Boikot KFC & McD: Memperkasa ekonomi umat

Bukan calang-calang kempen memboikot produk US dan pro-Zionis kali ini. Jika dulu kempen memboikot ini disambut dingin, namun kini umat bisa bersatu hati bersatu suara, untuk menzahirkan soladaritas buat saudara seiman di Palestin.

Namun, yang tetap menjadi perbahasan ialah keberkesanan serta efek sampingan bilamana umat “berpatah arang berkerat rotan” dengan produk gergasa sang pemonopoli industri makanan dunia; siapa lagi jika bukan KFC serta McD. Di satu segi, sambil hakikat kebenaran tetap harus kita akui, betapa restoran tersohor dan mendunia itu benar-benar turut menyumbang terhadap ekonomi umat, seperti membantu perniagaan para penternak ayam, memberikan peluang pekerjaan buat anak-anak muda menjadi pelayan restoran, selain sumbangan-sumbangan kemasyarakatan yang tidak bisa kita lupakan, namun hakikat ekonomi US turut menyumbang kepada penyembelihan rakyat Palestin, tidak harus kita lupakan begitu sahaja. Begitu orang membuat bising akan bakal hilangnya “periuk nasi” sebahagian besar pengusaha Islam di negara kita, usahlah kita lupa janji yang telah diutarakan oleh ALLAH ketika menyikapi kes yang hampir sama:-

“Wahai orang beriman, sesungguhnya orang-orang Musyrik itu Najis, maka janganlah mereka dibenarkan menghampiri Masjidil haram setelah tahun ini…”

Bukankah melarang orang Musyrik meneruskan lumrah haji mereka tahun ke tahun di Baitullah, bakal menghancurkan ekonomi umat yang selama ini bergantung kepada mereka sebagai para pelanggannya, selain mencipta reputasi “barbaric”nya umat Islam? Lantas ALLAH menjawab keresahan ini:-

“..jika kamu takut miskin, maka kelak ALLAH akan mengkayakan kamu daripada kurnianya…” (Surah at-Taubah [9]:28 )

Nah, sudahkah kalian lupa akan janji ALLAH? Atau, apakah kalian kini meragui jaminan ALLAH?

Namun, menyikapi “syariatullah” (janji Tuhan ini) tidak harus melupakan kita pada “sunnatullah” (hukum alam). Lantas, persediaan dan persiapan ke arah itu: menyediakan alternatif kepada umat begitu hancurnya kelak kekuatan ekonomi KFC dan McD, harus menjadi agenda penitik-beratan kita bersama.

Saya mencadangkan, semua di antara kita yang benar-benar serius untuk memboikot KFC dan McD ini, menginfakkan secara bulanan RM10 misalnya kepada tabung yang kelak menjadi dana buat digunakan untuk menawarkan buat usahawan-usahawan bumiputra untuk membuka rangkaian francais makanan segera semisal KFC. barangkali cabaran terbesar yang dihadapi para pengusaha kita selama ini, ialah kekurangan dana. Nah, dengan diperkasakan dana, mudah-mudahan lebih ramai usahawan kita bisa membuka rangkain restoran “Radix Fried Chicken” misalnya atau “marrybrown” atau “FC PKNS shah alam” di tempat-tempat lain, sekaligus memberikan alternatif kepada umat untuk menjamah selera, mengembalikan ekonomi para penternak ayam, selain menawarkan kembali peluang pekerjaan kepada rakyat jelata.

Siapa tahu, bahkan boikot restoran US serta kekuatan dana ini, memungkin kita pula yang membeli saham KFC dan McD, sehingga keduanya kemudian tidak lagi menjadi restoran bermuara US, sebaliknya menjadi hak milik orang Islam.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

10 Responses to Boikot KFC & McD: Memperkasa ekonomi umat

  1. alhamdulillah, pendapat yang sama anda utarakan. baru2 ini di kampus saya telah di adakan “talk” berkenaan Palestin dari orang yang katanya memperjuangkan isu Palestin. Menyedihkan bila mana orang itu kata tidak perlu sangat boikot produk-produk yang menjadi punca sumber rezeki umat Islam. SEDIH! PILU! TERGURIS HATI!

    Boikot ini berkaitan dengan masalah akidah. Kalau rezeki sahaja tidak yakin ianya datang dari ALLAH, usah cerita soal lain.

    Tahniah sekali lagi atas isu yang di bangkitkan.

    TERUSKAN MEMBOIKOT!

  2. al_insan says:

    assalamualaikum ya akhi, ana ade terbaca satu blog yang memberikan maklumat bahawa KFC adalah syarikat malaysia cuma mereka perlu membayar yuran penggunaan jenama sahaja kepada KFC US. ana sendiri tidak dapat menyelidik jauh cuma pihak yang memberikan respon ini katanya dia ada contact dengan pegawai kanan syarikat yang mempunyai saham terbesar di KFC….http://shoufamrhossam.blogspot.com/2009/01/manusia-bodoh-yang-memboikot-makanan.html

  3. mofaha says:

    Salam ziarah from Southampton..akhi, dah lama kita x jumpa yer..

  4. faridul says:

    Akhi al-insan,
    itu kita sedia maklum, maka itulah sebabnya duit kita still menyumbang kepada US.
    Cuma ana fikir, kita harus lihat “out of the box”. Begini, kenapa tidak kita umat Islam take over atau membeli KFC induk pula, apatah lagi di saat ekonomi US tgh gawat?
    Lihatlah saja bagaimana Danone menjual saham bahagian biskutnya spt. Chipsmore, Jacob’s dsb kepada KRAFT. Maka kenapa tidak KFC kemudiannya menjadi milik umat Islam?
    Mungkin filem “secret of my success” lakonan Michael J.Fox boleh dijadikan ibrah buat kita. Bagaimana syarikatnya yang asalnya hendak di take over oleh syarikat lain, kemudian dia pula yang membeli dan “menelan” syarikat itu.
    JazakaLLAH khairan al-insan di atas komentarnya..

  5. faridul says:

    Akhi Fauzi (mofaha),
    InsyaALLAH ana akan ke UK bulan April ini. Mungkin kita boleh ketemu?

  6. qdetactive says:

    boikot sekali barangan mesir yang perangai macam yahudi juga

  7. mofaha says:

    Akhi, ana pun ada dgr berita nta nak dtg sini(UK) bulan April..InsyaAllah, kita jumpa nanti…kalau sempat, kita buat program kat tempat ana – Uni of Southampton.
    sila add id ym ana: fauzi_kms
    boleh kita discuss lebih2 nanti

  8. Pingback: boikot or not to boikot : IIUM Bloggers

  9. anna says:

    ada org dah mula xnak boikot skng..
    inilah jiwa org m’sia

  10. angah says:

    Salam,

    Setuju dgn Al_Insan, KFC di Msia sudah dimiliki oleh Johor Corp, so mcm mana tu? takleh kita taklid je dgn org yg tak mengkaji. Wallahua’lam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s