya kita meletakkan diri kita di posisi seorang pendakwah, yang hidupnya adalah untuk umat, dan bahkan tiada lain yang ingin dicapainya melainkan manfaat buat umat, bukan sekadar markah A dalam tugasan. Maka, dengan kembali kepada kesimpulan bab satu yang kita bahaskan tadi, saya suka kita melihat kepada apa yang boleh kita sepakati Antara dua pendapat tadi. Kita cari titik temu, kerana bersama di atas titik temu itu terkadang dapat mencegah maksiat yang ingin kita cegah bersama tapi berbeza pandangan tentang hukum itu. Bukankah kedua-kedua pihak, sama ada yang menyokong atau yang melarang, bersetuju betapa maksiat yang terang-terang itulah yang harus dicegah? Nah, kenapa tidak kita simpulkan betapa sebelum sang reporter (orang yang report ada khalwat pada Jabatan Agama) menekan telefon untuk melaporkan kepada Jabatan Agama bahawa ada pasangan yang akan berkhalwat, dia sendiri mengambil langkah pro-aktif mencegah pasangan itu sendiri? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Sedar tidak sedar, masalah utama umat kita ialah masalah “Pengkritik AF”, iaitu hanya tahu komen, kritik tapi kemudiannya lepas tangan dalam bertindak.

Lihatlah contoh isu murtad. Kita hanya tahu marah, kutuk kerajaan, kritik pihak-pihak tertentu dan sebagainya, tetapi kita lepas tangan daripada memberikan penjelasan kepada masyarakat tentang Islam yang sebenarnya.  

Itulah sebabnya, bila saya ditanya tentang hukum tidak mendengar dua khutbah Jumaat, saya lebih suka memberikan jawapan tentang apa yang kita boleh lakukan, berbanding sekadar mengeluarkan hukum pada orang. Kenapa orang tidur semasa khutbah, kerana khutbah itu boring. Maka kenapa tidak kita cadangkan pada pelajar sekolah berasrama, agar mencadangkan pula pada guru-guru mereka, agar memberi peluang kepada debater dan pemidato sekolah untuk menyampaikan khutbah? Selain menjadi satu training buat para pemidato dan debaters ini, ia juga bisa menjadikan khutbah itu lebih menarik, biarpun tetap diambil daripada teks khutbah. 

Bila saya ditanya pandangan tentang penguatkuasaan pemberian jarum dan kondom percuma oleh pelajar yang sedang menjalani latihan practical di sebuah hospital, saya lebih suka berbicara tentang apa yang boleh kita buat berbanding sembang panjang lebar tentang patut atau tidak kondom dan jarum diberikan, kerana natijahnya tetap tidak ke mana-mana. Tapi bila kita berbicara tentang apa yang boleh kita buat, antaranya sang pelajar bisa berjumpa pengarah hospital dan mencadangkan kepada beliau agar setiap individu yang ingin mengambil jarum atau kondom harus di”interview” dulu oleh beliau atau seorang kaunselor, lalu diberi nasihat yang dapat mendekatkan dirinya pada agama, bukankah itu lebih realistic dan bermanfaat berbanding sekadar mengeluh sini, mengeluh sana? 

Maka biarpun kesimpulan tugasan ini kurang disenangi oleh seorang ahli akademik, tapi dengan kita bersama di atas titik temu kita, meraikan perbezaan sesama, serta menggerakkan umat agar lebih bereparanan dan menjauhi diri dari sikap berlepas tangan, itu tentunya jauh lebih baik berbanding muncul sebagai ahli hukum semata. Bukankah dengan ahli kitab sahaja kita dipinta mencari titik kesamaan? 

“Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah”. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”(Surah ali Imran [3]:64). 

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s