Tumbangnya “sang angkuh” Abrahah

Saya -seperti Sahibus Samahah Mufti Perlis (gamaknya)- bukanlah orang politik. Tapi, saya tidak bisa menyembunyikan perasaan terharu dan tersentuhnya hati demikian membaca tazkirah dan doa TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tazkirah tentang keangkuhan seorang Abrahah yang bersiap untuk menyerang Makkah. Doa pohon pertolongan ALLAH agar dilindungi -dalam konteks ini- “serambi Mekah” daripada kuatnya tentera bergajah Abrahah, yang, dalam hal ini, berupa media, jentera kerajaan, wang ringgit, dan sebagainya.

Lalu, tidakkah “para Abrahah” itu sedar bahawa demikian datangnya “nasrun minaLLAH” (pertolongan yang mendatangkan kemenangan daripada ALLAH), akan datang juga “fathun qarib” (kemenangan dalam masa terdekat)? Tidakkah para pengangkuh itu sedar bahawa Musa itu justeru dibesarkan dan ditaja di tengah-tengah istana, di tengah-tengah kezaliman, di tengah-tengah undang-undang zalim melibihi ISA-nya Fir’aun? Tidakkah para pengengkar itu sedar, betapa Maryam bisa melahirkan Isa, tanpa berhubungan dengan lelaki, justeru suatu keajaiban yang mudah oleh ALLAH? Tidakkah para pencinta kemewahan dunia itu tahu, sepertimana yang tidak diketahui oleh Kirsa Parsi dan Raja Rom, betapa sang yatim pengembala kambing, yang dikelilingi para dhu’afa’ dan masakin, bisa menggegar dan menguasai dunia?

Begitulah tumbangnya “tuhan” bernama dunia, bernama manusia, bernama kuasa, tatkala Tuhan semesta alam ALLAH Azza Wa Jalla “bersuara”. Apakah engkau mahu tetap bersikap angkuh lagi, wahai Abrahah?

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s