Rayuan! Rayuan!

Kalau ikut takrifannya doktor, memang si Nashrul adalah abang yang sah, lantaran dialah yang keluar terlebih dahulu. Bahkan, memang sejak awal si Nashrul telah “placing” untuk keluar terlebih dahulu.

CIMG0077

Namun, si Fathul telah membuat rayuan untuk digelar sebagai abang. Memang, badannya yang lebih besar, bahkan jauh lebih besar berbanding abang kembarnya itu, selain adat Melayu yang mengatakan kembar yang keluar kemudian, maka dialah yang berhak menjadi abang, menjadikan kes rayuan si Fathul cukup kukuh.

CIMG0074

Namun, biar pun begitu, jika harus elakkan pertelingkahan, apatah lagi dalam hal-hal yang tidak sepatutnya melibatkan pertikaian. Maka, saya sebagai ayah tetap mengisytiharkan bahawa Nashrul Farhan sebagai abang berdasarkan takrifan perubatan yang saya guna pakai. Biarpun si Fathul ada kes, tidak seperti seorang dr. tu yang sibuk nak merebut sebuah “kerusi besar” dengan seorang ir., namun islam ajar kita untuk mentoleransikan sikap penyayang dan mengalah.

“Barang siapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dia di pihak yang salah, ALLAH menyiapkan untuknya rumah di bahagian bawah Syurga. Dan siapa yang meninggalkan perdebatan sedangkan dia di pihak yang benar, ALLAH menyiapkan untuknya rumah di bahagian atas Syurga.” (HR at-Tirmidzi)

Ingatlah, yang penting adalah keluarga (baca: rakyat). Maka janganlah menegakkan benang yang basah. Adik-beradik (baca: muslim dengan muslim) pun nak bergaduh kaa??

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s