BAHASA AMAL

BAHASA AMAL
Faridul Farhan “ampunkanku ya ALLAH, kerana masih kurang berbuat”

Andaikan sahaja rancangan gila EPL untuk mengadakan perlawanan English Premiere League (EPL) satu minggu di luar daripada UK –termasuk di Malaysia- menjadi kenyataan. Andaikan juga, rancangan itu di perluaskan, bukan sekadar untuk perlawanan EPL, bahkan meluas kepada kejohanan Piala Juara-Juara Eropah (UEFA Champions League). Bukankah sangat mengujakan, andai kita diberi peluang untuk menyaksikan pasukan-pasukan besar seperti perlawanan di antara Manchester United bertemu Barcelona, di tanah air kita sendiri, di Stadium Nasional Bukit Jalil?

Tentu, stadium akan penuh dibanjiri peminat-peminat tanah air, dengan jersi pasukan kesayangan mereka jenama Nike Air. Tentu, gegak-gempita sorakan penyokong akan menggila, tidak seperti yang sebelum-sebelumnya tatkala pasukan Malaysia bertanding. Tentu, penonton-penonton akan menggila demikian pemain-pemain bintang kesayangan mereka mempamerkan skill individu dan permainan fancy yang menyeronokkan. Lalu, ingin saya pertanyakan kepada anda semua, dalam perlawanan dua pasukan yang penuh dengan pemain-pemain bintang, siapakah pemain yang paling hebat yang sedang berada di dalam stadium itu? Adakah ia Messi dari pasukan Barcelona? Atau Henry bekas ayam tambatan Arsenal? Atau Ronaldinho bekas pemain terbaik dunia? Atau justeru pemain terbaik di dalam stadium berada dalam pasukan Manchester United, iaitu Cristiano Ronaldo? Atau pun Rooney? Atau pun Faridul? Jawapannya, pemain terbaik, pemain yang paling hebat, pemain yang paling berkaliber, tidak berada di atas padang, tetapi berada di bangku penonton.

Ya, daripada gaya bercakap, skill mengomen, dan caci-maki penonton, justeru bisa kita tangkap bahawa penonton itulah pemain yang paling skill di dunia. Andai saja Rooney melepaskan peluang keemasan, penonton pantas menjerit; “bengong punya Rooney, itu pun boleh tak gol!” seolah-olah dia sendiri (penonton itu) sentiasa dapat menjaringkan gol. Kalau saja Ronaldo gelecek tak lepas, penonton pantas memaki; “apa la Ronaldo, tu pun tak lepas!” seakan mahu menjustifikasikan betapa andai dia berada di atas padang, dia bahkan dapat terbang menggelecek bola, lebih hebat daripada kartun Kickers, lebih hebat daripada filem Shaolin Soccer. Itulah kita, para penonton. Gaya dan nada bercakap kita, sering sangat angkuh seolah kita ini manusia yang sempurna. Langsung tidak punya cacat-cela. Sentiasa mampu berjaya, di saat orang lain gagal deliver.

Itulah sebabnya, Islam sudah me-warning akan perkara ini. Betapa besar, betapa keras kemurkaan ALLAH pada mereka-mereka yang hanya tahu berbicara, tetapi perbicaraan itu tidak hadir dalam bentuk amal. Ada orang mengkritik dakwah orang lain, tapi cubalah kita lihat adakah sudah berjaya dakwah sang pengkritik tersebut. Ada orang membebel akan rapuhnya ukhwah teman-temannya, tapi cubalah anda tanyakan, apa yang sudah dilakukan oleh sang pembebel untuk mengukuhkan ukhwah teman-temannya. Ada yang boleh menceritakan cirri-ciri seorang murabbi/naqib, tapi cubalah periksa sudahkan dia menjadi seorang murabbi/naqib?

Inilah masalah kita. Kita tidak sedar, bahawa hikmah ALLAH ciptakan dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki, beribu saraf, tapi hanya satu sahaja mulut, simbolik agar kita banyak bekerja, kurangkan berbicara. Tapi sering kita –dek kerana rasa diri kita sempurna- lebih cenderung pada bahasa tutur kata, seraya melupakan bahasa amal. Sering kita –dek kerana merasa diri kita hebat- lebih suka me-listkan cacat-cela dan kekurangan orang lain, hingga lupa akan banyaknya cacat-cela dan kekurangan diri kita.

Yang diperlukan oleh umat hari ini ialah “bahasa amal”. Mari kita berbicara tentang dakwah, dalam bahasa kita saja mendakwahi orang-orang sekitar kita. Kita berbicara tentang tarbiyah, dalam nada anak tarbiyah kita sudah dan sedang mencucu-cicit (terjadinya “pewarisan tarbiyah/dakwah”). Kita berbicara tentang ukhwah, bukan sekadar menghuraikan apa itu itsar, tapi kita tonjolkan dalam perbuatan kita definisi itsar. Bukan sekadar menghafal nama, asal, kelulusan dan sebagainya sahabat kita, tapi amal kita menjustifikasikan hakikat ukhwah, tatkala kita membela dirinya, memaafkan kekurangannya, husnus zhan akan kesilapannya, menutup aibnya, dan sebainya.

“Bahasa yang difahami bersama memang mendekatkan,
namun, kebersamaan hati itu lebih baik
daripada kebersamaan bahasa”
(Jalaluddin Rumi, Matsnawi I,1205-7)

Satu mulut, dua tangan, dua kaki, beribu anggota. Ayuh, biar amal kita saja yang berbicara.

p/s – artikel ini cover untuk minggu depan. Dalam rangka mengistiqamahkan diri minima 1 artikel seminggu.
2) Posting saya ada sedikit masalah, menyebabkan saya tidak dapat mengedit font artikel saya.
3) Artikel ini ditulis spontan tanpa saya menyemaknya.
4) Gambar semasa saya (berbaju merah) training di Newcastle, Australia.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Serial Pengorbanan. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s