[mari membela Islam]: Reaksi saya terhadap filem “Fitna”

Saya bukannya sapa-sapa. Bukan seorang novelis mahupun sasterawan terkemuka. Bukan ulama’ atau mereka yang ahli dalam ilmunya. Bukan juga perdana menteri mahu pun menantunya yang lebih berkuasa (haha..). Bukan, bukan.

Makanya, jika ada cetusan pandangan dan pendapat saya yang anda kurang berkenan, dan terbukti berbeza pandangan dengan para ulama’ yang tersohor, maka maklumilah, dan ambillah pandangan para tokoh yang tentunya saya tururt kagumi itu. Tapi, bila mana hujah saya hanya tak berkenan di hati anda, maka jadikanlah dalil-dalil atau petikan maklumat yang membawa saya kepada kesimpulan terbabit, sebagai bahan muhasabah dan renungan bersama.

Lantaran saya bukanlah sapa-sapa, saya sering terlambat, atau, lebih tepatnya, “sengaja lambat” dalam memberi komentar tentang sesuatu isu, lantaran saya lebih suka membaca dan mengambil ibrah pandangan tokoh-tokoh terlebih dahulu. Lantas, seperti yang telah dinasihatkan oleh sekian ramai orang supaya saya meringkaskan tulisan saya, saya simpulkan pendapat saya berkenaan reaksi dan respon yang harus dan wajar diberi terhadap filem Belanda bertajuk “Akhirat”, oh maaf… filem Akhirat itu filem merapu terbitan Malaysia, filem “Fitna” sebagai berikut:-

1) Saya bersetuju dengan saranan untuk memboikot barangan Belanda. Bahkan, kempen memboikot barangan Amerika dan Israel pun saya usahakan untuk turut serta.

Biarpun ada hujah sesetengah pihak bahawa hanya kerana seorang yang buat silap, satu negara ke harus dihukum? (lebih kurang gitu), saya fikir begini, boikot adalah aktiviti sementara. Apabila kerajaan Belanda merasakan tamparan boikot, mereka akan lebih bertegas dengan pengeluar filem itu berbanding sekarang. Orang lain di Belanda juga akan lebih waspada dalam menerbitkan sebarang filem, cerita mahupun tulisan yang menghina Islam. Dengan boikot, kerajaan dan rakyat mereka akan lebih menghormati Islam dan lebih bertegas terhadap para pembiadab yang menghina Islam.

Bukankah hukum hudud dilaksanakan di hadapan umum supaya orang lain turut gerun dan mengambil pelajaran tidak melakukan kesalahan jenayah itu? Lantas, mengapakah dalam isu boikot, ada pihak yang tidak melihat ke arah seperti itu?

Juga sikap lemah lembut itu adalah sesama Muslim, sedang dengan kuffar (harbi), kita harus keras dan bertegas.

“Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Maidah [5]:54)

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka..” (Surah al-Fath [48]:29) 

Nah, kenapa tiba-tiba kita “melemah” pula? Berlemah-lembut dengan bersikap lembik, sungguh dua hal yang berbeza.

2) Namun, saya kurang setuju jika action kita hanya demo dan boikot sahaja. Sepatutnya main action kita adalah menerangkan kembali tentang kekeliruan mereka terhadap Islam, sama ada melalui pembikinan dokomentari, sama ada melalui artikel, sama ada melalui perbahasan, dan yang seumpamanya. Saya lihat, action inilah yang sering diabaikan oleh umat Islam.

Jika setiap kali reaksi kita demikian ada pihak menghina Islam dengan mengaitkannya dengan keganasan adalah berdemonstrasi, maka masyrakat yang sedia keliru akan hanya membenarkan tuduhan tersebut lantaran melihat reaksi umat Islam yang memangnya kelihatan ganas. Kenapa tidak kita kemukakan tuduhan-tuduhan yang mengaitkan Islam dengan keganasan itu, dan kita terangkan atau jawab satu persatu?

Saya tidak nampak tv menjawab tuduhan-tuduhan filem “Fitna” lagi, melainkan melaporkan reaksi umat Islam semata-mata sambil bertanya pendapat tokoh-tokoh tertentu berkenaan filem ini. Lantas, adakah hal ini membantu menjawab salah-faham masyarakat Barat.

Berapa ramai yang sanggup download filem itu lewat Youtube dan sebagainya, hanya supaya dia bisa marah dengan filem itu, bukan supaya dia tahu apa hujah dan tuduhan filem “Fitna”, lantas dia berusaha menyanggah tuduhan-tuduhan tersebut? Berapa ramai orang yang sudah melihat filem itu hanya memberikan respon kemarahan, berbanding memjawab segala kesalah-fahaman itu?

Maaf, saya sendiri belum menontonnya. Namun saya difahamkan -betulkan jika saya silap- antara lain filem itu mengatakan bahawa al-Quran memerintahkan untuk membunuh orang kafir di mana sahaja. Benar, al-Quran menyebut demikian. Dalilnya:-

“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu di mana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah di tempat pengintaian. Jika mereka bertobat dan mendirikan salat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah at-Taubah [9]:5)

Tapi, kenapa tidak kita terangkan bahawa masyarakat harus melihat konteks ayat tersebut, iaitu para musyrikin yang memerangi umat Islam, dalam situasi sedang berperang. Juga, kita harus perhatikan sambungan ayat itu.

“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian antarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.” (Surah at-Taubah [9]:6)

SubhanaLLAH, ajaran mana lagi yang mengajarkan umatnya supaya bukan sahaja melindungi musuh yang meminta perlindungan kepada kita, bahkan mengiringinya dan mengawal keselamatannya sampat ke tempat nan selamat? Bukankah tatkala kita menjawab kekeliruan ini, mereka bukan sahaja lebih faham, bahkan tampak langsung keindahan Islam yang tersembunyi?

Itulah sebabnya, dalam apa-apa kes, apa-apa isu, saya sering memperingatkan anda dan saya, bahawa kita pun ada salahnya. Marilah kita tukarkan dan terjemahkan ketidak puas hatian kita terhadap “Fitna”, kepada suatu usaha untuk membela Islam dengan cara mempersiapkan jawapan terhadap segala tuduhan mereka.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to [mari membela Islam]: Reaksi saya terhadap filem “Fitna”

  1. somebody says:

    saya seorang insan yang x berapa nk mampu untuk berkata kata ngan hebat cm KNB..cmnepun, at least sy try boikot barang dorg…boikot SHELL, DUTCH LADY and PHILIP..antara produk utama mereka..yang mane dok gile ngan air kotak tu mcm aku ( br semalam minum), tuka2 la minum anlene ke, milo ke, anlene sedap woo even aku mude lagi..aku pun dh suruh bpk aku isi minyak kt petronas…mmg CELAKA dorg nih..br brutal bro..eeheheheheh…boikot la brg len cm KFC and MCD , COKE (air gas yang bhn kimia sngt tinggi dan digunakan untuk mencuci tandas, membersihkan kwasan berdarah if terdapat eksiden di jalan raya, malah, nk bwk syrup coke tu je, kene ade pelapik cm aluminium ke pe tah, sebab die mengakis dlm skala yang sngt2 tinggi!!)..fastfood plak x cilap aku tujuan untuk menggemukkan org2 islam supaya gemok dan malas berjuang..ini le cara psykologi dorg..dorg pun aku dengar bukan minum coke sngt..coz dorg tau x elok..=)

  2. abu shafiyyah says:

    Seorang Arab badawi datang ke Masjid nabi , lalu dia kencing, sahabat menjadi marah , Nabi suruh biarkan dia habis2 kencing. lepas baru nabi tegur dia. Dalam satu pertempuran ali berlawan dengan musuh! setelah ali hampir memancung kepala musuh, ali telah di ludah! pada ketika tu ali terhenti! musuh tu bertanya kenapa ali tak jadi membunuh nya, Ali memberi tahu musuh tadi di khawatir membunuh musuh tu bukan kerana Allah tetapi kerana nafsunya. Beribu riwayat sebegini- coba tuan puan pikirkan.

  3. ikhwan says:

    saya bukanlah bijak pandai yang ingin mengomen tentang filem ini tapi cuma mahu berkongsi apa yang bermanfaat :

    (copy dan paste utk tontonan)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s