Buku “Tadabbur al-Engineer”

Semalam, penantian lama saya berakhir apabila Syarikat yang saya forwardkan artikel-artikel lama saya, yang kemudiannya saya siarkan semula dalam blog faridul.blogspot.com, akhirnya merespon kepada inquiry apakah karya saya sudah cukup siap dan cukup layak untuk diterbitkan oleh syarikat mereka.

Saya akhirnya menghantar karya saya ke syarikat penerbitan, setelah dicadangkan beberapa kali oleh beberapa ikhwah. Namun, respon yang saya terima daripada syarikat penerbitan, menggambarkan saya belum cukup siap, dan cukup layak untuk menjadi penulis. “…Yang sebenarnya akak sudah pun mula edit buku tersebut beberapa bulan lepas. Namun, akak dapati ia perlu diperbaiki dari segi segala sudut..”

Takpelah, niat asal saya menulis pun bukan sebab nak jadi penulis terkenal. Sekadar memanfaatkan dunia siber dan alam penulisan sebagai salah satu wasail da’wah. Tatkala orang mengkritik atau merasa tidak berbekas dengan penulisan saya, maka bereti saya harus lebih banyak beristighfar dan bermuhasabah, apakah saya semakin maju dalam dunia dakwah?

Apa pun, alhamduliLLAH di balik semua itu, saya masih istiqamah menulis sekurang-kurangnya 1 artikel seminggu, tatkala para pejuang islam yang menggemakan betapa mereka memilih pena sebagai medan dakwahnya, gagal untuk istiqamah menghasilkan karya. Alhamdulillah, halaqah saya juga tetap istiqamah.

Mungkin memang bukan masanya saya menjadi penulis. Juga memang saya masih belum pas untuk menggoncangkan jiwa-jiwa dengan penulisan, hingga jiwa mereka kembali sedar dan memilih Islam, totally Islam, sebagai way of life mereka.

Inilah saya, insan nan serba kerdil, manusia yang serba faqir, di sisi Dia Dzat yang Maha Agung ALLAH Azza wa Jalla. Inilah saya, kuli kepada dakwah, hamba kepada ALLAH. Anda pula, bagaimana?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Buku “Tadabbur al-Engineer”

  1. paan says:

    harap akhi bersabar..

  2. Faridul says:

    Ya, JazakaLLAH khairan paan

  3. Rizwan says:

    Don’t give up in whatever you do..!! Aku paling benci manusia yg give up.. Kalau dah start, teruskan dan jangan toleh belakang dah..Kang nampak hantu.. Kikikiki…

  4. wan mohd syafiq says:

    sabar aja akh.. belum tutp lagi peuang buat mu.. insya-Allah akan datang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s