[kajian manhaj]: Penyakit umat dalam arena dakwah (bhgn. 1)

Jika ditilik-tilik, antara permasalahan utama umat yang terjun ke arena dakwah, ialah munculnya penyakit “infiradhiyyah”, yakni “lone ranger” atau suka “one man show”. Sebuah penyakit yang terserlah baik secara maknawi (emosi), di mana ia mempunyai perasaan “aku sahaja yang betul”, mahupun terserlah secara amaliyah, di mana ia kerja, iya memang “one man show”. Ia tidak gemar kepada kerja berpasukan bak “power rangers” dan sebagainya, tetapi lebih berminat kepada kerjaya “superman” yang senang bergerak sendirian. Tentunya, dia bukanlah peminat rancangan “Wonder Pets” dan slogan mereka “apa yang penring? KERJASAMA!”

Mungkin dia lupa, bahawa ALLAH saja memperingatkan Nabi SAW dengan arahan “wa syawirhum fil amr” “dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu” (Surah 3:159), biarpun Nabi SAW merasa down yang teramat sangat. ceritanya, begitu merancang strategi untuk perang Uhud, Nabi SAW lebih cenderung untuk umat Islam menanti saja musuh mereka mendatangi Madinah. tetapi para sahabat -dalam nada mendesak- mengusulkan agar kita keluar berperang, dan berhadapanlah mereka dengan musuh di medan Uhud. Selanjutnya, sudah begitu tersohor buat kita. kemenangan yang di hadapan mata. Pengikut nabi yang mengengkari arahan, hanya kerana kilauan harta dan dunia terlalu sulit untuk dinafikan. Pantas kemenangan yang sudah di hadapan mata, berubah menjadi kekalahan yang sangat memukul perasaan. ramai sahabat yang gugur. Baginda nabi sendiri mendapat luka-luka dan patah giginya, malah hampir ditinggalkan keseorangan.

Nah, wajar saja Nabi kita merasa kecewa dengan keengkaran para sahabatnya itu. wajar saja Nabi SAW bertindak sendirian selepas ini, lantaran ternyata ideanyalah yang lebih tepat, sedang strategi untuk keluar dari Madinah seperti yang didesakkan kepadanya oleh sesetengah para sahabat, ternyata tidak membawa natijah seperti yang diharapkan.

Tapi, soalnya, Islam mengamalkan prinsip syura. Dan konsep syura itu, salah dalam bersyura lebih baik berbanding benar dalam bersendirian. lalu ALLAh kembali meneguhkan manhaj dakwah Nabi SAW dengan arahan bersyura, kerana justeru bersendirian (infiradhiyyah) malah merupakan penyakit dalam dunia dakwah.

Ketika tidak mahu membawa kepada bersyuralah, mungkin, antara sebab seorang ustaz diperintah (atau tepatnya ditegur) oleh mursyidul amnya untuk letak jawatan dan keluar daripada parti. Juga menyebabkan kelam kabut para ahli dan rakan pakatannya, sehingga seorang ustaz lain terpaksa mengeluarkan arahan “tutup mulut”. Justeru, saya melihat isu ini bukan dari segi “menolak perpaduan” sebaliknya “idea dan tindakan bersendirian” sedang sebaiknya dibawa bersyura dahulu.

Benar, al-Quran, melalui surah Hujurat terutamanya menegaskan kepada perdamaian. tetapi, bukankah surah Hud turut menegaskan “dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang zalim, lantaran kelak kamu disentuh oleh api neraka” (Surah Hud [11]:113). Kata Imam az-Zamakhsyari, pengarang tafsir al-Kasysyaf; “jangan didekati, putuskan hubungan, jangan berkawan dengan mereka dan jangan duduk di dalam majlis mereka atau ziarah kepada mereka atay menunjukkan simpati.” Senada dengan itu, Sayid Quthub, da’ie besar rujukan gerakan Islam negara ini menyebut; “Jangan menyadarkan diri dan merasakan keenakan berhubung dengan si zalim..”

Nah, berjemaah bisa sendiri, asal tetap pada pautan Ilahi Rabbi. Lalu ada namanya Mush’ab bin Umair di Madinah. Atau Abu Dzar bersama kaum Ghiffarnya. Atau Mu’az bin Jabal di Yaman: bersendiri fizikalnya, tetapi berjemaah hatinya. Tapi, ada mula yang berjemaah sekelilingnya, tetapi infiradhiyyah maknawinya, juga amalinya.

Bersambung….

Rusmul bayan dipetik daripada buku “Kepribadian Dai” oleh Dr. Irwan Prayitno. Huraian (artikel ini) oleh Faridul Farhan.

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s