Politik: Ada ruangkah untuk mereka yang “lurus”

Politik. Semahu mana mahu menghindarinya, anda tetap harus menghadapinya. Masakan tidak, hidup ini tidak pernah lari daripada bergelumang dan terlibat dalam isu politik.

Bukan politik kepartian sempit yang saya maksudkan. tapi, politik murni yang senantiasa ada dalam kehidupan. Semurni politik yang dicanangkan oleh Imam Hassan al-Banna, yang kembali menegaskan betapa Ikhwan adalan “hai’ah siyasiyah” berpolitik, tetapi bukan kepartian.

Di mana pun, anda memerlukan kebijaksanaan politik. Ketika berurusan di pejabat kerajaan, atau bank, atau pejabat pos, dan lain-lain misalnya. Kebijaksanaan berpolitik perlu, agar tujuan anda berjaya mencapai hasilnya. Kerana sering pegawai yang anda ketemu itu, memainkan “politik”nya sendiri. “Budi bicara”, kita panggil. saya hampir kecewa tatkala menhantar borang permohonan PEng (Ir.) kemarin, lantaran politik keraninya. Sorang kata boleh teruskan, sorang lagi kata boleh jalan. Di sinilah pentingkan politik.

Atau, ketika anda menguruskan urusan cukai pendapatan di LHDN. Politik justeru perlu, agar pegawai LHDN bisa membantu anda meningkatkan pelepasan cukai, lalu berkuranglah bayaran cukai anda.

Atau, politik kampus. Bukan urusan MPP dan pilihanraya kampus, tetapi urusan “politik” dengan pensyarah, terutamanya supervisor. bagaimana anda berpolitik dengan pensyarah kedekut markah, atau supervisor yang buat tak kisah, atau supervisor yang bikin menyampah, lantaran tidak membantu bahkan memparahkan lagi tesis dan pengajian anda.

MALAYSIA-ELECTION/

Atau, politik tempat kerja. Bagaimana anda berhadapan dengan bos bak jembalang, atau melayan dan mengurus karenah anak buah, atau menuntut dedikasi rakan sekerja, semuanya harus politik. Hingga, wajar saja syarikat-syarikat yang berjaya lebih menitik-beratkan training berbentuk “soft skills” berbanding technical skills yang related dengan anda, lantaran alam kerjaya ini, harus dihadapi seperti bermain bola. Tidak boleh lurus sahaja, harus tahu bagaimana menggelecek, atau menyepak lencong dan sebagainya. Bahkan skill menggelecek inilah yang mengglamourkan Cristiano Ronaldo, seperti mana skill sepak lencong memasyhurkan David Beckham.

Hingga, ada pepatah mengatakan, orang yang baik tapi tidak cerdik (orang “lurus” biasa kita panggil) sering jadi mangsa penipu. Orang yang cerdik tapi tak baik (“penyangak” kita biasa pangggil), jadi penipu. MAsalahnya penyangak inilah yang menguasai kepimpinan kita, sama ada kepimpinan negara, tempat kerja, pejabat, perniagaan dan sebainya, dan orang-orang “lurus” inilah yang sering mengetuai pasukan pembela. Pembela rakyat, pembela kebenaran, keadilan, mahu pun pembela Islam.

Lalu, masih ada ruangkah untuk orang “lurus” dalam gelanggang “politik”? itulah sebabnya pemimpin itu “al-qowiyy” dan “al-amin” (Surah 28:26).

Jangan biarkan air mata tok guruku mengalir lagi. Aku terlalu sebak untuk menadahnya….

-faridul farhan abd wahab  “mari muqabalah sesama gerakan Islam”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

6 Responses to Politik: Ada ruangkah untuk mereka yang “lurus”

  1. propaganda media terlalu mudah memutarbelitkan cerita. supaya perjuangan siasah masih utuh biarpun kadangnya ada percanggahan pendapat. Harap akhirnya selesai di meja syura.. amin..

  2. laili says:

    Assalamulaikum…

    saya antara mereka yang berminat untuk mengetahui tentang islam.
    boleh terangkan kepada saya tentang karakteristik marhalah makiyyah dan praktikalnya kepada kita sekarang?
    mungkin boleh respon ke email saya?

    uranium_pro@yahoo.com
    salam perjuangan.

  3. faridul says:

    akhi Ikhwan,
    kita semua harapnya begitu. kerana salah dalam syura itu lebih baik daripada benar daripada bersendirian, hingga ALLAH tetap saja menyuruh Nabi SAW utk bersyura di dlm surah 3:159 biarpun pndgn asal Nabi SAW sebelum Uhud, adalah lebih baik tunggu musuh di Madinah sahaja.

  4. faridul says:

    ukhti Laili,
    Buku sirah karangan Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban bertajuk “Manhaj Haraki” sangat sesuai untuk kita memahami karakteristik dakwah marhalah makkah dan marhalah madinah.
    Secara ringkas, karakteristik marhalah makiyyah yang masih relevan hingga hari ini seperti berikut:-
    1)nasyrul mabadi’ wa ta’alimul islam
    2)bina’us syaksyiyyah islamiyyah
    3) bina’ul jama’ah
    4) sirriyyatut tanzhim
    5)al-ibti’ad anis shodm
    6)al-ibti’ad ‘an sahah al-ma’rakah
    7)ash-shabr ‘ala bala’ wal-adza
    8)talammus al-quwwah al-qadirah ‘ala al-himayah
    9)talammus al-qa’idah al-ardhiyyah al-hamiyah

    insyaALLAH, kalau ada masa, saya akan huraikan lebih lanjut lagi

  5. laili says:

    ok jzkk.

  6. faridul says:

    Ukhti Laili,
    sebahagian jawapan saya terhadap persoalan saudari dalam entri terbaru” Marhalah ta’sis: penerapan fasa mekah…

    ternyata menyampaikan dalam halaqah-halaqah lebih mudah daripada menyampaikannya melalui tulisan. Mungkin banyak episod. Saya akan usahakan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s