[email]: Minta fatwa berhubung futsal

Salam kpd semua ahli Fiqh,

Ana dengan rendah dirinya ingin meminta tolong kepada antum untuk menjawab pertanyaan di hati ana yang tak terungkai walaupun menatap beberapa website fiqh selama beberapa jam. Kemusykilannya..

“Apakah hukum menjadi pemilik premis yang memberi servis halal kepada pelanggannya, namun ada kemungkinan pelanggannya menggunakan servis itu sambil buat maksiat di premis tersebut. Contohnya futsal di mana ada yang bermain bercampur jantina, (laki campur pompuan, campuran lain tak perlu diambil kira buat masa ini). Yang mana, bila wujudnya percampuran antara 2 kaum ini, akan ada la kejadian2 ‘ter’ spt tersentuh, terkena dan sebagainya yang tak molek untuk kita imaginasikan pun.”

Point2 penting:
1. Ini bukan seperti menjual pisau yang tokeh pisau takkan ditanggungjwbkan atas kesalahan membunuh oleh pelanggan yang membeli pisau.
2. Ini bukan seperti mencipta permainan video yang boleh melalaikan pemain video game itu kerana boleh jadi saje pemain video itu seorang yg patuh pada waktu solat dan sbgnya. Cuma, jika niat pencipta mainan itu hanya utk melalaikan orang lain, maka sudah tentu haram.
3. Sudah tentu yang terbaik adalah menasihati dan menghalau mereka yang degil itu untuk keluar dari premis. Tetapi ada masanya tokeh premis tu tiada di situ, hanya pekerja saje yang ada. Ataupun, mungkinkah ada pendapat lain yang mengatakan memang bukan tanggunjawab tokeh tu pun sebab tokeh tu memang bagi servis halal. So, tokeh tu tak kira berdosa.

So, amacam sekarang? Ada berani nak keluarkan fatwa?

———————————————————————————————

Email balasan daripada Faridul:-

 

Salam

 

Sebenarnya, ana nampak ia boleh diqiaskan kepada penjual pisau. kenapa? Kerana sang penjual pisau, atau bra, atau lain2, membuat barang dia yang hukumnya harus. Sebegitu jugalah dengan membuat gelanggang futsal. Berbalik kepada kaedah umum muamalah “setiap sesuatu hukum asalnya harus..”, maka tentunya hukumnya adalah harus.

 

Permasalahannya ialah, ketika permainan futsal itu melibatkan percampuran lelaki perempuan. Soalnya ialah:-

1) apakah memang haram percampuran antara lelaki dan perempuan?

2) jika haram, apakah sang pemilik futsal itu berdosa?

 

Qiasnya pada ana sama dengan pembuat pisau. atau ketika antum mebeli televisyen. Apakah hukumnya antum melihat aurat di televisyen? Jika berdosa, apakah hukumnya membeli televisyen?

 

Kita tentu mengatakannya harus, maka untuk mengelakkannya jatuh kepada haram, kita harus pandai control rancangan yang kita tonton. Nah, hukum membuat dan memiliki gelanggang futsal kita sepakati harus, maka untuk mengelakkannya menjadi haram, kita boleh saja membuat peraturan-peraturan untuk menggunakannya. kenapa pula kita anggap mustahil? Kelantan telah membuktikan mampu membina kolam renang yang mengasingkan lelaki dan perempuan. Kalau kita fikirkan, kesnya pun sama. Apa hukum bina kolam renang? walhal, seanteo dunia, kolam renang hotel bercampur lelaki dan perempuan. tetapi Tuan Guru Nik Aziz telah membuktikan mampu menjadi “ghuraba'” dengan memperkenalkan kolam renang untuk unisex. Permainan sukan belum menerapkan percampuran gender -kecuali beberapa sukan seperti badminton, dsb- nah, kenapa pula sulit nak buat peraturan mengasingkan lelaki dan perempuan dalam gelanggang futsal? Bukankah setiap gelanggang futsal ada peraturannya sendiri. Bahkan sesetengah padang bola pun, ada peraturannya. misalnya kalau hujan, automatik all reservations utk guna padang dicanselkan. kasut kena pakai kasut sekian2. jangan buang sampah. dsb. Lantas, apa yang sulit sangat nak buat peraturan pengasingan lelaki perempuan utk futsal, walhal dari segi logiknya, kolam renang lagi mustahil nak asingkan sebab seluruh dunia bercampur.

 

Bahkan, kolam renang USM pun dikhaskan hari2 tertentu untuk lelaki, dan hari2 tertentu utk perempuan. begitu juga kolam renang USM tronoh, yang kini menjadi milik UTP.

 

Keduanya, benarkah haram lelaki dan perempuan bermain di atas gelanggang yang sama? Kalau kita sepakat merasakan bahawa sudah barang pasti ianya haram, maka kita juga harus mengkaji hukum wanita bekerja, sebab ia pun melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan, bahkan dalam bab kerja, kes di mana lelaki dan perempuan berduaan di dalam bilik lebih mudah terjadi. Futsal takde pulak mereka berdua sahaja di atas padang, bahkan padang pun open, tak tertutup. Berapa banyak orang yang berurusan dengan pegawai bank, atau LHDN, dsb, maka pegawai yang berlainan jantina akan ajak masuk ke bilik discussion. Mereka cuma berdua. mereka bukan muhrim.  dan mereka tutup pintu. Tapi, kenapa kita tak merasa sensitif dengan perkara macam ini, tapi sensitif dengan hal yang lain?

 

ana menangguhkan memberikan jawapan bagi isu ini kerana ulama’2 mazhab ada satu slogan yang tersohor; “orang yang paling bodoh ialah orang yang suka berfatwa”. bahkan, ulama’ mazhab (imam Abu Hanifah kalau tak silap, kena confirm balik) kata; “kalau bukan kerana memikirkan maslahat ummah, nescaya aku tidak akan pernah berfatwa.” Makanya, menurut ana, kes futsal ini boleh diqiaskan kepada kes-kes tadi, apa pun, sebaik dan selayaknya biarlah para pakar (ulama’) yang memberikan fatwa mereka.

 

Wallahu a’lam. Apa2 hal, email ke email jimah ana coz ana jarang bukak email yahoo ni.

p/s – artikel ni saya copy and paste bulat-bulat daripada email saya, tanpa melalui apa-apa bentuk suntingan dari segi ayat mahu pun ejaan. Sebabnya (saya tak sunting)? Saya malas. dan saya sibuk. apa, anda ingat anda saja manusia yang sibuk di dunia ni? Setidak-tidaknya, dengan kesibukan saya itu, saya telah berusaha melayani pertanyaan dan permintaan umat

Advertisements

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to [email]: Minta fatwa berhubung futsal

  1. djokoe says:

    klo laki ma perempuan main futsal bisa dosa.. bahaya dong… gimana klo orang lki ma perempuan ketemu di jalan/pasar dan tak sengaja bersenggolan apakah itu uga dosa ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s