Menteri Besar Yang Luar Biasa

Sumber: http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=61222 

Perlantikan seorang yang berpendidikan agama sebagai Menteri Besar pada mulanya dianggap sebagai perkara biasa sahaja. Ini adalah kerana sebelum ini memang sudah ada beberapa orang Menteri Besar dipilih dari kalangan orang-orang yang memperolehi kelulusan tinggi dalam pelajaran agama.

Bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Tan Sri Hassan Yunus, ialah seorang yang berkelulusan Universiti Al-Azhar di Mesir, sebuah universiti yang banyak melahirkan tokoh-tokoh agama. Allahyarham Tan Sri Hassan juga pemah berkhidmat sebagai mufti kerajaan Johor sebelum bergiat cergas dalam UMNO.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad. juga seorang lepasan Uriiversitt Al-Azhar. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru kanan di Sekolah Menengah Agama Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebelum bertanding untuk menjadi wakil rakyat kawasan parlimen Kemaman dalam pilihanraya umum 1964.

Sewaktu PAS menguasai kerajaan negeri Kelantan pada tahun 1959, Menteri Besarnya, Allahyarham Datuk Ishak Lotfi Omar, ialah seorang yang mendapat didikan agama di Tanah Suci Makkah dan beliau pernah bertugas sebagai seorang pegawat di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sebelum bertanding untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Ketereh dalam pilihanraya umum tahun 1959.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri Muhammad, dan bekas Menteri Besar Perak. Allahyarham Datuk Ahmad Said, juga mendapat pendidikan agama tempatan sebelum Perang Dunia Kedua.

Pendek kata, tokoh-tokoh yang mempunyai pengajian agama telah pun diberi amanat untuk memegang jawatan penting sebagai Menteri Besar atau Menteri kerajaan Pusat.

Berdasarkan kepada hakikat itulah, maka perlantikan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai Menteri Besar dalam kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah dianggap sebagai perkara biasa sahaja.

Masyarakat umum pada mulanya menjangka bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan mengikut jejak langkah para Menteri Besar lain setelah menduduki kerusi Menteri Besar ltu.  Atau dengan lain perkataan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz juga mungkin akan mengubah corak atau gaya hidupnya setelah dilantik menjadi ketua kerajaan negeri supaya sesuai dan selaras dengan gaya hidup menteri-menteri lain sebagaimana lazimnya dilakukan oleh orang-orang yang mendapat j awatan dan pangkat tinggi dalam zaman moden ini.

Kalau seorang bekas mufti, atau bekas guru agama, atau juga bekas pegawai kanan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengubah corak hidup supaya menjadi ala-Barat serta selaras dan setaraf dengan pemimpin-pemimpin kerajaan negeri atau Pusat, maka mengapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak berbuat demikian?

Apakah keistimewaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dalam perkara ini?

“Kalau beliau seorang insan biasa, sudah tentu pula jauh sekali daripada seorang malaikat, sudah pasti lambat-laun beliau akan mengikuti jejak langkah Menteri-Menteri Besar sebelumnya.” ujar seorang wartawan yang belum mengenali peribadi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dengan lebih dekat.

Pada peringkat awal, ada kalangan yang dapat menerima pendapat dan teori seperti yang dikatakan wartawan itu, tetapi setelah lebih setahun beliau memegang jawatan Menteri Besar, orang ramai mula menyedari bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini ialah seorang Menteri Besar yang luar biasa.

Apa yang jelas sekarang ialah beliau tidak begitu mudah dapat dipengaruhi oleh kelaziman-kelaziman dalam gaya hidup orang-orang yang telah mendapat kedudukan dan jawatan tinggi dalam kerajaan dan parti politik.

Dan setakat ini, beliau masih dapat mempertahankan corak hidupnya sebagal seorang tok guru dan pendakwah sepenuh masa tanpa terpedaya dengan kelaziman-kelaziman corak hidup yang diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan yang lain.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau telah dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang luar biasa juga.

Selama 41 tahun beliau menjadi anggota parlimen dan lima tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri beliau masih tidak mempunyai rumah yang dilengkapi dengan perhiasan mewah hatta kerusi meja sekalipun, sebagaimana kebanyakan orang menganggap peralatan ini harus ada pada seseorang pemimpin parti atau wakil rakyat apatah lagi menteri.

Ketika saya dan rakan-rakan lain dari Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dijemput menikmati sarapan pagi di kediamannya di Pulau Melaka pada 30 Disember 1990, saya tidak nampak di ruang tamu itu kerusi meja, walaupun sebuah.

Kami menikmati sarapan pagi dengan duduk bersila di lantai lapang yang bertikar; jauh sekali bezanya daripada keadaan duduk di kerusi empuk dengan dikelilingi perhiasan-perhiasan mewah di rumah Menteri-Menteri atau wakil-wakil rakyat yang pemah kami kunjungi.

Walau bagaimanapun, kami berasa lebih mesra dan selesa berada di tengah-tengah kesederhanaan hidup seorang Menteri Besar dan pemimpin Islam ini.

Sebelum kunjungan ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu kenyataan akhbar yang menyebut bahawa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haj i Nik Abdul Aziz, tidak akan berpindah ke kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kampung Sirih, Kota Baharu.

Kenyataan akhbar itu juga menjelaskan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan tetap tinggal di rumahnya yang asal di belakang masjid Pulau Melaka yang dibina oleh almarhum ayahnya, Tuan Guru haji Nik Mat bin Raja Banjar atau lebih terkenali dengan panggilan Haji Nik Mat Alim.

Dengan kenyataan itu, jelaslah bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz lebih mengutamakan hidup di sebuah rumah serba sederhana yang berhampiran dengan sebuah masjid daripada menikmati hidup di ‘istana’ yang dilengkapi dengan alat perhiasan serba mewah seperti di JKR 10 itu.

Beliau hanya datang sekali-sekala sahaja ke JKR 10 untuk menemui tetamu dari dalam dan luar negeri. Dan kediaman rasmi Menteri Besar itu sekarang ini dijadikan tempat tetamu-tetamu kerajaan. Belum ada dalam sejarah tanahair seorang Menteri Besar enggan berpindah ke kediaman yang lebih mewah dan serta indah selain daripada Menteri Besar Kelantan sekarang.

Dan dalam sejarah tanahair, tidak ada rumah seorang wakil rakyat yang tidak dilengkapkan dengan kerusi meja dan kemudahan mewah dan mahal selain daripada rumah bekas Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Chempaka. Sedangkan beliau sudah menjadi wakil rakyat selama 41 tahun.

Inilah yang dikatakan bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ini bukan sahaja sebagal Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau juga seorang wakil rakyat yang tidak ada bandingannya di tanahair kita.

Sebagai seorang Menteri Besar yang mewakili parti Islam, beliau cuba mengamalkan kehidupan dan tugas harian mengikut ajaran Islam yang memang menjadi prinsip dan pegangannya.

Beliau juga berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapinya mengikut cara Islam, tidak seperti Menteri Besar yang lain yang menghadapi tugas dan masalah mereka dengan lebih merujuk kepada sistem ciptaan penjajah atau sistem yang tidak bersangkut paut atau mungkin juga bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.

Menteri-Menteri Besar lain daripada UMNO, walaupun berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, diketahui tidak pernah berusaha ke arah mendekatkan pegawai-pegawai kerajaan kepada menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Dalam hal ini Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memperlihatkan kejayaan awal membentuk peribadi Islam di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. Misalnya, di pejabat Menteri Besar, apabila masuk waktu Zohor, beliau mengajak kakitangan kerajaan, termasuk anggota tentera dan polls, serta para tetamu beragama Islam bersembahyang jamaah bersama-samanya.

Selepas menunaikan fardhu Zohor, beliau mengambil masa 10 minit untuk memberi “kuliah senafas” kepada para kakitangan dan tetamu itu.

Inilah cara hidup dan amalan seorang Menteri Besar yang bertaraf ulama dan Tok Guru ketika memegang jawatan sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan.

Kerajaan Pas berkuasa di Kelantan, kita hanya dapat melihat papan-papan tanda yang menunjuk dan mengingatkan kita ada sekolah atau hospital kira-kira 500 meter di hadapan. Tetapi kini, kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah Kelantan pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah memasang pula papan-papan tanda yang menunjukkan serta memberi ingatan kepada kita bahawa kira-kira 500 meter di hadapan ada masjid.

Tercacaknya papan-papan tanda yang menunjukkan adanya masjid itu, telah memberi kesan positif kepada seseorang Islam yang menggunakan jalan raya berkenaan.

Mengingatkan orang Islam tentang adanya masjid adalah sama dengan mengingatkan kaum Muslimin dan Muslimat supaya menunafkan solat lima waktu, kerana masjid dan sembahyang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Dalam memimpin kerajaan Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyelaraskan kepimpinannya itu sebagai usaha membentuk fikiran rakyat supaya berfikir dan bertindak mengikut cara Islam.

Sebagai contohnya, kerajaan negeri telah meletakkan papan-papan tanda di simpang-simpang jalan di dalam Bandar Kota Bharu untuk memberi panduan kepada orang ramai bagaimana cara untuk memotong kenderaan di jalanraya mengikut ajaran Islam.

Apa yang jelas sekarang ialah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menghendaki supaya rakyat Kelantan beramal mengikut ajaran Islam daripada sekecil-kecil amalan seperti memotong kenderaan dijalan raya sehinggalah kepada perkara-perkara Besar seperti mentadbir negara dan sebagainya.

Kalau dikaji sejarah beliau menyertai PAS, maka jelaslah bahawa tujuan utama Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertal PAS adalah untuk berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam yang hakiki kepada ummah seluruhnya.

Tugas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadi lebih erat lagi apabila beliau dilantik untuk memimpin kerajaan Negeri Kelantan yang majoriti rakyatnya menghendaki supaya Islam dijadikan dasar dan amalan pemerintahan Negeri.

Beliau telah menggunakan kuasa sebagai Menteri Besar untuk membuat beberapa perubahan ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagat sebuah negeri contoh atau model Negeri Islam di negara Malaysia ini bahkan di seluruh dunia.

Dengan kerjasama parti-parti komponen Angkatan Perpaduan Ummah, beliau dijangka tidak akan menghadapi apa-apa masalah untuk melaksanakan hasrat dan cita-cita rakyat Kelantan itu.

Apa yang paling menarik sekali dalam usaha beliau membuat beberapa perubahan itu ialah sokongan yang didapati oleh beliau daripada masyarakat bukan Islam tempat.

Terdapat pemimpin masyarakat Cina dari parti MCA di Kelantan yang sanggup menghadapi tindakan disiplin daripada parti itu kerana memberi sokongan kepada kerajaan Kelantan di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz. Malah , jika kita pergi ke majlis ceramah-ceramah yang dibuat oleh Pas pada hari ini , ternyata bukan hanya orang islam yang hadir tapi kita dapat merasa perubahan Apabila ceramah-ceramah pas turut dihadiri oleh Kaum bukan islam. Kepimpinan Pas menunjukkan Islam Boleh !!!!

Sokongan masyarakat bukan Islam terhadap pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz itu sekaligus menolak dakwaan sesetengah golongan yang mengatakan bahawa pelabur asing takut hendak menanam modal di Kelantan kerana Menteri Besarnya memakai jubah dan serban serta menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan.
Pelabur-pelabur luar Negeri menyedari dan yakin tentang kestabilan politik yang berterusan di negeri Kelantan walaupun seorang ulama Islam yang tegas hendak melaksanakan Islam mengetuai kerajaan, dan besar kemungkinan lebih banyak lagi pemodal asing akan menanam modal di negeri itu.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 Ogos 1991, Dewan telah diberitahu bahawa kira-kira 200 juta ringgit modal asing telah dilaburkan di Kelantan sejak Angkatan Perpaduan Unnnah mengambil alih pentadbiran negerl. Keyakinan pemodal asing dan sokongan masyarakat bukan Islam terhadap kerajaan Negeri itu adalah kerana ketokohan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebagai seorang Menteri Besar yang mampu untuk menghadapi segala cabaran.

Setakat ini, musuh-musuh politik Parti Islam didapati gagal untuk menghalang masyarakat bukan Islam daripada menyokong kerajaan negeri Kelantan dan gagal untuk menakut-nakutkan pemodal asing melabur di negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Setelah kita mengkaji dan meneliti segala tindak-tanduk dan amalan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sejak beliau memegang jawatan selama setahun setengah, maka jelaslah bahawa ada banyak perbezaan antara beliau dengan Menteri-Menteri Besar lain yang berkelulusan agama, khususnya dari Universiti Al-Azhar.

Berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kettka menjadi Menteri Besar, Allahyarham Tan Hassan Yunus, Johor dan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, Bekas MB Terengganu tidak mampu dan tidak sanggup memberi kuliah subuh dan menjalankan kerja-kerja dakwah apabila mereka menjadi Menteri Besar.

Tidak ada seorang Menteri Besar sebelum ini yang sanggup tinggal di sebuah rumah yang tidak mempunyai alat-alat perhiasan dan kerusi meja yang indah tetapi Menteri Besar Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz rela tinggal di rumah yang tidak mempunyai alat-alat itu selain dua buah almari yang penuh dengan kitab-kitab agama.

Malah ada antara Menteri Besar yang baru sahaja memegang jawatan tidak sabar-sabar lagi berpindah ke kediaman Menteri Besar yang serba indah dan mula membina rumah sendiri dengan harga yang mahal.

Menteri Besar Kelantan sekarang mempunyai sikap yang amat berbeza daripada Menteri-Menteri Besar tersebut.

Rumah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka masih sederhana. Rumah kampung daripada kayu ini terselindung di belakang masjid. Semua ini sebagai membuktikan bahawa beliau tidak terpedaya dengan darjat dan kebendaan.

Sebelum ini belum ada seorang Menteri Besar dari kalangan lulusan tinggi agama yang dapat mengekalkan identiti sebagai seorang ulama dan pendakwah selain daripada Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Kita telah dapat melihat beberapa orang yang sebelum menjadi Menteri Besar tidak pernah memakai pakaian barat, tetapi setelah memegang jawatan Menteri Besar, mereka kelihatan seolah-olah lebih barat daripada mereka yang mendapat didikan sekular.

Ini adalah kerana mereka terpengaruh dengan kedudukan dan jawatan yang mereka pegang. Tetapi setakat ini, Alhamdulillah, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz masih kekal sebagai Haji Nik Abdul Aziz yang lama, dan beliau tidak terpengaruh dengan kelaziman corak hidup Menteri-Menteri Besar yang lain.

Para pemerhati politik tanahair mula menyedari bahawa Menteri Besar Kelantan yang bernama Haji Nik Abdul Aziz ini bukanlah sembarangan Menteri Besar, tidak serupa dengan Menteri-Menteri Besar yang berkuasa sebelum ini, bukan sahaja di Kelantan bahkan di negeri-negeri lain.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang Menteri Besar yang luar biasa, dan beliau juga seorang ulama dan Tok Guru yang unik apabila dibandingkan dengan ulama-ulama dan tok guru-tok guru lain yang ada sekarang

 komen Faridul: Dulu bila saya -sebagai senior engineer yang tentunya ALLAh telah bukakan dunia buat saya- sentuh isu kesederhanaan ini, ramai orang balun, ramai orang marah.ramai orang hentam. Saya tak faham apa itu zuhud lah. Saya tak paham hukumlah. Saya tak faham orang ini mampulah. Hmm….makanya Nik Aziz pun 2 x 5 dengan saya la gamaknya. Entah…

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Menteri Besar Yang Luar Biasa

  1. Nasron al-Jauhari says:

    tuan benar. tuan memang benar. tuan sangat benar!

  2. Ukht Leeds says:

    Assalammualaikum….
    kagum dengan keperibadian dan ketokohan tok guru..
    tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia diatas kebijaksaaan dan keberanian anda..
    Syukur yang tak terhingga kepada Mu Ya Allah..

  3. contoh islam seorang muslim kepada mukalaf..
    contoh melayu islam…
    contoh seorang daripada ibadurrahman..

  4. muntaha says:

    Saya orang Indonesia, tapi rindu untuk bertemu dengan Tuan Guru Nik Aziz, air mata saya menetes merindukan bertemu dengan beliau; bila di dunia ini saya tak dapat berjumpa semoga Allah mempertemukan saya di akhirat kelak, amin.

  5. hamba Allah yg hina says:

    Assalammualaikum….

    sgt menarik, sy juga mencari jawapan zuhud…sy baru selesai membaca buku ” tundukan hati” oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz & Annual Bakri Harun…alhamdulillah, dpt juga sy belajar serba-sedikit tentang zuhud dr TGNA walaupun tidak pernah bersua…harap dpt berkongsi dgn sahabat2 semua

    Antara isi2nya: –
    1. Imam Ahmad berkata ” Zuhud ada tiga jenis, pertama meninggalkan perkara2 haram, dan ini adalah zuhud orang2 awam. Kedua, meninggalkan perkara yg halal yg tidak berguna dan ini adalah zuhud org2 terpilih. Ketiga, meninggalkan hal2 yang menyibukkan seorang hamba sehingga melupakn Allah, dan ini adalah zuhud org2 yg bijaksana”
    2. Abu Hurairah Radhiallahuanhu meriwayatkn Nabi Muhammad S.A.W bersabda yg bermaksud, “Sesiapa yang mengejar dunia dengan tujuan mengelak daripada meminta-minta dan dengan tujuan menjaga anak isterinya daripada memakan harta curi, harta samun dan sebagainya, dan dengan tujuan menjaga hubungan dengan jiran tetangga, dia akan bertemu dengan Allah di akhirat kelak dengan wajah yang berseri-seri umpama bulan purnama”
    3. Saidina Ali bin Abi Talib Karramalluhuwajha ada meriwayatkn bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud, “Apabila Allah Taala tidak memberkati harta seseorang manusia itu, ia dapat dilihat bagaimana harta itu dihabiskan umpama menakung air di tanah. Ia tidak meninggalkan apa-apa kesan sedikitpun.”
    4. Sahih Bukhari dan Sahih Muslim ada menyebutkan penyataan Abu Hurairah, “Demi Tuhan yang jiwa Abu Hurairah berada di tangan-Nya, Rasulullah S.A.W serta keluarga baginda tidak pernah makan roti gandum selama tiga hari berturut-turut sehingga baginda wafat.”
    5. Nasihat Nabi Isa A.S kpd sahabat2nya, “Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri dalamnya.”
    6. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud, “Dunia ini ibarat makhluk yang dilaknat kecuali yang ada di dalamnya sentiasa ingat kepada Allah.” (H.R at Tirmidzi dan Ibu Majah)
    7. Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud, “Semua wang ringgit yang dibelanjakan boleh menjadi fisabilillah kecuali duit yang dibelanjakan untuk membina rumah.” (H.R at-Tirmidzi) …………. (p/s rumah yg dimaksudkn ialah rumah mewah yg mendatangkn rasa kagum org yg melihatnya sehingga mendatangkn pemiliknya berasa bangga dgn apa yg dimiliki.
    8. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, ” Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang telah dihalalkan Allah kepadamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” Surah al-Maidah (5:87)
    9. Abu Hurairah R.A meriwayatkn, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, ” Kekayaan tidak dinilai daripada harta, tetapi kaya jiwa.” (H.R at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)
    10. Sungguhpun begitu, jgn pula ada org kaya yg tekun beribadat, apabila dia masuk ke masjid dgn kereta mewah kita katakn istidraj. Org yg naik pangkat istidraj. Org2 yg berpangkat besar istidraj. Jangan! Org yg menggunakn nikmatnya utk kebajikan serta utk mengabdikn diri kpd Allah bukan istidraj. Dan jgn pula kita menolak kekayaan. Sebaliknya, kita org kaya yg beriman serta berpegangan. Bkn kekayaan yang jadi matlamat sebaliknya redha Allah itu yg wajib kejar, kalau mahu selamat dunia dan akhirat (ini petikan dr buku tersebut)

    p/s. semua diambil dr buku “tundukan hati” cetakan Anbakri Publika Sdn Bhd

    wassalam

  6. hamba Allah yg hina says:

    4. Sahih Bukhari dan Sahih Muslim ada menyebutkan penyataan Abu Hurairah, “Demi Tuhan yang jiwa Abu Hurairah berada di tangan-Nya, Rasulullah S.A.W serta keluarga baginda tidak pernah “kenyang” makan roti gandum selama tiga hari berturut-turut sehingga baginda wafat.”

    note: tolong betulkan post sy sblm ini berkenaan no. 4 ….. sy tertinggal perkataan “kenyang” spt di atas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s