Nasihat saya terhadap fenomena “tidak layak untuk berdakwah”

“Yang lebih aku fikirkan adalah untuk berkongsi “nikmat” dakwah yang aku rasakan, berbanding memikirkan “layakkah” aku untuk menyampaikan dakwah kepada mereka?

Persoalannya –pada aku- sejak dari dulu ialah persoalan dan keinginan untuk bagaimana mahu “memberi”, berbanding sesetengah orang yang asyik dengan persoalan “layak” atau tidak.

Seperti ketika aku menjadi suami kepada isteriku yang sedang mengandung. Aku lebih asyik memikirkan bagaimana aku mahu “memberi” kepada anak-anakku, berbanding hampa dengan persoalan “layakkah aku menjadi seorang ayah”?

Mungkin inilah penghayatanku terhadap hadithnya Baginda Nabi “Sampaikanlah daripadaku biarpun sepotong ayat.”

Jika kepetahan adalah criteria kelayakannya (untuk berdakwah), apakah Nabi ALLAH Musa layak berdakwah, sedang ia sendiri memohon kepada ALLAH dengan doa kefasihan lidah (doa “Rabbisy rahli shadri..”) serta dilantiknya Harun sebagai pembantu, yang lebih petah berbanding dirinya? Jika kecukupan ilmu adalah syaratnya (untuk berdakwah), bukankah kerana tidak cukup ilmu itulah, ALLAH perintahkan Musa untuk mencari Khidir? Namun, kerana soalnya dakwah ialah “memberi”, maka Musalah yang terpilih untuk menyampaikan dakwah, bukan Khidir, kepada “mad’u (objek dakwah) yang paling sulit sekali”: Firaun!

Nah, apakah aku sekarang merasa lebih besar daripada Musa, sedang ia –dengan segala kekurangannya- berhadapan dengan Firaun, sedang aku, hanya berhadapan dengan manusia biasa.”

–          (Faridul Farhan Abd Wahab “Apakah ada manusia yang layak di kalangan kita?”)

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Nasihat saya terhadap fenomena “tidak layak untuk berdakwah”

  1. Tukang Fikir says:

    betul.. teruskan usaha

  2. человек почвой источники says:

    Trimas atas nasihat yg AMAT2 berguna ini..moga2 leh apply ntuk dri sndri n mad’u2 iAllah….:))))))

  3. Faridul says:

    terima kasih semua. Mari kita usahakan untuk berdakwah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s