Isu Sumpah: Kita yang tidak adil

Faridul Farhan Abd Wahab “Sulitnya berlaku adil..”

 

Cadangan Sahibus Samahah Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin –untuk sekian kalinya- menarik perhatian kita semua. Cadangan yang timbul dek kerana isu pertuduhan liwat terhadap “perdana menteri dalam penantian” Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang Nampak seakan tidak berkesudahan, tentunya jika dilihat dari sudut yang positif (baca: baik sangka) adalah cadangan seorang insan yang ingin melihat adanya kesudahan. Namun, reaksi dan respon terhadap cadangan Dr. Asri itu sebenarnya yang menarik (atau merungsing?) pandangan saya.

 

Apatah lagi ketika sejumlah individu mengeluarkan kenyataan yang bertentangan, atau/dan tidak bersetuju dengan cadangan Dr. Asri itu. Ini termasuklah peguam Zulkifli Nordin, bekas mufti Wilayah Ustaz Hashim Yahaya, serta tokoh terkemuka, Ustaz Harussani sang Mufti Perak. “itu cadangan dari orang yang terlebih pandai,” begitu kenyataan Mufti Perak seperti yang dilaporkan oleh harakahdaily. Lantas, kenyataan-kenyataan dan perbezaan pandangan ini, pantas menjadi modal buat mereka yang “tidak sebulu” dengan Dr. Asri untuk mentohmah, memaki, menghamun, mencela dan mengejek-ejek mufti muda itu.

 

Saudaraku,

Sedarkah kita, reaksi kita sepanjang melayani drama politik mutakhir ini, terutamanya dalam isu sumpah, menampakkan betapa kita sukar berlaku adil, di saat kita sering menuntut keadilan ditegakkan?

“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Maidah [5]:8)

 

Ketika kita mengatakan dengan penuh sinis betapa cadangan untuk bermubahalah itu sebagai cadangan “dari orang yang terlebih pandai,” bukankah kita juga turut mengejek tokoh-tokoh lain yang membenarkan cadangan sumpah itu, termasuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga Timbalan Ketua Pemuda PAS ustaz Nasruddin Tantawi? (rujuk: http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/)

 

Nah, jika benar Dr. Asri patut dicela, adakah Tuan Guru Nik Aziz patut dicela sama, lantaran beliau turut membenarkan cadangan sedemikian? Jika tidak, apakah adil namanya mencela, mengeji dan mengejek satu pihak sahaja sedangkan pihak yang lain turut berpandangan yang sama?

 

Dan tatkala kita bersependapat dengan Mufti Perak bahawa Anwar tidak perlu bersumpah, lantaran sang penuduh harus terlebih dahulu mengemukakan bukti, bukankah kita sekali lagi berlaku bias lantaran tatkala Azhar Mansor dituduh sudah murtad dan ingin membaptiskan sejumlah umat Islam, kita pantas marah dan meminta dia bersyahadah secara umum, tanpa kita sendiri mengemukakan apa-apa bukti bahawa beliau sudah murtad?

 

Bagaimana kita? Kita yang mahu pada Islam, tapi kita sahaja bias dan tidak mampu berlaku adil. Bagaimana bisa sang pemimpin yang hanyut dalam arus dunia dan jauh dari pantai bernama Islam, mampu menegakkan keadilan seperti yang kita minta? Moga ALLAH memberikan petunjuk buat kita semua.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s