Politik Sakit Kepala

Hari ni saya sakit kepala. Berdenyut-denyut kepala saya. Sakit kepala yang berpunca daripada selsema di hidung saya. Memang, saya ada resdung, atau kata saintifiknya menurut doktor adalah sinus. Sinus yang berkumpul akan memenuhi ruang-ruang kosong di tengkorak pesakit seperti saya, dan mukus yang memenuhi ruang-ruang kosong di kepala itulah yang membuatkan kita pening kepala. Oh, rupanya masih ada ruang-ruang kosong di kepala hotak saya. Saya fikir, semuanya telah penuh memikirkan dakwah, memikirkan dunia, memikirkan masalah negara, juga memikirkan politik tempat kerja. Ternyata manusia harus lebih merendah diri, kerna sebegitu sibuk dan terbebannya kita rasakan akan kepala hotak kita, hakikatnya masih banyak ruang-ruang kosong yang bisa dipenuhi mukus di tengkorak kita. Dan itu saintifik wahai saudara.

Hakikatnya, itu semua adalah resdung. Biar sering dinafikan oleh para doktor. Penafian yang menjemukan seperti mualnya mendengar ahli politik menjerit “jangan bawa politik ke masjid! jangan bawa politik ke masjid!” Habis, kisah politiknya surah Yusuf itu, mau dibawa cerita ke mana? ke jamban? Aneh, hanya masjid tak bisa di bawa cereka politik semasa. Sedang sukan yang lagi tak berkaitan dengan politik, kecoh dengan “permainan politik” suku-sakat mereka. dari AFC nya lah. Dari badmintonnya lah. Mutakhir, boling padang.

Lagi, aku lagi tak puas hati dengan politik tempat kerja. Pergilah ke mana pun, anda tidak akan bisa lari dari politik tempat kerja. Tak bolehkah kita bekerja bersungguh-sungguh, dan biar prestasi kerja yang menggemilangkan kita? Tidak, politik hanya tidak boleh di bawa ke masjid. Tapi di ofis, politik kotor itu harus tetap ada. Harus?

Itulah antara sebabnya aku malas ke tempat kerja hari ini. Selain anak dan isteri mengadu kurang sihat malam tadi, aku sendiri rasa tidak sihat. Kan aku dah cakap, aku sakit kepala! Tapi aku tak nak MC hari ni. Entah, pada aku MC tu dah jadi macam tak best. MUngkin kerana MC itu dalam bahasa melayunya adalah pengacara. Macam Aznil Nawawi, Farah Fauzana, segala. Pengacara lagi glamer di arena yang tidak sepatutnya. berbeza dengan Indonesia, bila harus kau mendengar nama pengacara, ketahuilah mereka adalah kelompok yang terhormat. di sisi golongan mana pun. agamawan atau orang awam. APatah lagi mursyid-nya Ikhwanul Muslim ramai yang pengacara. Hudhaibi, Tilmisani, segala. Masakan, pengacara di Indonesia itu, bila di melayukan, menjadi peguam. Hahaha.. tertipu juga kau ya…

Anda pelik dengan posting saya kali ini? Bagaimana bisa saya formalkan bahasa saya, sedang rasa meluat saya dengan politik masih ada. Politik tempat kerja. Politik DUN Perak. Politik gerakan Islam yang lebih banyak bertelingkah berbanding berdamai bersaudara. Semuanya umpama virus yang membuatkan selsema saya makin kuat, lalu menerobos relung-relung kosong di tengkorak saya, lantas saya pun mula sakit kepala.

Mujur isteriku tetap setia. DIalah yang tolong editkan blogku. Di tambah itu, di tambah ini. Aku memang takde masa. Sibuk memikirkan rasionalnya politik seperti hari ini. MujurDatin Tuan Sabariah (isterinya Tok Guru Nik Aziz) dan Ili Sarah Annual Bakri memberi pesan baik buat mereka yang tertekan sepertiku dengan politik kotor tempat kerja, semasa dan seumpamanya; “Kata orang, kehidupan itu penuh dengan penderitaan dan kepahitan.

Tapi aku katakan: tersenyumlah, cukuplah kepahitan itu di atas langit.”

Ya ALLAH, tenangkanlah sakit kepalaku ini…

-Faridul Farhan Abd Wahab “moga penderitaan menjadi penghapus dosa..”

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Politik Sakit Kepala

  1. Raudhah_iman berkata:

    salam,

    syafakallah buat ustaz dan keluarga…

  2. Wan Mohd Syafiq berkata:

    sekian lama tukar gak rupa blog ni.. hehe.. last time jumpa masih sakit. sekarang ni masih sakit lagi? hurm… memang betul2 kena mc kot enta ni. Shafakallah.

  3. Wan Mohd Syafiq berkata:

    haih.. shafakallah. mungkin enta betul2 perlu mc kot..

  4. Faridul berkata:

    memang ana ambik MC pun hari tu (lusa nya). Sakit kepala dah jadi lain macam sikit sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s