Assalamualaikum

Ketika di bangku sekolah, apa yang masih saya ingat berkenaan sumbangan Umar al-Khattab sebagai Khalifah ialah Memperkenalkan/Menggunakan calendar islam sebagai calendar rasmi.

Dari fakta inilah, kita dapat mengetahui bahawa pemilihan 1 Muharam sebagai permulaan calendar baru Islam dibuat di zaman Umar, bukan di zaman nabi SAW. Bahkan para sahabat ada yg mencadangkan hari kelahiran Nabi SAW digunakan sebagai permulaan tahun baru, ada yg mencadangkan tarikh penurunan wahyu yg pertama, dsb, namun akhirnya dipilihlah 1 Muharam sebagai tarikh permulaan tahun baru Islam.

Oleh yang demikian, tentunya tidak masuk akal andainya doa awal tahun dan akhir tahun diajarkan oleh Nabi SAW. Namun, tidak ada salahnya jika kita nak berdoa, sebab al-Quran sahaja suruh kita supaya sering berdoa. Cumanya saya kurang setuju diletakkan fadhilat berdoa awal tahun dihapuskan dosa sekian-sekian. Mana kita tahu fadhilat dia macam tu? Kalau bukan Nabi yang ajar, maka siapakah yg nak guarantee ALLAH akan ampunkan dosa kita hanya kerana kita membaca doa awal tahun dan akhir tahun.

Sekali lagi, jika mahu berdoa, maka berdoalah. Cuma janganlah kita mereka-reka bahawa fadhilat berdoa itu sekian-sekian, kerana Nabi kita SAW tak pernah menjanjikan yg sedemikian. Wallahu a’lam.

Thank you.

“The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever” -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab

Electrical Engineer

JIMAH O&M SDN. BHD.

2 x 700MW Coal Fired Power Plant Project

PT 7308 & PT 7309,

Mukim Jimah, Daerah Port Dickson,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

(Tel: 06-658 1158/ 06-658 1149 Ext: 1090)

Email:   faridul@jimahev.com

visit http://www.harunyahya.com/

From: xxx

Sent: 09 January 2008 10:34
To: xxx

Subject: FW:

Best Regards,

xxx

Jimah O&M Sdn Bhd


From: xxx

Sent: Sunday, December 09, 2007 10:16 AM
To: xxx
Subject:

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Hari ini adalah hari yang terakhir bagi tahun 1428 masihi.

Marilah kita semua pada petang ini selepas asar dan selepas maghrib kita sama-sama berdoa bersama keluarga yang tersayang membaca doa. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang terpilih. Kalau tak pandai baca jawi bahasa melayu pun bolehlaaa

AMALAN DI BULAN MUHARRAM

Baca doa akhir tahun –   Selepas waktu  Asar  hari terakhir bulan Zulhijjah

                                                                (Allah akan ampunkan segala dosa-dosa yang lalu)

Baca doa awal tahun –                    Apabila masuk waktu Maghrib hari terakhir bulan Zulhijjah     

                                                                (Allah akan mengutuskan dua malaikat agar kita terpelihara dari melakukan maksiat)

1 – 10 Muharram adalah  disunatkan berpuasa.

16 perkara yang sunat dilakukan pada hari yang ke 10 Muharram  

1.             Selepas waktu Asar hari yang ke 9 Muharram

                 Ambil satu bekas yang berisi air dan dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak    7 kali (Apabila sampai bacaan kita pada ayat “Iyya kanak budu”  kita berdoa di dalam hati  tentang hajat kita – terutamanya untuk anak-anak.  Kemudian air tersebut disapukan ke muka anak-anak ataupun diberi minum.

2.             Puasa sunat pada hari 9 Muharram  (Tasua’) dan 10 Muharram (Asyura)

                 Pahalanya adalah seperti 10 ribu kali mengerjakan haji dan 10 ribu kali mengerjakan umrah.

3.             Menyapu kepala anak yatim.  Caranya ialah dari bahagian belakang kepala ke hadapan.  Allah akan mengangkat darjat kita.

4.             Memberi makan kepada orang yang berpuasa.

                 Pahalanya adalah sama seperti memberi makan kepada semua umat Muhammad.

5.             Mandi sunat.  Allah akan menghilangkan penyakit-penyakit/jauhkan dari penyakit.

6.             Menziarahi rumah orang alim.

7.             Menziarahi orang sakit.  Sama seperti kita menziarahi seluruh anak Adam

8.             Melebihkan perbelanjaan dari hari biasa/Meluaskan nafkah keluarga.

9.             Bercelak mata – Boleh menghindarkan dari sakit mata

10.           Menziarahi kaum keluarga

11.           Mengerat kuku

12.           Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1 ribu kali.  Allah akan memandang dengan belas kasihan.

13.    Sembahyang  sunat 4 rakaat – 2 salam  (2 rakaat x 2)

            (Sahaja aku sembahyang sunat mutlak 2 rakaat kerana Allah Taala)

    Baca surah Al-Ikhlas 15 kali bagi 1 rakaat.  Allah akan mengampunkan dosa  50 tahun yang lalu.

14.    Banyakkan bersedekah.  Allah akan menggandakan pahala 1 kepada 700.

15.              Beri makan/pakaian kepada fakir miskin.  Allah akan beri balasan 70 kali ganda semasa di dalam syurga.

16.          16.        Berzikir  (Hasbi Allahu wanikmalwakil, nikmal maula wanikmalnasir) sebanyak 70 kali

Fadhilat Bulan Muharram

Amalan pada 1 hingga 10 Muharram

1. Kelebihan &  Amalan pada Hari Assyuuraa’     2. Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa’ yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa’,  maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah,  dan 10, 000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa’,  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa’,  maka seoleh-oleh memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa’ dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:  Benar!.

  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa’,
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa’;
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa’;
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa’;
  • dan menenggelamkan Fir’aun pada hari Assyuuraa’;
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa’
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa’;
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa’;
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa’;
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa’

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;

Hari Assyuuraa’ ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa’.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata;

Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa’,  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata.  Telah kami cuba,  maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata;

Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa’;  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka;  “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”.  Maka sabda Nabi SAW.;  “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu”.  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata;

Dinamakan  Assyuuraa’ kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa’ kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

  • 1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  • 2.  Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  • 3.  Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  • 4.  Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa’ dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  • 5.  Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  • 6.  Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  • 7.  Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  • 8.  Allah menenggelamkan Fir’aun
  • 9.  Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  • 10.  Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa’ ..  Sebahagian lain berpendapat,  dinamakan hari Assyuuraa’ kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini.

  • 1. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.
  • 2.  Bulan Sya’baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  • 3.  Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  • 4.  Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  • 5.  Hari Iedul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
  • 6.  Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  • 7.  Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  • 8.  Hari Iedul Adha iaitu hari berqurban.
  • 9.  Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  • 10.Hari Assyuuraa’ yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka.

2.  Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Sayugianya pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa-doa yang berikut;

1.  Doa akhir tahun dan awal Muharram (Sila klik pada tempat ini untuk melihat doa tersebut)

2.  Selepas sholat subuh pada 1 Muharram sayugianya dibacakan Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan.  Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya,  akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki..  Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Sila klik di sini untuk melihat doa tersebut.

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dulaksanakan oleh para Rasul, Ambiya,  Siddiqin,  Aulia Allah dan orang-orang Sholihin.
Catatan dan Kiriman seorang hamba Allah.  Semoga diberkati

Dibawah ini ada beberapa hadith dan nota-nota yang baik yang dapat dikutip buat renungan dan panduan kita bersama. Moga tahun ini akan lebih baik dari  tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala  kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan yaitu Allah SWT.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; “Barangsiapa yang  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah  pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, “semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu”.(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga”. (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, “Hari apa ini ?”. Jawab mereka, “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa
berpuasa kerananya”. Sabda Nabi, “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” – Riwayat Al Baihaqi

tambahan satu lagi bahan –

NOTA KULIAH

1.   Berkata para ulama’ salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:

  • – Malam Awal Muharram
  • –    Malam 10 Muharram
  • –    Malam Awal Rejab
  • –    Malam 15 Rejab
  • –    Malam 27 Rejab
  • –    Malam 15 Sya’ban
  • –    Malam Arafah
  • –    Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
  • –    Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a)   Qiamullail   –    Solat Tahajjud
                          –    Solat Hajat
                          –    Solat Sunat Taubat
b)   Membaca Al-Quran
c)   Zikir

2.   Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa.”

“Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada’ (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah”

“Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut.”

“Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram

3.  Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?”  Sabdanya :

o        ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram

  •  
    • ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
    • Diciptakan lautan pada 10 Muharram
    • Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
    • Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
    • Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
    • Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
    • Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
    • Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram
    • Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
    • Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
    • Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
    • Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
    • Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
    • Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
    • Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
    • Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
    • Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
    • Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
    • Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

xxx

KIAN JOO CAN FACTORY BERHAD

Lot No 10, Jalan Perusahaan Satu, Batu Caves,

68100 Selangor, Malaysia

Tel: (603) 61896322 Fax: (603) 6189 4084

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s