TUMBUHAN HIJAU

plantparenthood_500x573.jpg

 TUMBUHAN HIJAUAbu Mundzir-waFurqan “kerdilnya kita disisi DIRINYA..”

 

مَّا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلاَنِ الطَّعَامَ

انظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الآيَاتِ ثُمَّ انظُرْ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

سورة المائدة-

Ada pihak yang bertanya, kenapa umat Islam memilih Muhammad (SAW) sebagai Rasulullah, tidak Jesus? Saya katakan, Isa -begitulah nama Jesus yang diguna-pakai oleh al-Quran- juga adalah Rasulullah, seperti mana Muhammad, atau Musa, atau Ibrahim, Adam dan lain-lain senarai panjang anbiya’ wal mursalin.

Bahkan, kitab suci umat Islam sendiri, yakni al-Quran, lebih banyak menyebut nama Isa, berbanding menyebut nama Muhammad. Silakan anda kaji sendiri, nama Isa disebut 25x di dalam al-Quran, sedang nama Muhammad hanya muncul 5x dalam al-Quran. Nah, tidakkah anda berasa bahagia?

Kami umat Islam, sungguh sangat mencintai Isa. Kami percaya, sebagaimana saudara-saudara kami beragama Kristian percaya, bahawa Nabi ALLAH Isa, dilahirkan tanpa berbapa. Ya, kami percaya.

Kami percaya, betapa baginda adalah antara Rasul ALLAH yang paling hebat sekali. Ya, kami percaya! Kami percaya dengan keupayaan -atau tepatnya mukjizat- yang ditunjukkan oleh baginda, seperti menyembuhkan sakit buta, tuli, sopak dan seumpamanya. Sungguh, kami percaya! Kami juga percaya, bahawa ibunya Maryam merupakan seorang wanita suci, dan melahirkan Nabi ALLAH Isa tidak dalam keadaan kehormatannya tercemar, melainkan masih suci keperawanannya. Benar, kami percaya!

Cumanya kami berbeza dengan anda, wahai sang penanya, dalam masalah menuhankan Nabi ALLAH Isa. Di situ, kita terpaksa berbeza pendapat. Lantaran di balik kecintaan penuh tulus kami kepadanya (Jesus), kami tetap sedar betapa Jesus tetap saja seorang manusia, dan tiadalah layak manusia, sehebat mana pun, semulia mana pun, untuk dijunjung dan diangkat sebagai Tuhan. Apatah lagi, tidak akan anda jumpai, bahkan tak akan pernah akan anda temui, Jesus mendeklarasikan dirinya sebagai Tuhan, hatta dalam Holy Bible sendiri. Bahkan, ayat yang mana Jesus menyuruh anda menyembah dirinya pun, tak akan pernah anda temui.

Bagaimana mungkin kami menganggapnya (Jesus) sebagai Tuhan, sedang di sebalik ciri-ciri keistimewaannya, terselit juga ciri-ciri kemanusiaannya, yang dengan cirri kemanusiaan ini, pasti menjadi suatu kecacatan andai ia ingin diangkat oleh kami sebagai Tuhan. Di antara cirri kemanusiaan Jesus ialah, seperti yang dinukilkan oleh al-Quran, betapa Jesus pergi ke pasar, dan betapa Jesus juga harus minum-makan.

“Tiadalah Al-Masih Ibni Mariam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).”

(Surah al-Maidah [5]:75)

Kami tidak merasakan bahawa Tuhan Yang Maha Esa, yang menciptakan alam ini daripada tiada kepada ada, yang mereka bentuk “human engineering” melangkaui batas-batas teknologi yang mampu dicapai oleh sejenius manusia, layak untuk merasa lapar, layak untuk pergi ke pasar mencari makanan.

Silalah anda wahai saudaraku fikirkan sendiri, tidakkah rendah darjat Tuhan, andai ia harus keluar mencari makanan? Bukankah tumbuhan hijau lebih layak disembah, lantaran tumbuhan hijau tenyata mempunyai “keupayaan” dan “kekuasaan” yang lebih baik daripada “tuhan” itu sendiri, lantaran “tuhan” harus keluar ke pasar membeli makanan, sedang tumbuhan hijau berkeupayaan membina makanannya sendiri?

Bilakah kali terakhir anda terserempak dengan sesebuah tumbuhan yang dalam perjalanan ke pasar malam demi membeli sate atau laksa atau nasi tomato, untuk dijadikan olehnya sebagai bahan santapan? Pernahkan anda terjumpa tumbuhan sedang lepak-lepak di kedai mamak sambil menikmati roti canai dan the tarik, sebagai memenuhi keperluan mereka terhadap makanan? Nah, bukankah dalam hal ini, tumbuhan menjadi lebih “special” berbanding manusia, lantaran tumbuhan bisa menyelesaikan isu makananya? Dan bukankah harus yang dijadikan Tuhan itu, lebih “special” lagi lebih berkuasa daripada ciptaan (makhluk) yang DIA sendiri ciptakan?

Lalu bagaimana, adakah anda kini mahu mengangkat tumbuhan sebagai tuhan?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s