[kenyataan peribadi]: Rancangan “Gadis Melayu” TV9

TV9 telah memperkenalkan sebuah rancangan realiti tv terbarunya iaitu rancangan “Gadis Melayu” yang bersiaran setiap hari Khamis,pada  jam 9.30 malam. Rancangan yang dihoskan oleh “jejaka melayu” kacak si Fahrin Ahmad ini, konon menggunakan format ala AF juga iaitu penyingkiran demi penyingkiran setiap minggu, hingga kelak seorang daripada kalangan peserta akan dinobatkan sebagai “Gadis Melayu”, entah sama ada yang lainnya (peserta yang kalah) kurang Melayunya, atau apa?

 

Saya kemudiannya diminta mengeluarkan komentar tentang rancangan “Gadis Melayu” ini. Berikut, komentar ringkas daripada saya:-

 

1)      Saya secara peribadi masih kurang jelas akan motif, tujuan dan format pertandingan atau pun rancangan Gadis Melayu (selepas ini diringkaskan sebagai AWEKZ) ini. Apa sebenar yang dicarinya? Apa sebenar yang ingin dihasilkannya? Ke mana hala tuju dan tujuannya? Mungkin penerbit rancangan AWEKZ ini boleh perjelaskan lagi konsep dan format AWEKZ ini kepada para penonton.

2)      Saya juga kurang mengikuti perkembangan AWEKZ ini, namun apa yang saya faham, setiap minggu peserta AWEKZ didedahkan dengan berbagai macam kemahiran, misalnya kemahiran berzanji, kemahiran memasak, kemahiran memimpin, dan sebagainya. Cadangan saya, perbanyakkan menguji peserta AWEKZ dalam skill yang selama ini menjadi semacam “syarat wajib” kepada gadis melayu, memasak misalnya.

Pada saya, adalah satu keaiban tatkala seorang gadis melayu tidak pandai memasak.

Juga, seorang gadis melayu seharusnya pandai menjaga anak selain menguruskan rumah tangga. Ini telah terbukti sejak zaman berzaman di mana orang-orang tua kita, biar pun menikah dalam usia yang sangat muda (di bawah usia 20-an), namun ianya tidak menjadi penghalang untuk mereka untuk menjadi ibu yang baik biar pun dalam usia yang masih sangat muda. Ini membuktikan betapa skill rumahtangga merupakan antara elemen yang sangat penting yang harus dititik-beratkan pada seorang gadis melayu.

3)      Saya juga menyedari bahawa salah seorang juri rancangan AWEKZ mewarnakan rambutnya. Pada saya, tidak seharusnya seorang gadis melayu mengada-ada dengan mewarnakan rambutnya. Ini menunjukkan ia tidak mempunyai keyakinan diri, sehingga terpaksa mewarnakan rambut ala seorang wanita barat.

Maka, sebarang peserta AWEKZ yang mewarnakan rambut sangat harus disingkirkan, termasuk juga jurinya.

4)      Tahniah kepada penerbit rancangan AWEKZ kerana memilih seorang ustazah sebagai salah seorang juri rancangan. Diharapkan agar ustazah Siti Nor Ba’yah diberikan peranan yang lebih besar dalam menentukan kriteria gadis melayu.

5)      Saya mendoakan semoga ciri-ciri gadis melayu yang ingin diketengahkan oleh rancangan AWEKZ ini akan benar-benar menjadi bench-mark kepada gadis-gadis melayu di luar sana. Semoga trend mewarnakan rambut ala wanita barat yang digilai remaja hari ini, akan bertukar kepada trend yang lebih tradisi, dan moga rancangan AWEKZ ini bisa mewujudkannya.

 

kenyataan ini dikeluarkan sebagai memenuhi permintaan saudara asadullah. Jangan jadikannya kenyataan rasmi. Masih banyak bahasa “pasar” di dalamnya.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to [kenyataan peribadi]: Rancangan “Gadis Melayu” TV9

  1. che-mie says:

    saya bosan tngk cerita ni

    entah apa yang di carinya pada gadis melayu

    musyikil

  2. bazla' says:

    memang ia kurang bagus… tapi rasa kurang elok kalau hentam terus2… bagi saya Islaam ada cara lebih baik untuk menegur…. paksa orang untuk berubah secara mendadak adalah bukan fitrah… Islaam kan fitrah… salaam

  3. hamba-NYA says:

    salam..

    just happen to read ur blog..
    n wonder,
    mngapa isu mewarna rambut sgt2 diketengahkan?
    walhal puncanya ialah kerana tidak memakai tudung atau tidak faham erti sebenar menutup aurat..
    maka yg perlu kita risau ialah isu tidak menutup aurat iaitu prkara yg lebih asas dlm islam..

    wallahu’alam

  4. boleh tahan le cita tu

  5. iznan says:

    tak yah tengok tv langsung lagi bGUUS

  6. tak tengok tv langsung macam mana nak tahu berita …tak kan nk baca paper je

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s