SAMBUTAN HARI BUMI

SAMBUTAN HARI BUMI

Faridul Farhan Abd Wahab “keluarlah dari ‘kegelapan’ Jahiliyah”

Semalam, seantero dunia menyambut Hari Bumi dengan memilih untuk bergelap seketika, tepatnya selama satu jam sahaja. Jika anda tanya saya pendapat saya tentang sambutan Hari Bumi ini, dengan memadamkan lampu selama satu jam, bermula 8.30 malam hingga 9.30 malam, konon untuk mengurangkan pembebasan haba yang dihasilkan oleh lampu-lampu yang dinyalakan, pada saya, semuanya itu tidak lain melainkan sebagai satu tindakan yang serba mengarut!

Kenapa saya bersikap begini? Pertama, pengarah urusan (atau entah apa jawatan sebenarnya) sebuah rangkaian t.v berkempen di dalam salah sebuah stesyen t.v miliknya, supaya kita sama-sama memadamkan t.v kita bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam. Anehnya, daripada 4 rangkaian t.v miliknya (kita namakan sahaja channel 3, 7, 8 dan 9), hanya satu sahaja channel t.v miliknya –channel 8- yang tidak menyiarkan sebarang rancangan untuk tempoh waktu itu. Yang 3 lainnya, tetap meneruskan drama, berita, dan seumpamanya, sedang sang pengarah beria benar mempromosikan supaya rakyat marhain menutup t.v masing-masing. Tidakkan dia pernah mendengar firman ALLAH “..kamu suruh manusia mengerjakan kebaikan, tapi kamu lupa akan dirimu sendiri?” (Surah al-Baqarah [2]:44) Nah, jika benar ikhlas hendak menyelamatkan bumi, kenapa masih tidak sanggup menutup langsung semua siaran di semua rangkaian t.vnya?

Jika di hospital, wajar jika lampu tetap dinyalakan, kerana menutup lampu di hospital tentunay akan membahayakan beribu-ribu nyawa pesakti, dan itu tentunya berlawanan dengan prinsip Islam yang menolak kemudharatan dari menimpa manusia umumnya. Jika lampu isyarat meneruskan operasinya, itu wajar, kerana kebinasaan, kemalangan dan seumpamanya bisa berlaku andai sahaja ada makluk yang sebegitu bodoh mahu menyarankan semua alatan elektrik termasuk lampu isyarat dipadamkan di waktu malam, yang lebih banyak membawa malapetaka berbanding kebaikan. Tapi saya tidak nampak langsung di mana mudharatnya siaran t.v dihentikan sementara, seperti yang dilaung-laungkan oleh pengarahnya, seakan tanpa t.v, beribu-ribu manusia akan mati kelaparan atau kesakitan, lantaran begitu daruratnya peranan t.v kepada makhluk bernama manusia.

Kedua, jika benar sayangkan bumi, kenapa dibiarkan sahaja kilang-kilang yang banyak mengeluarkan pencemaran daripada beroperasi? Para “pengeluar” pencemaran dibiarkan berleluasa, lantaran mendatangkan keuntungan buat individu-individu tertentu, tetapi rakyat marhain pula harus berkorban, dengan bergelap seketika selama satu malam, sedang di kalangan mereka ada anak-anak kecil yang tentunya sangat merbahaya andai dibiarkan mereka berjalan mahupun bermain dalam gelap pekatnya malam, hanya bersinarkan cahaya bulan. Yang kaya tetap menyalakan lampu mewah mereka, yang miskin harus sebegitu taat dengan “permainan” dan “drama” para orang kaya. “..mengapa kamu cakap apa yang kamu sendiri tidak perbuat? Amat besar kebencian di sisi ALLAH, kamu perkatakan apa yang kamu sendiri tidak perbuat.” (Surah as-Shaff [61]:2-3)

Ketiga, dan inilah poin saya yang paling penting sekali, tahukah anda, sedarkah anda, bahawa lampu-lampu “fancy” dan serba indah yang dipasang dirumah, menggunakan tenaga (kilowatt) sekitar 2 kali ganda berbanding lampu Kalimantan biasa (baca: murahan). Bila mana lampu-lampu fancy ini menggunakan tenaga yang lebih, bermakna ia mengeluarkan haba yang lebih banyak berbanding lampu Kalimantan murahan biasa. Nah, apakan dengan anda bergelap selama 2 jam, bermaksud anda telah mengeluarkan haba yang kurang berbanding terang-benderangnya rumah saya, yang hanta berlampu Kalimantan murahan? Bayangkan dalam masa sejam (kerana bil kita dikira mengikut kilowatt jam) anda telah mengeluarkan haba lebih 2 kali ganda berbanding lampu saya, maka dalam sebulan, berapa banyak damage yang sedang anda lakukan terhadap bumi kita yang tercinta ini? Dan tiba-tiba anda merasakan bergelapnya rumah anda selama sejam, sudah menyelamatkan keadaan, sedangkan rumah anda tetap membebaskan haba yang lebih banyak berbanding rumah saya?

Maka bukankah lebih tepat, kita wajibkan rakyat menggunakan lampu Kalimantan biasa sahaja di rumah-rumah berbanding lampu fancy-fancy yang menjadi kegilaan anda? Sudahlah dari segi kos pun ia lebih jimat, dari segi kecerahan ia lebih cerah, selain lebih menyelamatkan bumi berbanding lampu-lampu fancy mahal yang anda pasangkan di rumah, itu baru betul jika benar anda sayangkan bumi kita ini.

Ada lagi, lupakanlah membeli sofa-sofa dan kerusi-kerusi mewah, kerana dengan itu anda menumbangkan pokok-pokok, lantas menipiskan ozon bumi kita? Nah, anda anggap saya ekstrem ketika rumah saya tiada katil, tiada perabot, tiada kerusi dan seumpamanya. Anda anggap saya teruk lantaran kurang bersetuju dengan kempen bergelap yang disahut oleh makhluk bumi sedunia? Tetapi anda sendiri yang sibuk berkempen untuk menyelamatkan bumi, lantas kenapa anda berbeza pandangan pula kini?

Sambutan Hari Bumi yang dianjurkan sebenarnya lebih bersifat corrective, sedangkan dunia sekarang ini lebih mengambil pendekatan preventive. Nah, kawal betul-betul kilang-kilang, nasihati betul orang-orang kaya agar tidak perlu menggunakan lampu-lampu mewah serba fancy serta aircond, sebagai langkah preventive daripada memudharatkan bumi kita. Bukan menyuruh rakyat marhain sekali lagi untuk bergelap dan berkorban di atas kesombongan dan mengaut keuntungan anda, sekadar sebuah corrective measure semata-mata.

Maka marilah kita sambut Hari Bumi, dengan memakmurkan bumi dengan iman dan taqwa. Moga ALLAH mengasihani kita, dan hanya ALLAH yang bisa menyelamatkan kita semua.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s