DOWN

Infiradiyyah. Itulah satu bahana, sekaligus penyakit, yang sedang hangat menimpa ummah yang berlegar di persada dakwah. Sekaligus, sifat infiradiyyah, biar yang namanya suka “one man show”, mahu pun sifat yang memikirkan diri sendiri, yang menyebabkan kelemahan-kelemahan yang liat menimpa ummah tidak bisa diubati dengan dos-dos dakwah dan tarbiyyah. Kerana apa? Kerana dos dakwah itu sahaja tidak “melepasi” standard yang sepatutnya, lantaran wujud sifat infiradiyyah yang sedang kita sebutkan ini.

Lantas, sifat infiradiyyah inilah yang mendorong seseorang individu itu, mengundur diri dari keterlibatan dalam sebuah usaha dakwah. Men”cuti”kan diri dari kebersamaan bersama individu-individu, yang tetap setia untuk komit dalam perjuangan menegakkan kalimah haq di muka bumi.

Alasan mereka seringkali mudah. Down. Kecewa. Punya masalah. Seakan-akan, hanya dialah yang mempunyai masalah. Seolah-olah, hanya dia sahajalah yang ditimpa “down”, sedang saudara seimannya yang lain, yang tetap utuh membina “kebersamaan”, tidak pernah dilanda penurunan baik dari prestasi keimanan, mahu pun dari segi amalan. Tapi, mereka yang tetap istiqamah ini -berbeza dengan mereka yang infiradiyyah- tahu justeru untuk istiqamah inilah, lebih berat praktikalnya berbanding teorinya. Istiqamah inilah, yang mendorong rambut Nabi untuk berubah semakin beruban. Istiqamah dalam kebersamaan inilah, yang oleh ALLAH SWT dalam suruh al-Kahfi, memperingatkan supaya kesabaran menjadi senjata utama, demi memelihara keutuhan sebuah kebersamaan. “dan sabarkanlah dirimu bersama-sama orang yang menyeru kepada Rabb engkau, baik di waktu pagi mahu pun petang, sedang mereka (dalam usaha dan tujuan dakwahnya itu) tidak lain dari mengharapkan keredhaan-Nya…” (Surah al-Kahfi [18]:28)

Lihatlah kembali sulhul Hudaibiyah. Sebuah “kesepakatan” yang justeru menjadi titik mula sekaligus nadi kepada sebuah kebangkitan, sehingga ternatijah janji-janjiNya (di dalam surah al-Fath) menjadi Fathul Makkah, biar tidak sedikit jiwa-jiwa yang “down” begitu perjanjian Hudaibiyah itu terjadi.

Di pihak sahabat, tentu sahaja mereka down. Satu kerana mereka meyakini betapa mereka di pihak yang benar, lantas apakah mungkin kebenaran itulah yang harus mengalah? “Bukankah orang-orang yang kita yang terbunuh akan masuk Syurga dan orang-orang mereka yang terbunuh akan masuk Neraka? Lalu, mengapa kita menyetujui agama kita direndahkan?” begitulah, luahan kecewa seorang Umar, menyimpul perasaan mewakili para sahabat. Andaikan anda di situasi begitu, keyakinan kita pada sebuah fakta, lantas dibetah oleh orang lain yang justeru salah semua kata-katanya. Contoh, anda sebagai seorang terpelaja, menyatakan betapa Tun Dr. Mahathir adalah perdana menteri keempat. Tiba-tiba ada seorang sahabat anda membangkang, lalu menyatakan Tun Hussein Onnlah perdana menteri keempat, terdahulu daripadanya, Tun Dr. Ismail sebagai perdana menteri ketiga. Berhadapan dengan senario sebegini, berapa ramai di kalangan akan bermati-matian menegakkan hujah, sampai ke tahap bertengkar, semata-mata meyakini betapa kitalah di pihak yang benar. Itulah sebabnya, oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat at-Tirmidzi, menawarkan mahligai di kawasan “villa” (tempat tinggi) di Syurga, bagi sesiapa yang sudi meninggalkan perdebatan, biar dia di pihak yang benar. Masakan tidak? Berapa ramai di kalangan manusia, yang justeru mampu meninggalkan perdebatan, apatah lagi tatkala kebenaran memihak kepada dirinya.

Nah, bayangkanlah betapa “down”nya perasaan para sahabat, tatkala terpaksa “mengalah” sedang kebenaran sudah barang pasti berada di pihak mereka?

Bayangkan pula perasaan mereka tatkala Mekah sudah hampir di bayangan mata mereka. Kampung halaman yang dirindui. betapa pun sayang kepada kediaman Madinah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri. Sehingga, tidaklah aneh tatkala Umar bersuara sekali lagi; “Bukankah engkau telah menjanjikan bahawa kita akan datang ke Baitullah untuk melakukan tawaf”, soal Umar, hampa. Bayangkan sahaja anda mengharungi perjalanan jauh untuk menziarahi sahabat anda. Anda dari KL turun ke Melaka untuk berkunjung menziarahi sahabat anda. Begitu anda sampai di melaka, tiba-tiba sahabat anda menelefon memaklumkan betapa ia tidak bisa berjumpa dengan anda. Makluman, yang justeru sampai setelah anda sendiri sudah sampai di Melaka! Apakah yang akan perbuat?

Saya jamin, berapa di kalangan kita, setidak-tidaknya akan mencari tempat makan di Melaka. Atau menukar rancangan lalu menziarahi tempat-tempat yang menarik di Melaka, berbanding terus menukar haluan untuk langsung kembali ke KL. Kenapa? Kerana anda suah sampai di Melaka! betapa ruginya perjalanan andai anda langsung patah balik semata-mata. Nah, bayangkanlah pula perasaan sahabat, tatkala langsit Makkah yang sekian lama dirindui, sudah begitu hampit ke dakapan mereka?

Down. Itu terkadang ada di sanubari para sahabat. seperti kisah Hanzalah dan Abu Bakar yang berjumpa dengan Nabi, lantaran merasakan betapa mereka sudah Munafik -begitu hadith yang tercatat dalam Riyadhus Shalihin- sedang sebenarnya mereka hanya ditimpa “down”. Maka down itu manusiawi. tetapi, lari dari kebersamaan hanya kerana down, itulah yang tidak Islami. Sekonyong-konyong down para sahabat, biar pasca kekalahan di medan Uhud, mahupun kekecewaan tatkala terjadinya sulhul Hudhaibiyyah, tidak pernah sirah mencatatkan betapa mereka lari dari semangat kebersamaan.

Bayangkan pula downnya perasaan Nabi, terhadap semua yang menimpanya di medan perjuangan. Baik di Mekah. Baik di uhud. baik di Hudaibiyah sendiri. Tetap perjuangan di teruskan, amal jama’inya kekal abadi.

Inilah yang diajarkan oleh Islam. jasad biar sendiri, asal hati masih kekal dalam kebersamaan demi menggapai keredhaan Ilahi Rabbi. Lantaran “down syndrom” bukanlah penghalang daripada amal jama’ie.

Faridul Farhan Abd Wahab  “tarbiyah dzatiyah pengubat down syndrome”

About faridul

Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da'ie sepanjang hari
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

7 Responses to DOWN

  1. baihaqi says:

    salam ziarah, rindu sama ust faridul..

  2. qamarunnajmi says:

    sindrom “down” memang tidang asing lagi dalam duniawi para pendakwah..mehnah dan tribulasi seakan2 menghentam para pendakwah terutama di ipt2 malaysia..namun dari ujian itulah kita dapat satu tarbiyah yang amat berharga dan bernilai demi membangun satu ummah untuk islam..merungut mengeluh seolah2 extra sindrom yang dihadapi oleh pendakwah..namun itulah realiti yang harus dihadapi oleh para pendakwah bagi melahirkan pendakwah yang kuat rintangan terhadap pelbagai maslah..jgn jadikan ia satu alasan untuk mengundur diri dari medan dakwah..wallhualam

  3. faridul says:

    Akhi Baihaqi,

    Gimana Mesir? Langsung tarbiyah dengan Ikhwan ke?

    Qamarunnajmi,

    Jazakallah khairan di atas inputnya. Doakan kita sama-sama, “tidak mengecewakan ALLAH tatkala dikecewakan oleh manusia, mahupun oleh diri sendiri”

  4. baihaqi says:

    kami pelajar malaysia, awal2 lg dah diberi warning jgn terlibat langsung dengan ikhwan,
    sedang baca buku maza yakni pn kne tahan dengan polis…huh

  5. Khadeeja says:

    Salaam akhi..

    Minta izin papar artikelnya di blog saya untuk dikongsi boleh?

  6. laili says:

    aktivis ipt ramai yang minta ‘cuti ‘ apabila kecundang exam.

    namun khafilah dakwah terus berjalan meninggalkan mereka. berkembang dan berkembang. siapa yang down harus bangkit agar tidak terus ketinggalan.

    – semoga Allah tsabatkan kita dan mereka.-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s