[kajian manhaj]-Marhalah ta’sis: Penerapan fasa Mekah dalam arena da’wah masakini (bhgn. 1)

Dengan tegas, Syed Qutb menulis -di dalam “ma’alim fit thariq” monumentalnya: “dan para pendakwah ke jalan agama ALLAH, dan ke arah terlaksananya sistem yang dipandu oleh agama ini di alam realiti hidup, sayugia memberikan sepenuh perhatian kepada fakta ini.” Fakta apa? Fakta apakah yang sedang dibicarakan oleh murabbi dan tokohnya umat Islam, yang, oleh Munir Muhammad Ghadban, disebut “mengikuti langkah-langkah dan tahapan-tahapan da’wah ini adalah masalah ta’abuddi. Jika kita mengikutinya, kita akan sampai ke mardhatillah.” (Manhaj Haraki Jilid 1, Robbani Press, ms. 10). Itulah fakta pemusatan perhatian kepada ayat-ayat al-Quran zaman Mekah, lantaran menyedari betapa fasa mekah inilah fasa asas (marhalah ta’sis) kepada terbinanya sebuah empayar Islam, yang kelihatannya bermula di Madinah, tapi justeru batu-bata asasnya telah dipasak sejak di mekah.

Silapnya kita di sini. Kita sering terlebih fokus kepada fasa madinah -itulah yang dinamakan sibuk berpolitik dan memegang kekuasaan, lantaran merasakan hanya dengan kuasa barulah bisa berdakwah- walhal kondisi dan situasi Islam masih belum didaulat, harus lebih tertumpu kepada pembinaan umat sesuai dengan “strategi” yang diguna pakai di fasa Mekah ini. Mungkin ramai yang tidak bersetuju, bahkan melenting dengan kenyataan ini, tetapi salahkanlah ia kepada Syed Qutb, lantaran Syed Qutblah yang menyebut “mungkin ada pula orang yang berpendapat bahawa Nabi Muhammad SAW itu lebih bijaksana, setelah seluruh bangsa Arab mengikutnya dan mengiktiraf beliau sebagai pemimpin kebangsaan, dan setelah dapat mengumpulkan kuasa di dalam tangannya, jika beliau pergunakan kesempatan itu untuk menegakkan kalimah Tauhid, untuk membawa umat manusia tunduk kepada kekuasaan Ilahi setelah mereka tunduk di bawah kekuasaan duniawi beliau.

Tetapi ALLAH SWT -Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana telah tidak mengarahkan Rasulullah SAW berbuat demikian, malah diarahkannya supaya bertahan dengan ikrar dan syahadat LA ILAAHA ILLALLAH itu dan supaya sanggup menanggung derita akibatnya,m bersama-sama dengan para sahabat beliau yang terlalu kecil jumlahnya itu.

Mengapa demikian?”

Jawapannya, silakan rujuk “Petunjuk Sepanjang Jalan”, terbitan Crescent News, ms. 20 hingga 23. Saya sibuk, maka saya hanya mahu menulis yang ringkas-ringkas sahaja.

Pokoknya, dakwah yang berkesan, adalah dakwah yang sudi mengambil fiqh sirah sebagai pedoman, lantaran siapakah lagi yang merupakan “pakar” terbaik membina da’wah, menegakkan agama “aqimud din”, dan mendaulatkan Islam hingga mampu lahir sebagai “ustaziyah ‘alamiyah” “empayar yang menggegar dan menjadi rujukan seantero dunia”? Hingga wajar tokoh-tokoh perjuangan pun, umapanya Ramadhan al-Butty, menulis dan menganalisa sirah perjuangan nabi junjungan, lantaran merasakan betapa “specialnya” perjalanan dan strategi dakwah baginda Nabi. Fiqhus Sirah, ia menggelarnya.

Lalu, apakah penerapan fasa mekah yang masih relevan dengan kita paada hari ini? Sekurang-kurangnya, ada  9 perkara:-

1)nasyrul mabadi’ wa ta’alimul islam
2)bina’us syaksyiyyah islamiyyah
3) bina’ul jama’ah
4) sirriyyatut tanzhim
5)al-ibti’ad anis shodm
6)al-ibti’ad ‘an sahah al-ma’rakah
7)ash-shabr ‘ala bala’ wal-adza
8)talammus al-quwwah al-qadirah ‘ala al-himayah
9)talammus al-qa’idah al-ardhiyyah al-hamiyah

Bersambung……

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s