Menjadikan “cinta” langkah permulaan

 

الفترة بعد المجاهدة : من فساد الابتداء

Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !

 

Begitulah para ulama’ dakwah kita menyimpulkan fenomena gugurnya, hilangnya, pudarnya para aktivis dakwah dari pentas perjuangan dan pengorbanan, begitu berlalunya masa dan dibukanya khazanah dunia kepada mereka. Fasadul ibtida’ (permulaan yang tidak betul) itulah yang antara lain menentukan tetap tegarnya aktivis menyoroti perjuangan yang tersangat berat: apa lagi kalau bukan istiqamah!

 

Hingga, ALLAH Azza Wa Jalla mengingatkan orang-orang beriman, betapa andai saja mereka kembali mundur daripada deen yang membentuk dan mengatur kehidupan mereka, kelak ALLAH akan mendatangkan generasi pengganti, yang ciri pertamanya sahaja sudah menampakkan rahsia dan pusat perjuangan mereka: cinta!

 

“Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah al-Maidah [5]:54)

 

Atas landasan cinta inilah, para hizbullah (parti ALLAH) menapaki langkah perjuangan mereka. Ya, mereka memulakan kisah perjuangan, dengan dasar cinta buat ALLAH semata. Hingga andai kau tanyakan padaku, akan mengapa aku tegar menjadi engineer, ku kan katakan padamu, kerana ALLAH! Dan kerana cinta dan niat suci itulah, ku bisa istiqamah di atas prinsip perjuangan, teguh melawan unsur-unsur yang bertentangan, dan sabar meniti medan perjuangan.

 

Hingga, bila kau tanyakan kepadaku, bagaimana bisa aku bergelar mahasiswa hingga meraih Ijazah, ku katakan padamu, kerana ALLAH! Dan di atas ketulusan niat dan cinta itulah, aku tetap bisa membahagikan masaku untuk dakwah, lantas memenuhi tuntutan tafaqquh fiddeen iaitu untuk litundziru qaumahum (rujuk surah 9:122), yakni memperingatkan, mendakwahi dan mentarbiyyah kaumku dengan nilai-nilai dan semangat juang seorang Islam.

 

Ya, itulah langkah permulaanku. Ku berada di sini, kerana cintanya ku pada risalah suci ini. Bukan sekadar mengisi masa lapang, atau mengharapkan jodoh lewat baitul muslim, atau ikut-ikut kawan, atau untuk memikat muslimah sekian-sekian, atau sekadar untuk berpersatuan…. Tidak! Tidak! Kerana dengan rosaknya “langkah permulaan”, kelak akan pupuslah semangat mu itu, untuk tetap tegar di atas jalan dakwah.

 

Maka perbaikilah dan luruskanlah niatmu itu, wahai mujahid dakwah!

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to Menjadikan “cinta” langkah permulaan

  1. syah says:

    subhanallah..tulisan ustaz mampu membuatkan sesiapa saja tersentuh.

    teruskan menulis ustaz…

  2. rahilah says:

    subhanaALLAH..hiba rasa hati membaca tulisan ini.moga hati ini juga bisa istimrar di jalan ini.tiada sebab lain melainkan kerana cinta…

  3. Edward says:

    Assalam Alaikum, hope that you have a great Ramadan

  4. zarifah says:

    subhanAllah….segalanya indah kerana Allah…semoga diriku juda istiqomah di jalan Allah……….insyaAllah

  5. Bunga Rampai says:

    Segala puji bagi Allah.
    Tulisan ini meredup rasa.
    Alhamdulillah.

    Salam 🙂

  6. srikandi says:

    subhanallah..

    subhanallah..

    subhanallah..

  7. Pingback: Semangat Salju… « Almuhandisi’s

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s