Akademi Al-Quran (Musim ketiga)

Pertama sekali, maafkan saya andainya cetusan pendapat saya ini tidak mengikut saluran yang betul, atau sekadar umpama mencari penghujung kepada sebuah bulatan, lantaran cetusan pendapat yang sekadar berlegar dalam ruang lingkup blog peribadi sendiri, tentunya tidak sampai kepada sang empunya program (yakni TV9). Apa pun, mungkin cetusan pendapat ini, bisa bermanfaat buat kita semua di masa hadapan, apatah lagi tiap kali kita bersemangat untuk melaksanakan program-program yang -menurut kita- berbentuk keagamaan.

 Malam tadi (khamis), TV9 menyiarkan rancangan pencarian peserta untuk menyertai Akademi al-Quran untuk musim yang ketiga. Tentunya, tidak semua yang diuji bakat benar-benar memenuhi kriteria peserta yang dikehendaki oleh pneganjur. Malah, ada di kalangan peserta yang diuji bakat, tahap bacaan al-Qurannya rendah sekali, hingga menimbulkan lecehan orang banyak, seperti “baca Quran pun tak reti, nak join akademi al-Quran” dan sebagainya.

Tapi, saya mempunyai pandangan yang lain berkenaan ini. Saya katakan pada orang-orang yang memandang sinis peserta tadi; “dia join akademi al-quran ni sebab nak belajar kot..” Dan ternyata benar, sang peserta yang bacaannya kurang enak tadi, mengakui bahawa dia tidak berapa cekap dalam soal ilmu tajwid. Namun, apakah peserta seperti itu yang dikehendaki oleh Akademi al-Quran?

Lantas, kriteria semacam apa Akademi al-Quran ini? Atau, lebih tepatnya, untuk apa, apa objektifnya Akademi al-Quran ini? Adakah ianya suatu pertandingan tilawah semata, atau ruang untuk orang mempelajari al-QUran?

Jika ia hanya suatu pertandingan, menurut saya, tak perlulah berminggu-minggu peserta bertanding. Untuk apa berminggu-minggu, kalau setakat nak singkirkan peserta pada setiap minggu seperti Akademi Fantasia?

Jika ianya medan untuk belajar, kenapa hanya dipilih peserta yang memang tahu taranum, tajwid dan sebagainya untuk menyertai Akademi al-Quran? Saya lebih suka andainya peserta yang mempunyai masalah tajwid, makhraj, nafas dan sebagainya semasa uji bakat, mereka ini yang diserapkan dalam AQ. Hatta, orang yang langsung buta hururf tentang Quran, adalah terlebih baik diserapkan dalam AQ. Di sanalah nanti, kita bisa tengok progress mereka setiap minggu. Barulah nampak relevannya AQ disiarkan tiap minggu, kerana ternyata memang menjadi medan orang mendalami al-Quran?

Apakah dengan sekadar mencari alternatif pada AF, lantas diadakan AQ, masalah kita selesai? Wallahu a’lam… sekadar cetusan pendapat

akademi-fisabilillah.jpg

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

8 Responses to Akademi Al-Quran (Musim ketiga)

  1. azri berkata:

    buat ini salah, buat itu salah.. (sekadar gurauan)

  2. SALADEN berkata:

    lahirkan generasi yg pandai alquran..bukan yang pandai berlagu quran.. yg penting apa itu quran? berapa kerat yg kita ambil dari quran untuk kehidupan? baik anjurkan akademik tafsir quran, lepas tu buat akademik amalkan quran pulak..sedarlah insan burung tiong pun pandai mengaji. dari beberapa hadis yg menganjurkan melagukan quran berbanding ribuan hadis yg menyuruh mengamalkan quran. Kita umat islam memilih melagukan quran dan meninggalkan mengamalkannya. pengacara A.Q lebih kurang pengacara NONA je. berat nanang. tukang komen plak .ustaz bahagian qiraat tu.. macam dia tu hebat sangat. macam graduated local U jer.yg bahagian taranum plak. bacaan jawi jer. cuba dgr naina, tantawi, hajaj hindawi.. tu baru lagu arabi.. maqam2 spt huzam, syad arabiy.,zinujiron,dan banyakl lagi..patutnya perlu dirojak semua baru lah sedap dengar. suara plak tak ikut not.. key tak betul..banyak lah nak komen apa2 pun aku tak sokong AQ

  3. Asha berkata:

    Salam

  4. Asha berkata:

    Salam.
    maaf kalau my opinion tak disukai.Firstly I rasa kita sepatutnya sokong AQ.Dah ada Aq kita tak sokong.Daripada tak de biklah ada.please jangan compare AQ dan AF.Its different.
    Sebelum U kritik juri tu,patutnya u faham la juri pun manusia biasa.Mesti ada kekurangan.but at least they do something kepada ummah.Tapi kita tak menyumbang apa pun pada AQ.
    Kalau amik yg tak pandai quran.rasanya takes time.Setahun AQ belum tentu pandai.Baik pergibelajar personal la.Takut nanti org jemu tutup tv.
    Cukupla kutuk org.Takut kita masuk golongan yang tak elok pulak.wallaha’lam.

  5. Asha berkata:

    Byk sekarang orang Islam kita yang suka kutuk program agama kita sendiri. Kalau pengacara tu mcm nona pun,at least ada org yang boleh tarik penonton tengok AQ,Kala amik org tak kenal.mungkin orang tak tengok.Memang la pakaian ak lah ok sgt dan mekap tapi compared dengan pengacara lain ok byk.

    Byk benefit AQ ni.I pun byk belajar tajwid dan riwayat yg tak penah dengar.dulu kita engar org baca imalah kita ingat salah.Tapi bila tengok AQ ada improvement.Thats all. Soory so much.I have no intention to make someone feel quilty.

  6. faridul berkata:

    Maaf, saya juga seperti Asha, kurang setuju dgn pandangan sdr Saladen.
    memang, kalau diikutkan AQ banyak lagi kekurangan, tapi at least we should give credit to them for trying to provide us an alternative.
    Cuma artikel saya ini dibuat, sebagai penambah-baikan. Ini kerana, dlm salah satu rancangan AQ, saya lihat ada org yg tak berapa tera bab-bab taranum, riwayat dsb masuk. Memang mungkin dia tidak layak utk jadi peserta AQ, tapi kesungguhan dia nak belajar al-quran, bukankah lebih baik ambik dia dan ajar dia bacaan-bacaan/teknik-teknik membaca al-Quran.
    Saya tgk iklan tv, skrg ada rancangan “Charm School”, konon depa kumpul kutu-kutu yg tah hapa-hapa, dan ajar depa sampai dpt jadi peince charming. Maka itulah saya mencadangkan AQ mengambil org yg tak berapa tera baca al-Quran dan dididik sampai mahir membaca al-Quran.
    Wallahu a’lam

  7. Arief berkata:

    Pada pandangan saya AQ memang objektifnya untuk mencari qari dan qariah yang berwibawa bukan medan atau pltform untuk belajar dari asas.

    Ianya untuk menguji sejauh mana ilmu bacaan Al-quran, calon2 yang terpilih harus ada asas Al-quran yang kukuh dan memasuki AQ hanyalah untuk memantapkan lagi mutu bacaan.

    Kita harus mengukur baju sendiri , seandainya tak cukup ilmu maka carilah dan belajarlah ditempat2 yang sewajarnya.

    Kita juga harus bershukur kerana ada program TV yang bermanfaat berbanding hiburan semata2…

  8. faridul berkata:

    Berbeza pandangan itu perkara biasa, apa yang penting ialah bagaimana kita “melayani” perbezaan pandangan itu: tentunya dengan berlapang dada dan saling meraikan.

    Teruskan memberikan pandangan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s