Pandangan saya terhadap kes Sufiah Yusuf

 Saya diminta untuk mengulas tentang kisah pelajar pintar Matematik, Sufiah Yusuf.  Dengan laptop saya yang masih belum “pulih” menyebabkan aktiviti menulis saya di rumah tergendala, kesibukan di tempat kerja hanya membataskan waktu menulis saya, melainkan penulisan saya diringkaskan sahaja.

Lantas, apa yang saya mahu simpulkan berkenaan isu Sufiah Yusuf adalah seperti berikut:-

Cuba perhatikan  apa yang dilaporkan oleh Berita Harian berkenaan pandangan Presiden Persatuan melayu United kingdom, Hamidi Abdul Rahman. Hamidi berkata, secara peribadi beliau yakin Sufiah tidak begitu terdesak sehingga sanggup melacurkan dirinya, sebaliknya mungkin ada faktor lain yang mempengaruhinya berbuat demikian.

  • 2) Saya masih ingat, beberapa tahun lalu, saya terbaca suatu rencana di dalam akhbar (maaf, saya tidak ingat akhbar apa dan tarikh bila) tentang anak-anak “ajaib”, yang pintar Math seperti Sufiah, dan beberapa nama lain yang dilaporkan pandai membaca di awal usia, pandai mengira di awal usia, tapi hampir kesemuanya rosak di saat remaja, lantaran menagih dadah, dan sebagainya. Lantas, saya simpulkan di sini bahawa silapnya adalah di masyarakat kita. Ya, bagimana masyarakat kita mengiktiraf atau mengkagumi seseorang itu. Cuba lihat “si bintang kecil” atau “Lagi-lagi Aznil”, betapa anak-anak kecil yang kurang ajar, tapi itulah yang dikagumi, konon pelawak dan sebagainya. Anak-anak kecil yang pandai menyanyi atau menari, itulah yang dibanggakan oleh mak ayah. Ibu bapa hari ini, lebih mementingkan perkara bersifat duniawi buat anak-anak mereka, lantas apabila anak-anak mereka mengusai urusan duniawi di usia kecil, itulah yang mereka hebohkan, itulah yang mereka banggakan.

Saya masih ingat bagaimana seorang artis dan deejay tempatan yang menyambut hari lahir anaknya di Hard Rick Café, dan berbangga dengan anaknya yang masih kecil yang bercita-cita menjadi Rockers.

Sedangkan mind-set para anbiya’ wal mursalin tentang perkembangan anak-anak mereka justeru sangat berbeza dengan kita. Persetankan anak-anak mereka tahu main bola di usia awal atau tidak, tak heranlah jika anak-anak mereka tak tau membaca dan mengira sebelum usianya atau tidak, berambuslah sama ada anak-anak mereka pandai menyanyi atau tidak, yang selamanya dipentingkan dan dibanggakan oleh mereka, adalah sejauh mana aqidah, keimanan dan keistiqamahan anak-anak mereka pada Islam, itulah yang mereka pentingkan, itulah yang mereka risaukan, itulah yang -andai memenuhi criteria mereka- akan mereka banggakan. Seperti banggakan oleh Ya’qub tatkala anak-anaknya kukuh dan tequh aqidahnya demikian ia hampir dijemput kematian:

“Adakah kamu hadir ketika Yakub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishak, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.”

(Surah al-baqarah [2]:133)

Bukankah Nabi Zakaria dan isteri Imran menazarkan anak-anak lelaki untuk berkhidmat buat agama, andai kiranya ia dikurniakan seorang anak lelaki?

(Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria,

yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.

Ia berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku.

Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang istriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putra,

yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridhai”.

Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.”

(Surah Maryam [19]:2-7)

(Ingatlah), ketika istri Imran berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitulmakdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

(Surah ali Imran [3]:35)

Tapi masyarakat kita hari ini, “menazarkan” anak-anak mereka untuk menjadi peserta Akademi Fantasia, Mentor, One in a Million, dan sebagainya.

Maka salahnya bukan pada Sufiah seorang, tapi juga salah kita. Wallahu a’lam

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

27 Responses to Pandangan saya terhadap kes Sufiah Yusuf

  1. Nasron al-Jauhari says:

    Kebanyakan dari kita lupa atau tidak sedar betapa kesilapan mendidik anak-anak banyak menyeret ibu bapa ke dalam api neraka di akhirat kelak. Na’uzubillahi min zalik. Semoga dijauhkan perkara-perkara buruk sebegitu dari kita semua. Amiin.

  2. Bayan says:

    Ya, Saya juga berpendapat begitu. Budaya sosialisasi zaman moden memungkinkan anak-anak tidak lagi memandang agama dan budaya sebagai akar pembinaan sesebuah kehidupan.

    Kisahnya, ada kempen yang akan dibuat untuk menyelamatkan Sufiah. Apa yang perlu diselamatkan? Akidah?

    Bukankah itu seperti meludah ke muka para pemimpin di negara ini. Sistem pendidikan yang bagaimanakah yang menghasilkan pelajar sebegini?

    Saya juga tertanya, benarkan pembiayaan pengajian punca utama Sufiah bertindak demikian atau memang itu pilihan hatinya?

  3. Zaheedah says:

    Salaam bro,

    I would think that the cause stemmed from a multitude of reasons, such as a domineering father, an education history with peers many years her senior, and probably a rebellious flaw in her personality.

    If we are to consider society’s role in her downfall, I would say we have to consider UK’s Muslim society, or maybe even worldwide, as she really made headlines all over the world.

    So, in my point of view, I don’t really think the situation afflicting our Malay Muslims in this part of the world affected her in any way.

    Wallahu A’lam.

  4. Pingback: Syamsulariff.com » Koleksi gambar Shilpa Lee Sufiah Yusuf genius matematik

  5. Siti Intan Baizura says:

    Salam sejahtera. Masyarakat tidak sepatutnya lantang mencemuh atau menempelak Sufiah kerana mengikut kata hati/nafsu atau kerana kedangkalan agamanya(belum tentu beliau dangkal tentang Islam), tidak juga perlu kita membawa beliau pulang ke Malaysia kerana beliau dibesarkan di UK dan sudah sebati dengan keadaan di sana. Fikirannya akan lebih bercelaru. Kita juga tidak tahu apa yg dilakukan ibu dan ayahnya terhadapnya sehingga beliau memberontak sebegini.Cuma kita mengharapkan golongan muslim yg terlibat dgn kesatuan agama Islam di UK(malaysians or non-malaysians) cuba mendekatkan diri dgn beliau dan menggiatkan aktiviti yg membimbing muslimin di sana.Jgn dibiarkan hanyut. Satu pengajaran untuk ibu bapa supaya jangan menekan anak2 supaya memuaskan cita-cita ibu bapa tetapi seharusnya diberi ruang utk kanak2 menjadi kanak2 yg normal.

  6. faridul says:

    Sebenarnya tulisan ringkas saya, fokusnya adalah mudah. berbanding kita menyalahkan orang itu orang ini, alangkah baiknya kita muhasabah diri kita.

    Menjawab soalah Zaheedah, maka kesimpulan saya ialah justeru gesaan supaya kita muhasabah diri.

    Menjawab cik Siti Intan Baizura, maka itulah sebabnya saya bawakan pandangan Presiden Persatuan melayu United kingdom, Hamidi Abdul Rahman, seraya menyeru supaya kita semua muhasabah.

    Anda tak percaya bahawa masyarakat ada peranannya di sini? Tunggu, akan saya bawakan dalil-dalilnya, betapa kita adalah sebuah “system”, bukannya “stand-alone”. Hingga bila rosak seseorang itu, masyarakat sebagai “system” harus cermin diri juga.

  7. kipp says:

    Ya! saya sokong dengan hujah en.faridul di atas. Masalah yang berlaku sekarang ini seakan mengajar anak-anak tidak perlu berfikir dan kalau boleh biarkan dia dengan dirinya (kebebasan kononnya). Akhirnya bila terjadi semacam ini, masing-masing memburukkan mereka, dan terus membanggakan anak-anak yang terloncat2 dan tergedik2 dalam TV yang kononnya mereka ini berbakat…. Astaghfirullah hal’azim…

  8. Pingback: Kisah Sufiah dan Kita « Psittacula Alexandri

  9. SAAD says:

    Seorang pelacur berkata, “aku lebih baik daripada kebanyakan perempuan yang engkau kenal. Aku menjual tubuh untuk meneruskan hidup. Mereka melakukannya konon kerana cinta. Putus cinta, mereka akan berpindah daripada seorang lelaki kepada seorang lelaki yang lain. Apa beza mereka dengan aku?”.

  10. Cleo says:

    Seperti kata2 Hitler, tiada satu pun tentera didunia ini yg boleh melawan/menentang kekuatan akal fikiran… dr situ sudah kita ketahui bahawasanye,
    setiap sesuatu yg berlaku, adalah atas kerelaan diri sendiri… jika dikatakan sufiah jahil didlm islam, adakah sufiah juga jahil apa yg dilakukan nye itu adalah salah… pelacuran juga ditentang oleh setiap agama… jadi pikirkan lah siapakah yg harus dipersalahkan…

  11. Musaddad says:

    Assalamualaikum wbt….Emmm berkaitan isu sufiah …Ana jgk sependapat dengan apa yang di katakan di atas. Mungkin terdapat sebab2 @ faktor2 lain yg mybbkan sufiah memilih jln itu..Ana percaya org spt sufiah tidak mudah melakukan sesuatu pkr itu tanpa faktor2 yg mybbkan dia amik tindakan itu. Tapi perbuatan yg dipilih itu tetap salah di sisi agama. Janganlah kita mengata secara melulu sesuatu pkr itu sblm kita mengetahui kesahihannya…Sekiranya betul dan benar sama2lah kita berdoa semoga sufiah kembali kepangkal jalan…Pintu taubat sentiasa terbuka..Dengan terbongkarnya kegiatan sufiah ini, bermakna Allah masih sayangkan dia. Jadi peranan kitalah sekarang ini untuk menyelamatkan sufiah dari kegiatan yang tidak bermoral itu. Mudah2an Allah memberi kemudahan untuk kita melakukannya. Ameen….

  12. violetflora says:

    Dalam kes sufiah ni, kalau nak didik anak-anak kita kenalah seimbang. jangan suruh anak-anak pikul beban yang tak sepatutnya semata-mata nak cipta keajaiban kononnya.

  13. jumie says:

    Saudara, izinkan saya link ulasan ini dalam blog saya.TQ

  14. haslina says:

    salam..saya tidak mahu komen aper2..tapi bg saya…satu kerugian bila perempuan sepandai Sufiah akhir nyer jadi begitu…sedih dan amat terkejut bila baca pasal kisah dia sekarang..semoga ada hamba2 ALLAH di sana yg dapat membimbing dia kembali kejalan yg benar..AMIN..

  15. Nik says:

    salam.

    Untuk menggerakkan sebuah kereta dengan sempurna, semua bahagian harus berfungsi dengan sempurna juga. Andainya spark plug dah haus, alamatnya akan tersedut-sedutlah kereta kita.

    Begitulah perumpamaan yang dapat saya cacatkan untuk renungan kita semua, betapa dalam hidup ini, kita ‘not stand alone’.

    Lihat sahaja masalah lain dalam masyarakat kita. Masalah yang membelenggu para pelajar – ponteng, rempit, dadah dan pil khayal, berpeleseran, sex luar nikah dan mengandung; adakah kita sebagai anggota masyarakat ambil peduli.

    Selagi kita mengamalkan sikap jangan jaga tepi kain orang, kubur masing-masing, lu lu gua gua, selama itulah kita tidak akan tenang, baik di atas dunia ini maupun setelah mati.

    Di dunia, kita bingit telinga, pedih mata, sakit otak, bimbang tak sudah takut-takut anak sendiri yang terjebak.

    Di akhirat kita lagi berat, bila Allah menyoal tentang apa peranan kita, apa yang dah kita buat, apa usaha kita untuk mengelakkan semua masalah ini daripada menghancurkan masyarakat kita.

    Sebagai anggota masyarakat, kita memang bertanggungjawab ( tanggung dan jawab ) atas semua masalah ini, tak banyak, sikit!

  16. Anie says:

    salam… banyak sangat komen berjela… mudah je tanya diri, masyarakat dan negara serta sistem yang kita amalkan. muhasabah dan bertindak dengan waras.

  17. imimiz says:

    salam..kes sufiah yusof…masyaallah..allahuakbar maha suci Allah tuhan sekelian alam tunjukkan lah olehmu kebenarannya yg terselindung .AMINN

  18. courfeylia says:

    bg aq mslh ni b’punce dr byk sbb. famili dan p’sekitaran tp semua 2 akan berbalik pd diri kita sendiri…
    n bg aq ape pun yg die wat kite x leh nk judge sesuka kite jek coz maybe klo kte d tmpt die kte mybe wat cm die or lbih truk dr 2….
    doa kn yg die akan kmbali ke jln yg btl.

  19. miss iman says:

    alah tuh ko pikirlah sendiri sufiah

  20. abu shafiyyah says:

    Salah satu doa yang di ajar oleh Nabi kepada Abu Bakar sidiq ” Ya muqallibal Qulub, sabits qolbi a’la deenik ” ertinya “wahai yg membolak balikan hati, tetapkan hatiku pada agama Mu” hati kita seumpama pada dua jari Allah (maha suci Allah yang tidak menyerupai makhluk).Hari ini kita boleh taat, mungkin esok kita durhaka pada Allah. Hidayat mutlak di tangan Allah, tidak semestinya orang kafir mati di dalam kekafirannya. Bila-bila masa Allah boleh beri hidayat. Kepada saya, Sufiah, para responden dan seluruh umat Nabi, curigailah iman kita sendiri. Sejauhmanakah perintah dan larangan Allah kita turuti. Syaitan akan berusaha untuk rosakan iman kita hingga ke nafas terakhir, hanya Allah yang boleh selamatkan kita.sama-sama lah kita membaharui iman kita dengan banyak memperkatakan “La ila ha illallah” al-hadis tafsiran Ibn Abbas mendakwahkan Kalimah dan letak harap pada rahmat Allah serta takut kemurkaan Allah, jangan lupa berdoa.-amin

  21. neuosi says:

    kesilapan kita yang paling besar, pada umur 15 tahun, dia melarikan diri, UK putuskan keluarga angkatnya adalah penganut kristian yang kuat, sejak itu, sufiah tak tinggal dgn keluarga asalnya…

    bayangkanla apa yg diajar oleh keluarga angkat tu, lebih baik duduk dgn keluarga angkat muslim, leh lah sufi tu belaja2 munasabah diri sendiri.. ni agama darjah satu pun belum tentu lepas.

    salah famili sufiah sendiri, tak fight back, salah kaum muslim uk juga tk amik berat.salah kita juga biarkan dia…

  22. hmmmm says:

    hmmm…
    Mula2 baca rasa macam nak baca sampai habis…tapi bila terbaca kat ayat persetankan, berambuslah….terus tak de mood…Islam tak pernah mengajar kita umat islam untuk menggunakan bahasa yang kasar…entahlah but for me, that not the best way to describe a thing or phenomena…guna la ayat yg lebih baik, kan ke Islam tu lembut…cuba gunakan kelembutan tu untuk menarik minat org lain untuk membaca blog anda…maaf sekiranya teguran saya membuat and berkecil hati…tapi selaku saudara seIslam, saya hanya mengingatkan…wallahualam…

  23. Dini Syarif says:

    Assalamualaikum wbt…

    Pendapat saya; saya tak rasa perkataan yang digunakan dalam pos ini kasar. Biasa saja.

    ‘Persetankan’ atau ‘berambuslah’ boleh diertikan sebagai ‘lantakkan’ atau ‘peduli apa’. Rasanya tidak kasar. Cuma mungkin perkataan sebegitu jarang digunakan, jadi maksudnya sering disalahtafsir.

  24. zara says:

    salam.
    maaf,sy kurang bersetuju dgn pndapat di atas.
    perkataan “persetankan”, “berambuslah” n sumpamanya bg sy memang kasar.bayangkn kalau kita umat islam berdakwah menggunakn perkataan tersebut…adakah org lain berminat nk dengar perkataan sebegini?
    Islam mengajar penganutnya berlemah-lembut dlm berbicara.sekian…

  25. hazim says:

    mungkin kita x boleh salahkannya.. tapi mungkin..

  26. orkid says:

    sapa yang salah sebenarnya???????????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s