Pewarisan Dakwah

  Faridul Farhan Abd Wahab “Tuhan, kurniakan kami zuriat yang shalih”

Permasalahan da’wah dewasa ini, ialah tidak berlakunya “pewarisan dakwah” atau “pewarisan tarbiyah” yang justeru menjadi inti kepada dakwah para anbiya’ wal mursalin. Sebab, kesinambungan tugasan dakwah ini hanya nescaya, tatkala ada kader-kader dan jundi-jundi yang sudi mewarisinya.  

Permasalahan dakwah hari ini lebih tertumpu kepada persoalan “kuantiti”, berbanding “kualiti”. Sangat malang tatkala daie-daie islam lebih ghairah menambahkan bilangan, atau lebih ghairah menguasai sekian kelompok orang, berbanding membina satu-dua orang, tapi bias mewarisi tanggungjawab membina dakwah yang seharusnya ia wariskan.

Sehingga, andainya terjadi pewarisan dakwah, kita tidak kisah biar anak didikan kita masih lagi seorang kanak-kanak, tapi bisa komit dengan apa yang kita sampaikan padanya, sering mengajak kawan-kawannya untuk serta dalam khafilah dakwah, juga menunjukkan potensi-potensi untuk bakal menyerlah begitu menginjak zaman remaja, berbanding anda mentarbiyah student university, tapi hanya sanggup menjadi “peserta” bukan “pemain aktif.”

Namun, lantaran keghairahan kita kepada “status” dakwah dan “kuantitinya”, kita tidak rela bersabar dengan “pewarisan dakwah” hingga sering ketidak-sabaran kita itu justeru berimpak kepada kerja mengumpul “peserta” tarbiyah semata-mata, tidak menmbawa kepada “pewarisan dakwah” yang justeru menghasilkan kader-kader “pemain aktif.”

Bukankah para anbiya’ wal mursalin sering hadir dengan pengikut yang sedikit. Tapi, sedikitnya bilangan kader itu, tetap berkesinambungan lantaran wujudnya pewarisan dakwah ini. Hingga saja, kepentingan pewarisan dakwah ini diabadikan oleh al-Quran;

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللّهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ فَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam

(Surah al-Baqarah [2]:132)

Jangan tersilap langkah kawanku! Jangan terpesong matlamat kawanku! Apakah anda hanya pentingkan “kejayaan dakwah” dalam istilah “bilangan dan kegempakan”, atau anda ingin mengabadikan risalah, kesungguhan, pemahan dan semangat dakwah anda dalam bentuk pewarisan kepada anak didik anda? Jadilah seperti isterinya Imran, yang begitu bersungguh dalam pewarisan dakwah, hingga menazarkan atau menginfakkwan anaknya, untuk berkhidmat buat ALLAH semata-mata.

“(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”

(Surah ali Imran[3]:35)

p/s – saya akan bercuti panjang hingga minggu depan. harap maklum

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s