PENGKRITIK A.F.

PENGKRITIK   A.F.

Faridul Farhan Abd Wahab “jawablah kritikan dengan : qolu salama”

Begitu bermula musim Akademi Fantasia yang baru -musim ini, masuk musim yang ke-6- pasti para peminat ternanti-nanti, tertanya-tanya, terpinga-pinga akan siapakah gerangannya pengetua untuk musim terbaru AF, siapakah guru itu guru ini yang mengajar di AF, dan, untuk musim terbaru, siapakah bakal pengacara terbaru AF menggantikan pengacara lagenda Aznil Hj Nawawi.

Dan, satu yang tentu menarik yang menghiasi program serba melalaikan ini ialah siapakah barisan pengkritik AF. Entah kenapa, posisi pengkritik ini sering memainkan peranan yang sangat penting dalam program-program maksiat membabitkan insan-insan yang sangta perasan konon ia pandai menyanyi, termasuklah juga rancangan yang sewaktu dengan AF umpama Audition, Malaysian Idol, Mentor, dan lain sebagainya, biarpun penentu kejayaan dan keputusan tetap di tangan pengundi sms. Semudah itu rakyat ditipu oleh sandiwara serba canggih para pengusaha kerosakan, atau, dalam istilah surah al-Baqarah “pemaksiat professional”,  seperti yang disebutkan al-Quran sebagai  كَسَبَ سَيِّئَةً “kasabus sayyiah.”

بَلَى مَن كَسَبَ سَيِّئَةً وَأَحَاطَتْ بِهِ خَطِيئَتُهُ فَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan/mengusahakan kejahatan dan dia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.”

(Surah al-Baqarah[2]:81)

Satu hal tentang pengkritik AF ini ialah, sempurna sangatkah mereka sehingga sentiasa melihat ketidak sempurnaan di kalangan peserta? Ada saja hal yang ingin lagi perlu dikritik oleh mereka? Sentiasa merekalah yang jaguh sedang peserta seolah tidak mungkin mampu menyaingi mereka? Sedangkan pada masa yang sama, sesetengah pengkritik AF jangankan pernah memenangi sebarang anugerah dalam industri nyanyian tanah air, menyanyi sahaja sumbang, tapi sibuk mengkritik dan mengomentar nyanyian orang lain.

Namun, inilah realiti kehidupan kita. Letakkanlah siapa saja di bangku para pengkritik, hatta kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa tentang musik, tidak sukar baginya untuk mengeluarkan kritikan, mengenal pasti ketidak sempurnaan, dan lain-lain hal yang terbiasa dilakukan seorang pengkritik AF. Budak-budak pun boleh kalau setakat nak kritik “pitching awak lari” biar ia sendiri tidak tahu apa itu pitching. Orang Tuli pun boleh kalau takat nak kritik “nyanyian awak tidak sepenuh perasaan” biar kita saja memang tak pernah mengerti apa itu perasaan, jauh sekali menghargai perasaan orang.

 

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini”;

(Surah al-Furqan [25]:63)

Lalu, di sinilah masalahnya. Tatkala manusia memang lahir sebagai insan yang cukup suka “membongkar” kelemahan orang berbanding merenung dan muhasabah kelemahan diri sendiri, begitu kita menjadi orang yang beriman, atau setidaknya usaha ke arah menjadi ibadur Rahman, tidak akan pernah sunyi daripada komentar dan kritikan para pengkritik AF ini. Akan ada sahaja mulut yang bersuara, suara berbicara, dan individu yang menanti-nanti untuk kita melakukan hatta hal yang paling hamper untuk dikontroversikan. Benarlah kata Syeikh Musthafa Masyhur; “Jalan dakwah tidak ditaburi bunga-bunga harum, tetapi merupakan jalan yang sukar dan panjang…”[1]

Hingga saja anda bisa simpulkan, betapa orang yang paling berhikmah dalam berdakwah -berdasarkan kritikan yang tidak pernah berkesudahan lagi tidak membina para pengkritik AF ini- ialah orang yang tidak berdakwah. Kerana hikmah tidak seharusnya dinilai daripada penolakan orang, apatah lagi para anbiya’ wal mursalin sahaja tidak pernah tidak, tetap saja akan ada yang menolaknya.

Orang yang paling berhikmah berdakwah lewat penulisan, ialah orang yang tidak mengeluarkan karya penulisan berbentuk dakwah, melainkan catatan harian “si Boy”nya, hingga wajar saja tiada siapa yang marah demikian merasai penangan penulisannya. Lihatlah saja pendakwah terkemuka sehebar Hamka atau Syed Qutb atau Imam Ahmad dan sebagainya, betapa penulisan mereka sentiasa menjadi ancaman besar buat orang yang didakwahinya.

Orang yang paling hebat menjadi murabbi (pendidik) dan membina halaqah/usrah, adalah justeru orang yang tidak konsisten memegang halaqah dan usrah. Kerana hanya mereka yang menjadi murabbi sahaja sedar, betapa sukar dan sulitnya membina manusia hingga bisa menatijahkan kesanggupan untuk mengorbankan air mata dan darah dalam perjuangan membela Islam.

Hatta, para pengkritik AF kepada para pejuang kebenaran dan golongan-golongan yang beriman tidak segan silu mengadakan perbicaraan rahsia, komplot, konspirasi dan yang sumpama dengannya, semata-mata menidakkan dan menjatuhkan para peraih keredaan Tuhan.

وَإِذَا لَقُواْ الَّذِينَ آمَنُواْ قَالُواْ آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْاْ إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُواْ إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ

“Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: Kami telah beriman dan manakala mereka “Khalau” (kembali/berkhalwat/mengadakan pertemuan rahsia) kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).”

(Surah al-Baqarah [2]:14)

Maka, pertanyakanlah diri kita, apakah kita di jalan ibadur Rahman yang senantiasa dikutuk dikritik, atau kita bahkan para Jahiluun Pengkritik AF yang hanya tahu NATO -No Action Talk Only? Lalu sabarkanlah dirimu, kerana kejayaan itu justeru terletak pada “AFUNDI” Allah, bukan pada ulasan para pengkritik AF.

“Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahwa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan Kami, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami kehendaki. Dan tidak dapat ditolak siksa Kami daripada orang-orang yang berdosa.”

(SUrah Yusuf [12]:110)

RUJUKAN

[1]        Syaikh Mushthafa Masyhur, “Fiqh Dakwah”, al-I’tishom Cahaya Umat(2005),  ms. 7

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to PENGKRITIK A.F.

  1. ameersyuhada says:

    Lama saya ingin mengingati akan nama faridul farhan…seumpama pernah berjumpa…

    Br teringat, senior yg plg saya benci disekolah dahulu. Apa kabar skrg?

  2. Faridul says:

    Alhamdulillah sihat.

    Maaf atas kekhilafan lalu.

    Antm apa khabar sekarang? Bila akan pulang ke Malaysia? moga bisa ketemu, jika dulu atas dasar “semangat sdarian”, moga kini atas dasar “fisabilillah”

  3. seikyou says:

    nato tu nama mkanan jepun r..
    lbh kurg cam kacang tapai r..
    klu first time rasa,gerenti x lalu..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s