Luqmanul Hakim dan penyelesaian pertikaian

Sungguh bijak tatkala Kementerian Pendidikan memuatkan mutiara-mutiara hikmah daripada surah Luqman -surah ke-31 di dalam al-Quran- ke dalam silibus pelajaran Pendidikan Islam sekolah menegah. Bahkan, khabarnya, ayat-ayat berkenaan nasihat sekaligus “silibus tarbiyah” seorang ayah terhadap anaknya itu, kekal sebagai salah satu ayat hafazan, dari zaman saya (yahun 90-an) hinggalah zaman sekarang.

Sayangnya, biarpun mutiara-mutiara hikmah al-hakim Luqman itu telah tercatat di buku-buku Pendidikan Islam sejak sekian lama, namun realitinya, kita gagal menerapkan ia ke dalam sistem pendidikan apatah lagi kehidupan kita. ianya hanya berlegar di ruang teori, sesekali hafalan, tetapi tidak dalam aspek pengamalan dan penerapan.

Mengapa saya katakan demikian? cuba kita ligat pesanan-pesanan Luqman itu. Berbanding dengan gaya tarbiyah Malaysia yang lebih mengkedepankan dan mendahulukan pelajaran fiqh berbanding yang lainnya -hal ini paling ketara begitu kita melihat penekanan masyarakat terhadap saudara-saudara baru (mualaf)- Luqman memulakan nasihatnya dengan mengatakan “la tusyrik billah” “janganlah dikau syirikkan ALLAH” (ayat 13) sebagai manifestasi nyata penekanan aqidah kepada anak-anak, seperti mana penekanan yang sama diberikan oleh rasulullah SAW kepada umatnya ketika mengasaskan dakwahnya di Mekah.

Kemudian apa? Adakah Luqman lansung mengingatkan anaknya “aqimish shalah!” “dirikanlah solat”? Tidak, itu hanya ayat yang ke-17. terlebih dahulu, selepas Luqman kembali kepada basis kehidupan manusia sebagai seorang Muslim, apa lagi jika bukan kekuatan dan ketahanan aqidah, Luqman menasihati anaknya tentang membina hubungan dan penyikapan yang baik dengan kedua ibu bapa. Biar pun ibu bapa itu tidak baik, bahkan menyuruh kita berlaku tidak baik, seperti menyeru kita hingga mensyirikkan ALLAH, tetap saja “wa shohibhuma” “bersahabatlah dengan keduanya” dengan cara yang paling makruf, yakni baik sekali (ayat 14 dan 15).

Kemudian mengingatkan tentang betapa setiap perbuatan dan perlakuan kita, biar ia sebesar biji sawi, tentunya tidak lepas dan perhitungan dan pengadilan ALLAH, sang penguasa alam yang maha halus lagi maha mengetahui.

29718

Hubungan yang baik dengan kedua ibubapa, itulah manhaj (silibus) akhlaq, ditekankan oleh Luqman terhadap anaknya. Tidak cukup dengan itu, ia mengingatkan juga akan hari perhitungan, agar anaknya ingat, dalam setiap perbuatan, akan tetap ada penrhitungannya. Maka hendaklah ia senantiasa ingat, dan bermuhasabah, adakah tindakan yang telah, sedang atau akan ia lakukan itu, mendapat keredhaan ALLAH, atau bahkan kemurkaannya, yang menyebabkan pembalasan dan penyiksaan menanti di hari kemudian.

Kemudian, barulah masalah fiqh diterangkan, simbolik kepada pengarahan agar mendirikan solat.

Mari kita perhatikan. Aqidah – akhlaq – feqah. Kenapa akhlak dulu baru feqh. Mungkin, dengan cara ini, Luqman ingin agar anaknya, dalam menyikapi perbezaan pandangan, yang lazimnya terjadi begitu kita menerokai alam feqah, tetap komited dengan adab-adab dan akhlak-akhlaq yang mulia. Seperti berlapang dada menyikapi pendapat yang berbeza. Seperti meraikan dan memuliakan syeikh yang berbeza pendapat itu. Seperti tidak mencela “pesaing”nya itu. Lantaran, boleh jadi dialah yang betul, sedang kitalah yang salah. Sifat yang hanya muncul, begitu kita senantiasa mengevaluasi pendapat kita, mana tau salah dan bakal mendapat pembalasan ALLAH di hari perhitungan-Nya.

Nah, begitulah silibus tarbiyah al-hakim Luqman, yang berjaya menangani perbezaan pandangan, lalu terbinalah permuafakatan dan perpaduan. Sama ada ianya kelompok yang pro erdogan mahupun pro trojan. Sama ada ianya ulamak, mahupun “fulamak”. Soalnya, apakah kita sudah mengikutinya>

-Faridul Farhan Abd Wahab  “generasi “from zero to hero””

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s