Persidangan bawah pokok ada dalam al-quran dan sejarah

Persidangan DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac 2009 mengingatkan saya kepada peristiwa Bai’ah di bawah pokok semasa Rasulullah masih di Mekah. Malah, meruntun saya merujuk kepada al-Qur^an tentang peristiwa tersebut.

Allah menyatakan peristiwa serta hati-hati mereka yang terlibat dengan Bai’ah tersebut dalam Surah al-Fath, ayat 18:

لقد رضي الله عن المٶمنين ٳذ يبايعونك تحت الشجرة فعلم ما فى قلوبهم فأنزل السكينة عليهم وأثابهم فتحا قريبا

Terjemahan: “Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin, ketika mereka berbai’ah dengan kamu di bawah pohon, lalu Dia mengetahui apa yang di dalam hati mereka, kemudian Dia menurunkan ketenangan ke dalam hati mereka dan memberi ganjaran kepada mereka dengan kemenangan yang dekat.”

Bai’ah adalah peristiwa yang amat-amat penting dalam politik dan perancangan Rasulullah sebelum berhijrah ke Madinah. Justeru, para pengunjung yang beriman patut mengambil pengajaran dari peristiwa Bai’ah tersebut. Hayatilah firman Allah tersebut untuk panduan dalam perjuangan.
dipetik dari: http://siyasahsyariyah.blogspot.com/
Faridul: point saya, “persidangan” bawah pokok tu justeru memang ada di dalam al-Quran. Adakah sama persidangan DUN Perak dengan “sahabat-sahabat bai’atur Ridhwan”, itu isu yang lain. Jangan campur-adukkannya

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s