Pandangan saya terhadap isu kepimpinan hanya dari golongan ulama’

“Antara hal yang membuatkanku kagum dengan ayah, ialah kerana “versatile” dirinya. Hingga, hamper tidak ku fahami dahulu akan skop ilmu dan pekerjaan seorang ustaz. Masakan tidak, yang aku saksikan di hadapan mata, adalah seorang yang mampu membuat ubat, mencucuk telingan orang dengan rawatan “accupunture”, serta mempunyai kepakaran dalam bidang computer. Aku langsung tidak sedar bahawa pada masa yang sama, ayahku bertugas mendidik manusia akan ilmu agama.

Kelulusannya: PhD dan M.A dalam bidang agama, tidak ia sekat daripada mempelajari bidang lain. Ini ia buktikan dengan PhD dalam bidang Homeopathy, serta kelulusan-kelulusan lain seperti LLM, MSc, semuanya dalam bidang yang pelbagai.

Buku-buku yang menghiasi “kuttub khannah” kami pun lengkap, daripada astronomi, zoology (kebinatangan), management, business, perkebunan, pertukangan, dan segala jenis cabang ilmu lagi.

Hingga sulit dipercayai oleh orang yang hanya baru kenal dengan ayah kini: sebagai antara pioneer dalam penanaman anggur di Malaysia, serta aktif dalam kajian tanaman-tanaman “pelik” lainnya, seperti buah Kiwi, Malberry, dan sebagainya, bahawa justeru “saintis” di hadapan mereka, sebenarnya adalah seorang ustaz!

Inilah yang banyak mendorongku, melihat positif dan menyetujui penglibatan golongan agamawan dengan bidang lain, serta golongan professional untuk memahami bidang agama (protaz).

Bukankah Ikhwanul Muslimin membesar dengan begitu banyak ulama’, tetapi dikepalai mursyidul am yang berlatar belakangkan professional? Bukankah HAMAS pun pernah berpimpinkan seorang doctor (Dr. Abdul Aziz Rantisi)? Bukankah sang penulis tafsir rujukan umat “Fi Dzilal al-Quran” bukanlah ulama’ jika diukur dari segi kelulusannya? Bukankah penulis buku silibus usrah “Madza Ya’ni..” Syeikh Fathi Yakan adalah seorang lulusan bidang kejuruteraan?

Bukankah fenomena ini harus disyukuri sebagai kejayaan tarbiyah Islam? Bukankah fenomena ini harus disenangi sebagai model dan bukti kesyumulan Islam?

Nah, apakah harus kita sempitkan kembali kesyumulan Islam, dengan menggambarkan para ustaz sahaja yang layak berbicara tentang agama? Lantas, untuk apa usrah, tamrin, dan lain-lain wasail tarbiyah dilaksanakan?

Maaf, mungkin saya skeptic kerana saya dibesarkan dalam “model kesyumulan Islam”. Itulah sebabnya saya tidak keberatan mengambil sjil dalam bidang syariah, kerana saya termotivasi untuk menjadi serba boleh, “Islan yang syumul” seperti ayah

Faridul Farhan Abd Wahab “meneladani sebaik-baik generasi: para agamawan professional dan professional alimnya para sahabat”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Pandangan saya terhadap isu kepimpinan hanya dari golongan ulama’

  1. Salam. Post yg bagus. Teruskan mengepost. Tompang lalu ye.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s