Perak: negeri tanpa kasih sayang

“Jikalau Tuhan-mu menghendaki, tentu DIA menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat,” (Surah Hud [11]:118)

Negeri Perak dikenal dengan jolokan “Darul Ridzuan”, yakni negeri yang sentiasa dilingkari dengan keredhaan. Keredhaan siapa? Tentunya, mereka -pemerintah dan rakyat jelata- mengharapkan negeri Perak mereka senantiasa di dalam lingkaran redha daripada ALLAH yang Maha Esa. Kemudian redha rakyatnya, sesuai dengan tuntutan-NYA; hablum minaLLAH wa hablum minan nas.

Tapi, jolokan Perak Darul Ridzuan itu justeru sudah tidak sesuai lagi. Mungkin, yang lebih tepat diberikan sebagai jolokan buat Negeri penuh kontroversi ini ialah “Perak bila rahmah” atau “Perak bu’du minar rahmah”, yakni “Perak yang tanpa naungan rahmah ALLAH” atau “Perak yang jauh dari rahmah ALLAH.”

Kenapa saya katakan begitu? Lihat dalilnya seperti yang saya berikan di atas. Surah Hud ayat 118 itu, seakan menggambarkan apa yang sedang terjadi di negeri Perak bila rahmah ini. Percakaran. Pertikaian. Pertengkaran. Perselisihan. Sampai institusi yang paling “suci” -atau yang lebih tepatnya “harus lebih suci- pun menyaksikan episod drama perbalahan yang tentu mengharukan kita semua. Kerana di ayat selepasnya -itulah ayat 119 surah Hud-ALLAH SWT memberikan pengecualian kepada sekelompok insan yang terselamat daripada kegagalan menjadi ummatan wahidah itu. Siapakah mereka?

“kecuali orang-orang yang diberi Rahmat oleh Tuhanmu..” (Surah Hud [11]:119)

Nah, bagi mereka yang diberikan “kasih sayang” (baca: rahmah) oleh ALLAH, mereka ini terselamat daripada pertikaian, perbalahan dan permusuhan yang tidak berekesudahan. Bukan bererti mereka tidak berbeza pendapat, tetapi perbezaan pendapat itu justeru dinaungi rahmah ALLAH, yang menjadikan kepelbagaian itu justeru suatu yang bermanfaat buat umat. Seperti para sahabat. Atau at-tabi’in. Atau para imam mazhab yang perbezaan fatwa mereka justeru mendatangkan keuntungan buat pengikut mazhab yang tersebar di merata tempat, selagi mereka meraikan perbezaan pendapat itu.

Atau para saintis, yang perbezaan idea justeru menjadikan mereka berkonsentrasi terhadap hal-hal yang berlainan. Lalu terciptalah telefon, atau kapal terbang, atau motokar, atau telekomunikasi, semuanya kerana para saintis merasakan rahmahnya berbeza pendapat itu. Sebab, bersatu di atas pemikiran yang sama itu mustahil, tetapi bersatu di atas “cara berfikir” -yakni mengkedepankan Islam- itulah yang memungkin.

Sedang adik beradik kembar seperti anak saya sahaja berbeza gaya dan kelakuan, masakan manusia mahu bersama dalam segenap urusan? Itulah, selagi ALLAH berkenan merahmati mereka, lantaran “..dan kerana itulah (mesej kasih sayang tadi) mereka semua diciptakan..” (Surah 11:119) maka perbezaan tidak sampai ke tahap perbalahan. Tapi bagaimana mendapat rahmat ALLAH itu? SUrah 9:71 antara lain memberikan jawapan.

IMG_0349

Hentikanlah kegilaan, dan kejarlah “kasih sayang” Tuhan. Moga negerimu, kembali menjadi negeri “Darul Ridzuan.”

-Faridul Farhan Abd Wahab “hanya kasih sayang-MU TUHAN, yang ku harapkan..”

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Perak: negeri tanpa kasih sayang

  1. saif shah berkata:

    “semoga Allah limpahkan rahmatNYA dan redhaNYA kembali kepada Negeri Perak Darul Ridzuan….ameen”
    InsyaAllah, setiap yg berlaku ada hikmahnya bg hambaNYA yang berfikir….

    Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat, dan tidaklah (pula sama) orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh dengan orang-orang yang durhaka. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran. (40:58)

  2. Faridul berkata:

    AMIN! Kita doakan krisis di Perak selesai dengan naungan kasih sayang ALLAH

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s