Salam Raya

Adik-adik saya menerima hadiah baju raya. Alhamdulillah, rezeki untuk mereka. Biar pun pada saya kualitinya biasa-biasa saja, namun harganya masyaALLAH, sampai mencecah berpuluh ringgit juga.

Bagi saya, saya beraya dengan baju melayu yang terakhir dibeli ketika masih menuntut di USM. Itupun dipakai sehari-hari. Harganya pun -seingat saya- tidak mencecah RM40 pun.

Alhamdulillah, biarpun kini menjawat jawatan Senior Engineer, saya tetap terbiasa dengan gaya hidup begini. Meningkatnya status dan kedudukan duniawi, tidak bererti cita rasa dan gaya hidup harus diubah. Tidak bermakna baju baru setiap kali raya, yang harganya harus mencapai ratusan ringgit.

Raya sebenarnya adalah raya fuqara” wal masakin (para orang fakir dan miskin). Lantas, tidak malukah saya andai raya menjadi medan mempamer kemewahan dan membelanjakan harta untuk kemegahan?

Salam aidil fitri buat semua. taqabbalaLLAHu minna wa minkum!

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Salam Raya

  1. Bunga Rampai says:

    Salam Aidilfitri,

    Selamat Hari Raya,
    maaf zahir dan batin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s