Malaysia dari perspektif “negara Islam Madinah”

Maaf, kebelakangan ini saya bukan sekadar sibuk, bahkan terlalu sibuk hingga untuk duduk depan pc saya di ofis sahaja, sudah tidak ada masa lagi.

Saya suka bertanyakan pada saudara, mungkinkah Lim Kit Siang menjadi perdana menteri dalam masa 5 tahun akan datang?

Saya yakin, sama ada anda penyokong BN mahupun orang Melayu Islam penyokong Pakatan Rakyat, tentunya jawapannya seakan “mustahil”, apatah lagi di saat oarang Melayu melahirkan kemarahan dan kegemaran berhubung isu pembukaan kuota 10% buat non-bumi di UiTM. Kenapa,? Kerna Uncle Lim kita bukannya bumiputra tentunya.

Kenapa? Kerna Uncle Lim kurang “ketokohan” dan “karasmetik” untuk meyakinkan lebih 50% penduduk bumiputra untuk menerimanya sebagai Perdana Menteri. Lantas, kita Melayu Malaysia melihat perdana menteri selain dari bangsa kita, justeru suatu hal yang teramat mustahil hendaknya, sekurang-kurangnya untuk tidak untuk tempoh 5 tahun mendatang ini.

Mari bandingkan dengan Madinah di saat Nabi SAW dan muhajirinnya berhijrah. Pada peristiwa itu sahaja tergambar ketokohan baginda, kehebatan “jentera kempen” umat Islam, karasmetik golongan minoriti bernama Anshar di MAdinah, selain percaturan da perencanaan Politik yang luar biasa.

Jika kita merasakan betapa tidak memungkinkan sebuah parti Islam memerintah negara berbilang kaum seperti Malaysia, justeru kita harus belajar “formula” yang diguna pakai oleh “Parti Islam Anshar + Muhajirin” yang bukan kelompok majoriti Madinah, tapi bisa mengangkat seorang “non-bumiputra” bernama Muhammad SAW sebagai pemimpin negara, sekaligus mengecewakan “tokoh tempatan” bernama Abdullah bin Ubai bin Salul (yang kemudiannya mengasaskan United Munafiqin Nation Organisation). Sungguh, politik Nabi SAW sangat luar biasa!

Mari kita belajar dari sirah Nabi, dan berusaha mencontohinya, dan membuang jauh dari diri kita kesombongan, keangkuhan, kebongkakan, dan sikap suka beralasan setiap menyikapi sebarang kegagalan.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Malaysia dari perspektif “negara Islam Madinah”

  1. poj@n says:

    cis..
    United Munafiqin Nation Organisation..?
    bajet x kantoi..
    hahaha..

  2. clever soul says:

    dah ada pun. idham lim ADUN titi seorang dan Anwar Tan ADUN di kelantan.

    But MUST be MUSLIM.

    Soalnya, anda mampu berdakwah ke?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s