[sudut ilmu]: Amalan Salah Menyambut Raya

Beberapa hari lagi hariraya menjelang tiba. Kebanyakan orang Islam di Malaysia membuat pelbagai persiapan untuk diri, keluarga dan rumah-tangga. Pakaian-pakaian, makanan-makanan, minuman-minuman dan perhiasan-perhiasan rumah. Tidak ketinggalan menyediakan sampul-sampul dan duit-duit raya untuk kanak-kanak. Mungkin ramai yang berbelanja secara luar-biasa kerana MENYAMBUT HARIRAYA. Mereka yang begini termasuk pemimpin-pemimpin masyarakat, ustaz-ustaz dan tokoh-tokoh agama.

Mereka bermewah-mewah dan berluar-biasa di hari-raya. Mereka sebenarnya sudah lupa atau tidak faham maksud BERPUASA dan hikmah BERHARI-RAYA. Mereka tidak bersikap qana’ah dan jauh dari amalan zuhud yang terpuji. Mereka melanggar makna hari-raya iaitu hari-raya untuk golongan faqir dan miskin
(عيد الفقراء والمساكين) (Raya golongan tidak mampu dan tidak berada).

Sikap kebanyakan orang Islam (di Malaysia) berhari-raya begini ialah mengabaikan golongan faqir dan miskin serta menyinggung golongan yang tidak mampu. Malah memilukan lagi perasaan golongan tidak berada. Sikap begini menyebabkan musnah maksud BERPUASA Ramadhan, hancur hikmah BERHARI-RAYA. Hilang makna ZAKAT FITRAH dan tidak berjiwa PUASA-ENAM. Semua jadi lagha dan tiada kesan positif terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

Sikap menyedia dan memberi duit raya juga amat buruk kesannya. Perhatikan dan dengarkan cakap-cakap, bisik-bisik dan perbualan kanak-kanak mengenai duit raya si anu dan duit raya si polan. Sikap kanak-kanak berhari-raya kini lebih bertujuan mengutip duit dari berziarah silatul-rahim. Seolah-olah meminta sedekah secara senyap dan terhormat. Didikan bid’ah ini merosakkan jiwa kanak-kanak. Melatih mereka ke arah DUIT. Hidup kerana DUIT dan untuk DUIT. Ibadat dapat DUIT, ziarah dapat DUIT dan bermasyarakat demi duit.

Fikir-fikirkanlah.

Sumber: http://siyasahsyariyah.blogspot.com/. Blog ini adalah kelolaan ayahanda saya, Dr. Abdul Wahab Arbain

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to [sudut ilmu]: Amalan Salah Menyambut Raya

  1. Assallamu’alaikum Wr.Wb.
    Terimakasih informasinya.
    Sesungguhnya yang Anda ceritakan juga terjadi di Indonesia, dan mungkin juga di negara-negara Muslim lainnya.
    Mereka terjebak dalam konsep Pematerian-Agama, atau agama hanya diukur dari aspek materinya saja.
    Oleh karena itu, menjadi tugas kita sebagai Muslim untuk mengingatkannya.
    Wassallamu’alaikum Wr.Wb.
    Untuk berbagi informasi silahkan klik “Sosiologi Dakwah” di http://sosiologidakwah.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s