Ukhtiku Maya Karin

Alhamdulillah, akterss terkemuka Maya Karin sudah selamat melangsungkan perkahwian dengan jejaka pilihannya beberapa hari yang lepas.

Kira-kira seminggu sebelumnya, akhbar tempatan melaporkan betapa Maya Karin tidak meminta apa-apa daripada bakal suaminya sebagai hantaran. Bahkan majlis respesi (betul ke aku eja ni?) perkahwinannya yang akan di adakan kelak, turut menekankan konsep “sederhana” lagi sempoi. Yang lelakim silakan anda berselipar. “Be your self!” begitu katanya.

Nampaknya trend yang sama -alhamdulillah- berlanjutan, sejak primadona Melayu Erra Fazira turut menampilkan sifat sederhaa, cukup al-Quran sebagai barang hantaran untuk perkahwiannya.

Tidakkah anda berasa malu, wahai saudari-saudari muslimahku, tatkala aktress sahaja yang tetunya tidak ditarbiyah rutin seperti anda, tidak terbiasa dengan program dakwah seperti anda, bahkan masih membuka aurat tidak seperti anda, namun bisa memudahkan pernikahan mereka, dengan tidak meletakkan sebarang harga sebagai hantaran perkahwinannya. Tapi berlainan pula dengan kita. Sedarkah anda berapa ramai mujahid dakwah terpaksa menagguhkan hajat menyempurnakan separuh daripada agamanya, hanya lantaran tidak cukup kewangan bagi memenuhi “tuntutan” hantaran daripada orang berfikrah seperti anda.

Maka bilakah masanya akan muncul baitul muslim yang kita dambakan dan kita sama-sama wawarkan, yang, justeru bakal menjadi batu loncatan wujudnya mujtamiul muslim (masyarakat islami) yang kelak mendokong dan menyokong penubuhan sebuah daulah islam?

Buat uktiku Maya Karin, ku ucapkan doa penganti seperti mana diajarkan Nabi buatku; “barakaLLAHu lak wa baraka ‘alaik, wa jama’akuma fi khair”

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Ukhtiku Maya Karin

  1. af_feirays says:

    pembetulan:

    1. majlis resepsi

    2. wa jama’a bainakuma fi khair

    🙂

  2. Faridul says:

    JazakaLLAH khairan af-feirays.

    kalau tak silap, af_feirays ni ex-UTP kan? betulkan kalau ana silap.

  3. af_feirays says:

    ana student uia. he..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s