SEPASANG MATA

 SEPASANG MATA

Faridul Farhan Abd Wahab “yang buta, justeru mata hati mereka”

 Adakah anda tahu hubungan antara dua biji mata anda? Mereka berkerdip bersama, bergerak bersama, menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama, meski pun mereka tidak pernah melihat di antara samu sama lain. Perhubungan juga seharusnya begitu. Kehidupan bagaikan neraka tanpa insan bernama “kawan”.

Mesej di atas ada banyak benarnya. Sepasang mata, biar tidak pernah melihat antara satu sama lain (tanpa bantuan elemen pantulan -cermin, air, mata orang dan sebagainya- tentunya) tidak pernah melihat pasangannya. Namun, mata yang normal, melaksanakan semuanya bersama. Ertinya, sepasang mata itu menjalankan aktivitinya sebagai sebuah “system” , bukan secara “stand-alone”.

Justeru, itulah yang diajarkan oleh Islam. Bukankah Nabi SAW yang mulia telah memperingatkan, seorang muslim dengan saudara sesama muslimnya yang lain, umpama tubuh badan yang satu? Begitu satu anggota merasa sakitnya, maka seluruh dirinya harus minta MC daripada pergi bekerja pada hari itu. Tidak pernah ada MC untuk sebahagian anggota badan sahaja daripada pergi bekerja.

Bukankah Nabi SAW yang mulia telah memperingatkan, seorang muslim dengan saudara muslimnya umpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh? Di Antara satu bata dengan bata yang lain, mungkin berbeza dari segi kekuatan materialnya, tetapi lihatlah bagaimana mereka saling melengkap, saling memperkuat dan saling mengutuhkan seluruh bangunan yang mereka bina bersama itu. Di antara dinding yang terbina dengan bata, dengan tiang-tiang bangunan, dengan bumbung, sungguh berbeza dari segi komposisi kekuatannya, tapi justeru kita tidak mengenali mereka, melainkan sebagai sebuah bangunan, demikian antara mereka saling memperlengkap dan memperkuat sebahagian lain, hingga benar-benar jadi “bunyanul marshus” yang diucapkan oleh Nabi kita tadi.

Hinggakan, tidak akan pernah anda terjumpa ayat al-Quran yang mana ALLAH Azza Wa Jalla berfirman “ya aiyuhallazi aman” “wahai orang yang beriman”, tetapi bahasa yang digunakan oleh ALLAH justeru adalah “ya aiyuhallazina amanu“wahai orang-orang yang beriman“. Kerana seruan, peringatan dan perintah ALLAH tidaklah tertakluk pada seseorang individu semata-mata, tetapi justeru kepada sebuah komuniti atau masyarakat yang membentuk “system kehidupan” itu. Kerana ajaran al-Quran itu justeru untuk dihidupkan, dilaksanakan, dibumikan oleh “seluruh tubuh badan” bukan “angota badan tertentu” sahaja. Kerana, yang namanya kisah kehidupan ini, adalah sebuah “system” yang melibatkan ramai orang sebagai tunjang utama juga watak tambahan, bukan “stand-alone” semata. Apakah ada mutu sesebuah filem yang hanya dibintangi seorang pelakon semata-mata, tanpa adanya pelakon pembantu, hatta pak pacak sekalipun?

Lantas, ketika al-Quran menceritakan tentang umat yang terbaik (surah 3:110), perhatikan bahawa mereka menjadi terbaik tatkala mereka memainkan peranan mereka dalam “system” kehidupan ini. Kerana mereka sedar, tatkala hidup ini dibiarkan bersifat “stand-alone”, jangan jaga tepi kain orang menurut istilah nasionalis melayu, kebebasan beridentiti menurut masyarakat Barat, maka balasan ALLAH akan menimpa mereka jua, bukan sang perosak dan pesalah semata-mata (surah 8:25). Bukankah Nabi SAW telah memperingatkan akan peranan anak-anak kapal dalam menyelamatkan salah seorang anak kapal yang mahu melubangi kapalnya, dengan alasannya tak perlu susah payah naik ke atas untuk mendapatkan air?

Maka, agar masyarakat kita kembali sihat, mainkanlah kembali peranan sepasang mata. Yang berkerdip bersama, bergerak bersama, menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama, meski pun mereka tidak pernah melihat di antara samu sama lain. Itulah sepasang mata yang sihat. Sedang mata yang bereaksi berlainan dengan pasangannya, hanyalah mata sang gila bernama “the Rock.” Anda adalah manusia, bukannya “batu.”

p/s – ini adalah ulasan saya terhadap ulasan saya terhadap isu Sufiah. Saya tetap berpendapat –berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith yang saya kemukakan di atas- bahawa setiap kita harus muhasabah diri sejauh mana sumbangan kita dalam merungkai masalah seperti kes si Sufiah, angka murtad, peningkatan jenayah, gejala social dan sebagainya. Tidak wajar kita hanya berlepas tangan dan pantas menuding jari pada sesetengah pihak semata-mata. Wallahu a’lam
 

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s