Rampasan! Rampasan!

Aku risau dengan anak kembarku yang baru menjejak 14 bulan, si Nashrul (si abang) dan Si Fathul (si adik). Ini kerana si Fathul pantang melihat apa yang dibuat oleh abangnya si Nashrul, hingga pantas dia merampas apa yang sedang dipegang oleh abangnya itu. Mungkin, si Fathul sudah terbiasa seperti itu, sejak dari dalam perut lagi, mendominasi segala zat-zat makanan yang disalurkan oleh plasenta sang ibu kepada kandungan-kandungannya, hingga pantas si Fathul badannya jauh lebih besar dan berat ketimbang si abang Nashrul Farhan.

CIMG0055

Aku risau sikap rampas-merampas ini akan berterusan. Mana tahu satu hari nanti si Nashrul dapat jadi speaker, kemudian Fathul sewenang-wenangnya merampas kerusi speaker daripada Nashrul dengan cara mengangkat Nashrul dari kerusinya itu, lalu berdalih dia sebagai timbalan speaker ada hak untuk merampas kedudukan abangnya itu.

Atau, manalah tahu Nashrul dapat menjadi menteri besar, apatah lagi dengan kecendurangannya yang suka main plag di rumah, tentu berpotensi menjadi Ingeneur (Ir.) seperti seorang Ingeneur yang terkenal, Ir. Nizar. Sedang Fathul yang suka sangat didokong itu, mungkin menunjukkan kecendurangan menjadi doktor, walau tidaklah segelap si Dr. Zambry. Apa pun, ini bukan kali pertama seorang doktor main rampas-rampas. Dulu pun Dr. Asmadi sudah pernah mempelopori gerakan “doktor perampas” bilamana dia merampas Sabariah daripada Kassim Selamat. Cumanya Kassim Selamat tak lah sampai memiliki Ir.

Tapi, aku bukan nak kata doktor ni semuanya jahat! Apatah lagi abang sulungku, Dr. Anis pun merupakan seorang doktor. Dulu masa aku kecik-kecik, takde pulak abang aku tu nak merampas apa-apa daripada aku. Mungkin masa tu aku belum dapat gelar Ir. lagi kot…?

Tapi Nashrul pun terkadang suka merampas jugak. Dirampasnya puting yang sedang dihisap moleh si Fathul, walaupun Nashrul justeru tak suka menghisap puting. Itulah, Nashrul pun harus muhasabah jugak. Dulu masa sibuk-sibuk cakap pasal lompat-melompat, tak pulak rasa bersalah. Sekarang, Bila Fathul and da geng dah mula melompat, barulah terasa bahang.Itulah sebabnya Nabi kita SAW ingatkan; “tak beriman seseorang daripada kamu, selagi dia tak mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.”

Nah, seperti mana Fathul tak suka putingmu dirampas oleh abang Nashrul, maka janganlah Fathul pun suka merampas apa yang dipegang oleh abang Nashrul. Dalam sibuk merebut dan merampas, justeru rakyatlah yang kemudian menderita. Eh, silap, ummilah yang menderita, terpaksa melayani karenah anak-anak kembarnya yang serba lasak ini.

Jadilah seperti Upin dan Ipin. Yang sentiasa bersikap positif, seperti yang digambarkan dalam slogan mereka: “Betul, betul, betul!”

-Faridul Farhan Abd Wahab “Tuhan, peliharalah imanku dari dirampas”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s