Makanan kegemaran adalah makanan pertama

Makanan kegemaran adalah makanan pertamaFaridul Farhan Abd Wahab “mendidik generasi Rabbani”

Percayakah anda, makanan kegemaran seseorang, adalah sebenarnya makanan pertama yang ia makan?  Jika teori ini benar, bermakna sesiapa yang menggemari nasi briyani misalnya, bermakna ia telah menjamah nasi briyani setelah beberapa waktu menjamu susu ibu sahaja. Jika pendapat ini benar, bermakna sesiapa yang menggemari ayam goreng KFC misalnya, sudah menjamah ayam goreng tersebut sejak zaman bayinya, biar belum pun tumbuh gigi pada waktu dan ketika itu.

Tentu, orang ramai akan pantas menyanggah kenyataan ini. Apakah mesti, bahkan apakah masuk akal bahawa makanan kegemaran kita merupakan makanan pertama yang kita jamahi? Dengan bertegasnya anda dalam mempertikai dan membantah logika ini, maka, bersandar pada logika itu jugalah, masyarakat kita -sedar tidak sedar- begitu “fanatik” untuk mengazankan telinga bayi begitu ia dilahirkan. Tidak boleh lewat. Tidak boleh lambat!

Dari Abu Rifa’I, dia berkata; “Saya pernah melihat Rasulullah S.A.W membacakan azan di telinga al-Hasan setelah dia dilahirkan Fatimah.[1]

Selain memenuhi sunnah Nabi SAW untuk mengazankan bayi sejurus dilahirkan, seperti yang diutarakan di hadith di atas (biar pun terdapat juga perbahasan mengenai sejauh mana kesunnahannya), dengan menjadikan kalimah azan, kalimah yang mengungkapkan kebesaran dan keagungan ALLAH sebagai kalimah pertama yang didengar oleh seseorang bayi, masyarakat mengharapkan moga anak itu akan membesar sebagai anak yang soleh, taat beragama dan bisa menjamin amal berterusan buat mak ayahnya biar sudah masuk ke fasa alam “sebelah sana.”

Tidak ada salahnya harapan mak ayah ini. Cuma, andainya seorang anak itu hanya dihidangkan dengan kalimah membesarkan ALLAH dan mempekenalkan Islam hanya di awal usia sahaja, apakah munasabah anak itu bisa -dengan hanya sekali itu diperkenalkan kepada Islam- membesar sebagai anak soleh dan taat kepada ibubapa dan aturan agama? Apakah jika di rumah ia sendiri tidak pernah mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran (lantaran mak ayahnya malas nak mengaji), di kereta diperdengarkan dengan lagu-lagu tak senonoh artis tempatan (via radio dan cakera padat), disantapkan dengan dialog-dialog non-Islami dari corong televisyen, tiba-tiba sang anak itu bisa menjadi seorang anak yang “alim” seperti yang kita harap-harapkan? Apakah kita mahu anak yang alim, atau sekadar “alim-alim Mawi” sahaja (peribahasa moden kepada alim-alim kucing)? Bukankah rumus dan kaedah “makanan kegemaran adalah makanan pertama kita” tidak diterima pakai, maka tentu produk dan tingkah laku anak-anak kita tidak bergantung kepada kalimah apa yang pertama sekali ia diperdengarkan?

Itulah sebabnya, Islam mengungkapkan betapa tanggungjawab dan amanah terbesar yang digalas oleh para ibu dan ayah, bukanlah sekadar membelikan pakaian, memberi makanan, menyediakan tempat tinggal, lantaran bukan sahaja ibubapa Muslim, non-Muslim pun, bahkan binatang pun turut menyediakan hal-hal demikian buat anak mereka. Tapi, ternyata “tarbiyah”lah yang menjadi jasa utama yang diperingatkan buat sang anak demikian mahu mendoakan kesejahteraan buat ibu dan ayah.

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mentarbiyahku semasa kecil

(Surah al-Isra’ [17]:23)

Oleh yang demikian, mengazankan telinga anak hanya saat kelahiran, tetapi kemudiannya tidak menghidangkan mereka dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh ibu dan ayah di rumah, atau lewat cakera padat di dalam kereta, dan lain sebagainya, tidak bisa menjamin kesolehan yang diharapkan, tetapi bahkan sekadar melahirkan “si bintang kecil” seperti yang dibangga-banggakan di  kaca telivesyen. Tentu, kanak-kanak itu bisa menghafal lagu-lagu lagha itu lantaran selalu diperdengarkan kepada mereka di rumah. Maka, bukankah sifir itu juga bisa diguna pakai, andai sang anak sering didedahkan dengan ayat-ayat suci al-Quran? Tidak mahukah anda meng”eksploit” syafaat anak yang hafiz al-Quran, bahkan sejak usia mudanya? Tidak kepinginkah anda memperoleh anak-anak yang -oleh Quran- disebut qurratu a’yun , sejuk mata memandang?

Maka lahapkanlah anak-anak anda dengan didikan dan pendedahan tentang Islam, lantaran sifat, sikap dan akhlak “kegemarannya”, tentu bukan sekadar ditentukan oleh “makanan” pertamanya.

RUJUKAN

[1]        Haya Binti Mubarok al-Barik, “Ensiklopedia Wanita Muslimah (Mausu’ah al-Mar’atul Muslimah,” Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.(2001), ms. 289

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

5 Responses to Makanan kegemaran adalah makanan pertama

  1. technicboy says:

    salam…
    ana harap ukhti terus istiqamah dalam menulis nie..
    coz terbuka skit minda ana nie..
    ana akan trus saport ukhti…

  2. faridul says:

    JazakaLLAH khairan technicboy. Cumanya ana lelaki, bukan wanita..

  3. technicboy says:

    hmm .laaa.. coz ari tue trbaca guna gelaran kakak..
    salah baca kot..
    sorryy. yaa akhi..
    hihi

  4. nora says:

    Saja untuk berkongsi satu blog yang saya jumpa secara tak sengaja yang mengajar mereka dari bayi sehingga bayi tersebut boleh membaca quran umurnya 2 tahun dan menghafal 25 surah umur 3 tahun http://www.darwishndarwisya.blogspot.com

    • faridul says:

      Terima kasih ukhti Nora. Saya dah masuk ke blog tu dan scroll secara sekilas. alhamdulillah, anaknya yang belum pun genap 2 tahun dah hafal macam-macam. Moga mujahid-mujahid kecil saya pun sama. amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s