Buat Exco Perak: Renungkan Konferensi Davos

Aneh, sangat aneh. Setelah berhari-hari  2 ADUN yang juga EXCO Perak tidak dapat dihubungi, lalu begitu Speaker Dewan Undangan Negeri Perak mengumumkan betapa mereka sudah meletakkan jawatan dan berundur sebagai ADUN diumumkan, pantas saja mereka “memunculkan” diri, bahkan dengan nada marah sekali. Marah kepada sang Speaker kerana konon mengeluarkan kenyataan dan maklumat palsu. Walhal, setahu saya, “bos” mereka lah yang sepatutnya marah, lantaran “orang bawahannya” menghilangkan diri tanpa berita, dengan tidak dapat dihubungi, hampir seminggu lamanya.

 

Tanyakanlah kepada majikan mana pun, apakah tindakan yang seharusnya dikenakan kepada pekerja dan orang bawahan yang menghilangkan diri tanpa berita berhari-hari lamanya? Lalu, di manakah salahnya kerajaan Perak mengumumkan kosongnya 2 kerusi tersebut, lantaran 2 ADUN itu sentiasa gagal untuk dihubungi? Alih-alih, begitu kata mereka berundur, muncul pula suara mereka. Suara dengan status dan pendirian yang masih samar-samar sama sekali.

 

Alangkah malunya kita dengan belahan bumi sebelah sana. Dengan seorang Reccip Tayyib Erdogan, sang Perdana Menteri Turki, yang begitu gagahnya bersuara terhadap rakan sejawat Zionisnya. Yang begitu tegas meninggalkan Konferensi serba berat sebelah Davos itu. Yang begitu “berpendirian” sehingga ALLAH lunakkan hati para rakyatnya untuk berdiri di belakangnya, menyatakan sokongan buat pemimpin tercinta mereka.

 

Atau, apakah “sedekah seks” itu lebih memikat berbanding ganjaran abadi Ilahi Rabbi, lantaran amal berterusan lagi ikhlas mereka? Ingatlah, begitu kita beramal kerana ALLAH semata, sokongan rakyat jelata akan sentiasa bersama kita, insyaALLAH.

 

“Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang gaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.

(Surah at-Taubah [9]:105)

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s