LAPANG DADA

LAPANG DADA

Engr. Faridul Farhan Abd Wahab “Moga ALLAH melapangkan dadaku”

 

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِنْ رَبِّهِ ۚ فَوَيْلٌ لِلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

“Maka apaakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

(Surah az-Zumar [39]:22)

 

Ketika ALLAH berbicara tentang mereka yang telah dipilih oleh-Nya untuk menerima hidayah Islam daripada-Nya, Dia mengatakan “barangsiapa yang dilapangkan dadanya untuk menerima Islam.” Dilapangkan dadanya. Begitulah sang empunya risalah menggambarkan faktor penting kepada masuknya hidayah ke dalam diri seseorang. Dia tidak mengatakan “dipandaikan orang itu untuk menerima Islam” misalnya, atau “dilapangkan otaknya” misalnya, tetapi faktor yang Dia sebutkan di dalam kalamNya, justeru adalah “dilapangkan dadanya.”

 

Itulah sebabnya, demikian Nabi Musa berdoa memohon perbekalan kepada ALLAH, demikian bersiap menggalas perintah berhadapan dengan sang penguasa zalim bernama Firaun, yang pertama sekali didoakan ialah agar dilapangkan dadanya, berbanding menyebut permasalahan utama yang dihadapi olehnya: ketidak fasihan lidahnya!

 

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي

وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي

وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي

يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Surah az-Zumar [20]:25-28)

 

Maka kerana itulah, demikian ALLAH menyambut doanya Nabi Ibrahim agar risalah tarbiyah dikemukakan buat anaknya Ismail dan zuriatnya (Surah 2:129), lantas aturannya setelah mentilawahkan ayat-ayatNya, harus “mensucikan mereka” dahulu berbanding mengajarkan ilmu dan hikmah (surah 2:151, surah 62:2). Kenapa? Kerana tanpa tazkiyah (kesucian jiwa), ilmu yang ada sekadar digunakan untuk berdebat dan berbahas dengan orang semata. Akulah yang paling sunnah! Akulah yang paling salaf! Akulah jemaah Islam pilihan! Konon-kononnya. Sedang kesucian itu mengundang kelapangan dada, dan kelapangan dada itu justeru syarat, terimanya hujah, terimanya kebenaran, tunduknya pada firman Tuhan, lalu menjadilah ia insan pilihan Tuhan.

 

Jika bukan kerana kelapangan dada, nescaya Umar al-Khattab tidak akan pernah menerima bangkangan seorang wanita yang tidak bersetuju ketika seorang Umar ingin menetapkan mahar, di-standardize-kan untuk semua wanita. Jika bukan kerana kelapangan dada, nescaya Nabi Daud tidak akan pernah mendengar buah fikiran anaknya Nabi ALLAH Sulaiman demikian dihadapkan dengan permasalahan dua orang peladang, atau Nabi kita SAW tatkala dicadangkan untuk memilih kolam air sebagai tempat berkubu demikian sampai di medan Badar.

 

Maka dengan kelapangan dada jugalah, apalah salahnya kita mengambil peduli rintihan para pemilik KFC Holdings misalnya, yang mengeluh tentang kempen boikot Israel & Amerika yang turut melibatkan mereka, sedang mereka –katanya- adalah sebenarnya sebuah syarikat tempatan, milik anak tempatan, yang memiliki rangkaian restoran milik KFC Holdings di bumi bertuah Malaysia ini. Jika sesebuah bank di Malaysia dikatakan perbankan Islam bergantung kepada jumlah persennya dalam urusannya dengan bank konvensional (kerana tiada bank di Malaysia yang bebas 100% dengan dunia konvensional. Bukankah mother bank di Malaysia ialah Bank Negara?), maka mungkin para ulama’ kita, para pemimpin gerakan dakwah, apa pun namanya, atau para mufti dan majlis fatwa kebangsaan, perlu untuk duduk bermujahadah memikirkan fatwa yang tepat kepada kempen boikot Israel dan Amerika ini.

 

Qaradhawi sudah pun mengeluarkan fatwanya. Mungkin kita harus rincikan lagi fatwa itu, apakah syarikat-syarikat US milik anak tempatan misalnya harus diboikot, biar pun saham yang dimiliki induknya hanya 1 ke 2 persen? Sebagaimana kaedah bank yang ada persen-persen tertentu yang menentukan islam atau konvensionalnya perbankan mereka, mungkin persen-persen tertentu juga diperlukan untuk menentukan US tak USnya sesuatu produk itu, yang kemudiannya menentukan harus atau tidaknya ia diboikot.

 

Mari kita lapangkan dada kita, bersama-sama menjayakan kempen boikot Israel dan US ini, namun pada masa yang sama, melapangkan dada mendengar rintihan mereka, sambil berijtihad memikirkan fatwa yang terbaik buat memberi keadilan kepada mereka. Moga ALLAH memberikan hidayahNya kepada kita semua.

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to LAPANG DADA

  1. qalamfajr says:

    jazakallah khayr akhi.

    very meaningful insight insha-Allah. perkara2 yg kadang-kadang kita ter-overlook dlm kehidupan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s