[email]: jawapan saya terhadap soalan berkaitan ikhtilat

From: xxx

Sent: 17 June 2008 09:40
To: ‘faridul’
Subject:

 

Ustaz dol,

 

Aku nak tanye ni, soalan daripada kawan aku. Ape hokum nye

 

1)      Berempat (2laki 2 pompuan) dlm 1 bilik besar yg dlmnye ade 2 bilik berasingan?

2)      Berempat (2laki 2 pompuan) dlm 1 bilik besar?

3)      Berempat (2laki 2 pompuan) tengok tv tengah2 malam?

 

Pe hukumnye ustaz Dol.

 

From: faridul [mailto:faridul@jimahev.com]
Sent: 17 June 2008 11:51
To: xxx

Subject: RE:

 

Dari Wabishah bin Ma’bad R.A berkata:
Aku datang kepada Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Apakah engkau datang untuk bertanya tentang kebajikan?” Aku berkata; “Ya.” Beliau bersabda; “
Mintalah fatwa kepada hatimu. Kebajikan adalah apa yang menjadikan tenang jiwa dan hati, sedangkan dosa adalah apa yang menggelisahkan jiwa dan menimbulkan keraguan dalam hati, meskipun orang-orang terus membenarkanmu.”
(Hadith Hasan yang diriwayatkan dari Musnad Imam Ahmda bin Hanbal dan Masnad Imam ad-Darimi dengan sanad hasan)

 

Sebelum menjawab hukum dalam setiap kes yg membabitkan ikhtilat (pergaulan/percampuran) Antara lelaki dan perempuan, mari kita ambil satu guide line mudah dalam mengambil hukum, agar kita secara umum boleh menyimpulkan apakah hukum untuk setiap kes yang timbul.

 

Syariat itu muncul (yakni hukum-hukuman) sebenarnya untuk menjaga 6 perkara:-

1.       Untuk menjaga agama, maka itulah sebabnya murtad dilarang, itulah sebabnya jihad diwajibkan untuk menjaga ekstensisi agama, dll.

2.       Untuk menjaga jiwa, itulah sebabnya ada undang2 qishas untuk orang yg membunuh. Itulah sebabnya tak leh bunuh diri, itulah sebabnya takleh buat kerja-kerja/permainan-permainan yang membahayakan jiwa kita

3.       Untuk menjaga akal, itulah sebabnya arak diharamkan, juga dadah, dsb

4.       Untuk menjaga harta, hinggakan dalam hadith sahih, barangsiapa yg mati dlm mempertahankan hartanya, dia dianggap mati syahid. Itulah sebabnya riba’ tak dibenarkan, disuruh berzakat utk menyucikan harta, dll

5.       Untuk menjaga nasab keturunan, itulah sebabnya zina diharamkan, agar nasab keturunan kita jelas

6.       Untuk menjaga ‘iffah(harga diri). Itulah sebabnya disuruh menutup aurat kita juga aurat (aib) orang lain. Dilarang menuduh orang lain tanpa bukti dan dikenakan hukum qazaf (sebat) pada sang penuduh yg menuduh tanpa bukti, dsb. Itulah sebabnya seorang suami yg dayus, tiada tempat di dalam syurga.

 

Dengan memahi tujuan sesuatu hukum diwartakan oleh agama seperti di atas, barulah –insyaALLAH- kita akan appreciate system Islam yg sebegitu teliti mahu menjaga keharmonian agama, jiwa, akal, harta, keturunan dan harga diri manusia.

 

Maka soalan anda, sepertimana FAQ yang lain-lain misalnya apa hukum lelaki naik satu kereta dgn wanita, dll., boleh terjawab daripada “fatwa hati kita” sendiri. Bagaimana? Begini.

 

Katakan kita sudah bernikah, dan kita sangat-sangat-sangat mencintai isteri kita. Apa perasaan kita andai melihat isteri kita sembang dengan kawan sepejabat lelakinya dalam nada gelak ketawa, siap tepuk-tepuk bahu lagi? Apa perasaan kita andainya isteri kita selalu outstation naik satu kereta dgn kawan lelaki satu pejabatnya? Apa perasaan kita andainya kat ofis isteri kita, dia dok sebilik dengan lelaki? Dsb.

 

Tidakkah kita merasa jealous? Islam, dalam banyak hal bahkan menuntut suami isteri untuk saling jealous. Sebab jika tak jealous, seperi dalam kes-kes di atas, wajar saja kita dipanggil lelaki dayus. Dalam hadith Nabi SAW;

Diriwayatkan dari Mughirah bin Syu`bah ra., ia berkata:

Sa`ad bin Ubadah berkata: Seandainya aku mendapati seorang lelaki bersama istriku, maka aku akan menikam orang itu dengan pedang tanpa ampun. Sampailah ucapan Sa`ad tersebut ke telinga Rasulullah saw., lalu beliau bersabda: Apakah kalian kagum dengan kecemburuan Sa`ad? Demi Allah, aku lebih cemburu daripadanya dan Allah lebih cemburu lagi daripadaku. Demi kecemburuan itulah, maka Allah mengharamkan segala kejahatan baik yang tampak maupun yang tersembunyi. Tidak ada yang lebih cemburu daripada Allah, dan tidak ada seorang pun yang lebih menyukai pengampunan daripada Allah. Demi itulah Allah mengutus para rasul sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan. Dan tidak ada seorang pun yang lebih menyenangi pujian daripada Allah, dan demi itulah Allah menjanjikan surga
(Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2755)

 

 

Tapi, dalam banyak hal juga, Islam melarang suami isteri untuk saling jealous; seperti dinyatakan dalam al-Quran;

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikaruniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Karena) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(Surah an-Nisa’ [4]:32)

 

Hal yang tak sepatutnya kita jealous misalnya, seorang suami tak sepatutnya jealous dgn isterinya yg tidak bekerja utk menjaga anak, dgn merasakan bahawa diri dia sahaja sibuk sebab kerja sedangkan isterinya tak kerja so tak sepatutnya letih dsb, dan harus melayan sang suami dgn sebaiknya. Dan pd masa yg sama seorang isteri tak patut merasakan suaminya tak seletih dirinya yg memasak, mengemas rumah, menjaga anak dsb. Bila masing2 suami isteri tak jealous bahkan memahami peranan pasangan masing-masing, kelebihan masing-masing 9seperti yg dinyatakan ayat Quran di atas tadi), maka suami isteri akan saling bergilir, bekerjasama bangun malam tatkala anak kecik mereka menangis misalnya, tanpa berkira sapa yg lagi letih. Lihat, sebegitu cantik Islam menyusun system rumahtangga, hingga andai saja kita ikut system yg diatur al-quran dan hadith ini, apakah mungkin akan timbul isu cerai-berai seperti yang terjadi dgn maraknya hari ini?

 

Masalahnya masyarakat kita hari ini, kita jealous dalam hal yang tak sepatutnya kita jealous, dan tak rasa jealous bahkan rasa biasa-biasa saja dalam hal yg kita disyariatkan utk jealous.

 

Maka, untuk soalan anda, sekali lagi, pertanyakan hatimu, apakah andainya isteri anda di situasi itu, anda akan berasa jealous?

Ini kirana hukum itu bisa berubah. Dan di atas keimanan (mengikut perintah dan meninggalkan larangan), ada pula level/maqam taqwa, yakni meninggalkan perkara yg harus, lantaran kuatir akan membawa kepada yang haram. Seorang isteri misalnya akan mengelak bersembang dgn ex-boyfriendnya misalnya, biarpun mereka bersembang urusan kerja dengan kehadiran ramai org disekitarnya, demi menjaga hati suaminya, demi menjaga keharmonian rumahtangganya. Itulah darjat taqwa, moga kita bisa sampai kepadanya.

 

“hai orang2 yg beriman, bertaqwalah kamu kepada ALLAH dgn sebenar2 taqwa, dan janganlah kamu mati, melainkan kamu mati sebagai seorang Muslim.”

(Surah ali Imran [3]:102)

 

Thank you.

 

“The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever” -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

 

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab

Senior Engineer

JIMAH O&M SDN. BHD.

2 x 700MW Coal Fired Power Plant Project

 

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s